Pages

Selasa, 14 Februari 2017

Atuk jatuh

Teks: Norazrin Mohd Nor

Genap 100 hari arwah nenek meninggalkan kami, atuk jatuh semasa menuju ke bilik air.

Luluh hati bila dikhabarkan atuk jatuh 4.30pagi tapi pukul 9 masih belum dibawa ke hospital.

Atuk memang seorang yang tidak tahan sakit. Bayangkan bagaimana atuk menahan kesakitan tersebut. Bila tiba di hospital dan doktor beritahu tulang punggung atuk retak setelah diperiksa oleh doktor.

Seminggu atuk di hospital baru berkesempatan ziarah atuk. Aku lihat wajah ceria atuk bila melihat anak-anak hampir 2minit sekali salam atuk.

Disebabkan perjalanan yang jauh, kami bermalam di rumah ateh di Serendah.

Sebelum balik, sempat aku bisikkan aku akan datang lagi ziarah atuk.
Catat Ulasan