Pages

Selasa, 14 Februari 2017

Akhirnya Kau Pergi Jua

Teks: Norazrin Mohd Nor


Seminggu atuk di Hospital Kuala Kubu baru, ateh beritahu atuk tidak sedarkan diri. Petang itu juga atuk akan dihantar ke Hospital Selayang. Allahu akbar. meronta-ronta hati nak tengok atuk.

Habis sahaja kerja pada hari Khamis, kami (keluarga aku dan kaklang anak beranak) bergegas ke Hospital Selayang.

Luluh hati lihat keadaan atuk. Paip oksigen dimasukkan ke dalam mulut atuk, bawah leher ditebuk. Aku pun tak pasti wayar apa tu. Macam-macam wayar berselirat di badan atuk. Sedih. Sayu. Setiap kali masuk ziarah atuk, tak putus-putus aku bisikkan selalu ingat Allah. Bahagia bila lihat atuk menggerak-gerakkan mulutnya. Aku yakin, atuk menyebut kalimah Allah.


Mula-mula kami bermalam di homestay sebelah hospital. Kemudian kami bermalam di homestay Serendah dan 2 malam di homestay Batang Kali. Kasihan bila melihat anak-anak, pasti letih badan mereka. Akhirnya suami mengambil keputusan balik dulu ke rumah pada hari Selasa.

Hari Rabu kami sentiasa dapat perkembangan terbaru mengenai atuk. Bersama-sama membacakan yasin dan ada yang mencadangkan baca Yasin 7mubin.

Pagi Khamis, aku nak masak nasi untuk dibuat sarapan.Entah macamana periuk nasi terlepas dari tangandan terus ingatan aku pada atuk. "Uda baru dikhabarkan, atuk baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir".

Genap 127hari nenek pergi, atuk pula menyusul. Akhirnya kau pergi jua.


Kami tinggalkan Iffah dan Izzah di rumah pengasuh. Terus bergegas ke Masjid Nurul Iman di Serendah.  Tepat jam 11.20pagi kami sampai di masjid tersebut. Jenazah atuk sedang dimandikan. Seusai dimandi dan dikafankan, jenazah atuk dibawa ke dalamruang solat masjid. Anak cucu mengambil kesempatan untuk cium dan membacakan yasin untuk atuk.

Aku hanya lihat raut wajah suci itu. Kacak. Namun luka dibahagian atas bibir kanan. Mungkin kesan saluran paip yang terlalu lama.  Selepas bacaan yasin, aku merapati atuk dan  aku ambil kesempatan mencium pipi buat kali terakhir. Allahu akbar. Sampai sekarang masih terbau wangian di wajahnya.

Selepas solat Zuhur berjemaah, murid tahfiz bersama-sama menyembahyangkan jenazah atuk. Syukur. Aku tahu itu hajat atuk sebab masa murid tahfiz menyembahyangkan jenazah nenek, atuk gembira melihatnya.

Kami bersama-sama ke perkarangan kubur. Sampai sahaaj di sana, kami ziarah nenek dahulu.Penggali kubur bertanya, siapa yang kami ziarah? Bila kami kata ianya kubur nenek. Terus si penggali kibur meminta maaf. Katanya, jika dia tahu pasti dia gali di sebelah kubur nenek. Tak mengapa sebab hanya beberapa langkah sahaja jarak kubur nenek dan kubur atuk.

Alhamdulillah,urusan berjalan lancar sehinggalah atuk dikebumikan.

Selepas bacaan tahlil dan sebelum meninggalkan tanah perkuburan kami mencari pokok untuk di tanam atas kubur atuk.Ya Allah, jadikan kuburan atuk seperti taman-taman syurga. Luaskan kuburnya. Moga atuk bahagia dan tenang di sana.

Kami redha atuk pergi. Tinggalkan dunia yang fana ini. Tinggalkan 1001 kesedihan, tinggalkan 1001 rasa hati yang mencengkam kerana atuk hanya memendam rasa dan tidak banyak berbicara.

Catat Ulasan