Pages

Selasa, 7 Mac 2017

Masalah Susu Sikit

Teks: Norazrin Mohd Nor

"Macamana ni?Tak lama lagi dah nak mula kerja tapi stok susu takde. Lagi semangat nak buat stok,rasa susu lagi tiada" 

Inilah yang saya alami. Jangan tak tahu, saya pengguna milk booster. Apa dah jadi dengan milk booster saya?

Ha, mommy di luar sana jangan lakukan kesilapan seperti saya. Akibat kurang ilmu pengetahuan, saya gagal menyusukan Izzah. Sesal yang tak berkesudahan. Saya tak nak mommy juga alami rasa sedih, terkilan bila mula memberi anak susu formula.

Nak salahkan milk booster? Tidak sama sekali. Ramai yang menggunakan milk boster yang sama seperti saya. Susu bukan sedikit tapi banyak. Malah ada yang sekali pam menghasilkan 12oz. Allahu akbar. Apa yang boleh saya katakan, itu rezeki anaknya. Walaupun rasa kecewa dan terkilan masih berbekas dalam hati saya.

Memang saya rasai kesan makan makanan tambahan Shaklee. Badan lebih bertenaga dengan mengambil esp, tampung nutrisi badan dengan vita lea, kurang stress dengan pengambilan b complex dan boleh turun naik tingkat empat setelah makan ostematrix. Akibat jahilnya diri, saya gagal menyusukan Izzah walaupun depan mata saya makanan tambahan yang terbaik untuk ibu menyusu.

Saya nak kongsikan apa yang mommy perlu buat untuk banyakkan susu berdasarkan pengalaman saya.

1. Pastikan kerap kosongkan payudara anda.
Inilah kesilapan paling besar yang saya lakukan. Izzah memang menyusu sekejap sahaja. Sepatutnya saya mengepam dan memastikan payudara benar-benar kosong. 

Untuk apa?

Ye, untuk meransang penghasilan susu ibu. makin kerap payudara dikosongkan, otak akan dapat signal keperluan susu ibu makin meningkat. Susu ibu berdasarkan prinsip supply and demand.

Maka, lagi kerap mommy mengosongkan payudara, makin meningkat penghasilan susu ibu.

2. Jadual pam.
Mommy perlu ada jadual mengepam. Sekurang-kurangnya mommy ada 5 sesi mengepam sehari. Kesilapan saya, saya tiada jadual mengepam. Mommy nak tahu? Susu ibu akan terhasil pada waktu dan kekerapan yang sama. Jadi, jangan lupa pamtau.

Jika mommy  ter skip satu sesi mengepam,mommy perlu menggantikan sesi tersebut atau melakukan power pumping.

3. Jaga pemakanan.
Banyak petua orang dulu-dulu mengenai pemakanan sepanjang menyusukan anak.jangan ambil remeh jika ibu atau emak pesan jangan minum ais. Ye, melalui pengalaman saya hanya dengan meminum air suam susu akan banyak. 

Kenapa?

Ini disebabkan, ketika kita menyusukan anak, kita memberi cecair kepada si manja. Pernah tak mommy rasa dahaga tika menyusukan anak? Itu tandanya mommy kekurangan air. Badan kita akan bagi signal haus bila badan kita memang kehabisan stok cecair. 

Ini bermakna, jika kita dahaga maka bersegeralah minuair suam. Tak perlu tunggu signal dari badan tau.

Perlu diingatkan lagi sekali, tak guna makan milk booster andai kita tak jaga waktu mengepam dan pemakanan kita. Saya tak nak mommy ulang kesilapan saya.

Masih berimpian untuk mengandung lagi. Nak menyusukan anak secara eksklusif selama 2 tahun. 

Jika mommy nak c
Catat Ulasan