Pages

Ahad, 12 Mac 2017

Ajar sendiri anak-anak kenal al-quran

Teks: Norazrin Mohd Nor

Memang sangat mencabar bila didik anak sendiri kenal al-quran.

Sampai satu tahap, saya swastakan pula kepada orang lain (ibu mertua) untuk ajarkan al-quran. Pada suatu hari saya mengenali Puan Husna Haron di fb. Beliau banyak bercerita mengenai ajar al-quran kepada anak sendiri.

Saya telah download "Ajari untuk dicintai Quran. 7 rahsia konsisten ajar anak sendiri walau sibuk" oleh Puan Husna Haron. Jika berminat, boleh dapatkan di www.formulamasa.com/ajar

Subhanallah Maha Suci Allah yang mengurniakan kefahaman kepada beliau. Banyak sangat yang dikongsikan. Apa yang boleh saya ucapkan, bertindaklah dan lakukan apa yang dicadangkan. Masa tu, terus rasa nak berhentikan anak belajar mengaji dengan ibu mertua.

Sekarang saya lazimi membuka cd bacaan juzuk amma di dalam kereta. Perjalanan pergi dan balik setiap hari. Alhamdulillah, syukur. 'Isyah dah mula menghafaz surah al-insyirah. Alhamdulillah.

Benarlah seperti cadangan Puan Husna, jangan banyak tanya, buat dan buat. Allah akan ajar kita melalui anak.

Impian dan matlamat. Hafaz al-quran bersama anak-anak. Ya Allah, pimpin kami ke syurgaMu berkat keberkatan a-quran ya Allah. Amin amin amin ya rabbal 'alamin
Catat Ulasan