Pages

Ahad, 12 Mac 2017

Ajar sendiri anak-anak kenal al-quran

Teks: Norazrin Mohd Nor

Memang sangat mencabar bila didik anak sendiri kenal al-quran.

Sampai satu tahap, saya swastakan pula kepada orang lain (ibu mertua) untuk ajarkan al-quran. Pada suatu hari saya mengenali Puan Husna Haron di fb. Beliau banyak bercerita mengenai ajar al-quran kepada anak sendiri.

Saya telah download "Ajari untuk dicintai Quran. 7 rahsia konsisten ajar anak sendiri walau sibuk" oleh Puan Husna Haron. Jika berminat, boleh dapatkan di www.formulamasa.com/ajar

Subhanallah Maha Suci Allah yang mengurniakan kefahaman kepada beliau. Banyak sangat yang dikongsikan. Apa yang boleh saya ucapkan, bertindaklah dan lakukan apa yang dicadangkan. Masa tu, terus rasa nak berhentikan anak belajar mengaji dengan ibu mertua.

Sekarang saya lazimi membuka cd bacaan juzuk amma di dalam kereta. Perjalanan pergi dan balik setiap hari. Alhamdulillah, syukur. 'Isyah dah mula menghafaz surah al-insyirah. Alhamdulillah.

Benarlah seperti cadangan Puan Husna, jangan banyak tanya, buat dan buat. Allah akan ajar kita melalui anak.

Impian dan matlamat. Hafaz al-quran bersama anak-anak. Ya Allah, pimpin kami ke syurgaMu berkat keberkatan a-quran ya Allah. Amin amin amin ya rabbal 'alamin

Rabu, 8 Mac 2017

Power Pumping Ransang Susu Ibu

Teks: Norazrin Mohd Nor

"Power pumping tu nak buat macamana? Biasanya saya pam 60 minit tanpa henti"

Mengucap panjang kenalan saya bila saya beritahu saya pam60 minit tanpa henti. Gara-gara nak stimulasi susu ibu. Saya terua dan memaksa untuk susu ibu terhasil dengan banyak.

Mommy jangan lakukan kesilapan seperti saya. Sini saya kongsikan bagaimana kaedah power pumping.


Bila perlu buat power pumping?
Saya cadangkan mommy buat power pumping jika terskip jadual mengepam. Perlu diingatkan, ikut jadual pam sebaik mungkin.

Ada beza ke buat single pump dan double pump?
Pada pedapat saya tiada bezanya.

Yang mana satu saya suka?
Saya lebih suka double pum. Sebab bila kita pam sebelah, susu sebelah lagi juga akan keluar. Rasa macam banyak je bila buat double pump.

Jangan lupa ye mommy, disamping konsisten dengan jadual pam pastikan jaga pemakanan juga. Jangan lakukan kesilapan seperti saya. Boleh baca entry masalah susu sikit. Saya ada kongsikan apa yang perlu kita lakukan jika susu makin merudum.

Jika mommy ada persoalan,boleh whatsapp saya 019-3509685

Selasa, 7 Mac 2017

Masalah Susu Sikit

Teks: Norazrin Mohd Nor

"Macamana ni?Tak lama lagi dah nak mula kerja tapi stok susu takde. Lagi semangat nak buat stok,rasa susu lagi tiada" 

Inilah yang saya alami. Jangan tak tahu, saya pengguna milk booster. Apa dah jadi dengan milk booster saya?

Ha, mommy di luar sana jangan lakukan kesilapan seperti saya. Akibat kurang ilmu pengetahuan, saya gagal menyusukan Izzah. Sesal yang tak berkesudahan. Saya tak nak mommy juga alami rasa sedih, terkilan bila mula memberi anak susu formula.

Nak salahkan milk booster? Tidak sama sekali. Ramai yang menggunakan milk boster yang sama seperti saya. Susu bukan sedikit tapi banyak. Malah ada yang sekali pam menghasilkan 12oz. Allahu akbar. Apa yang boleh saya katakan, itu rezeki anaknya. Walaupun rasa kecewa dan terkilan masih berbekas dalam hati saya.

Memang saya rasai kesan makan makanan tambahan Shaklee. Badan lebih bertenaga dengan mengambil esp, tampung nutrisi badan dengan vita lea, kurang stress dengan pengambilan b complex dan boleh turun naik tingkat empat setelah makan ostematrix. Akibat jahilnya diri, saya gagal menyusukan Izzah walaupun depan mata saya makanan tambahan yang terbaik untuk ibu menyusu.

Saya nak kongsikan apa yang mommy perlu buat untuk banyakkan susu berdasarkan pengalaman saya.

1. Pastikan kerap kosongkan payudara anda.
Inilah kesilapan paling besar yang saya lakukan. Izzah memang menyusu sekejap sahaja. Sepatutnya saya mengepam dan memastikan payudara benar-benar kosong. 

Untuk apa?

Ye, untuk meransang penghasilan susu ibu. makin kerap payudara dikosongkan, otak akan dapat signal keperluan susu ibu makin meningkat. Susu ibu berdasarkan prinsip supply and demand.

Maka, lagi kerap mommy mengosongkan payudara, makin meningkat penghasilan susu ibu.

2. Jadual pam.
Mommy perlu ada jadual mengepam. Sekurang-kurangnya mommy ada 5 sesi mengepam sehari. Kesilapan saya, saya tiada jadual mengepam. Mommy nak tahu? Susu ibu akan terhasil pada waktu dan kekerapan yang sama. Jadi, jangan lupa pamtau.

Jika mommy  ter skip satu sesi mengepam,mommy perlu menggantikan sesi tersebut atau melakukan power pumping.

3. Jaga pemakanan.
Banyak petua orang dulu-dulu mengenai pemakanan sepanjang menyusukan anak.jangan ambil remeh jika ibu atau emak pesan jangan minum ais. Ye, melalui pengalaman saya hanya dengan meminum air suam susu akan banyak. 

Kenapa?

Ini disebabkan, ketika kita menyusukan anak, kita memberi cecair kepada si manja. Pernah tak mommy rasa dahaga tika menyusukan anak? Itu tandanya mommy kekurangan air. Badan kita akan bagi signal haus bila badan kita memang kehabisan stok cecair. 

Ini bermakna, jika kita dahaga maka bersegeralah minuair suam. Tak perlu tunggu signal dari badan tau.

Perlu diingatkan lagi sekali, tak guna makan milk booster andai kita tak jaga waktu mengepam dan pemakanan kita. Saya tak nak mommy ulang kesilapan saya.

Masih berimpian untuk mengandung lagi. Nak menyusukan anak secara eksklusif selama 2 tahun. 

Jika mommy nak c