Pages

Isnin, 13 Februari 2017

3 Tips menjayakan penyusuan

Teks: Norazrin Mohd Nor

Setelah melalui pengalaman menyusukan tiga orang anak, akak nak kongsikan tips bagaimana menjayakan penyusuan. 2 orang anak berjaya melalui penyusuan eksklusif.

Selalu sangat fikir dan renung tips kejayaan penusuan eksklusif. Akak akan kongsikan 3 tips. Yang ni paling mudah.

1. Dapatkan makananan dan minuman yang berkhasiat.
Makananan yang berkhasiat menjamin si manja anda juga dapat susu yang berkhasiat. Ada mommy yang salah faham tau mengenai penyusuan eksklusif ni. “Anak saya masih susu badan tapi kenapa kerap demam?” Penyusuan secara eksklusif bukan syarat anak tinggi antibodi ye. Jika anak yang memang bergantung sepenuhnya kepada penyusuan susu ibu, si ibu lagi kena pastikan ambil makanan berkhasiat tau.

Bukan setakat ibu kena ambil makanan berkhasiat, minuman juga kena pastikan berkhasiat. Contoh minuman berkhasiat seperti air horlicks, air milo, dan mommy juga boleh ambil rebusan air buah longan. Bukan setakat sedap, ia juga boleh jadi penggalak susu atau booster bagi sesetengah ibu di luar sana.

Macam akak,milk booster akak durian. Memang meriah la kalau makan durian.

2. Kerapkan penyusuan terus.
Bagi ibu yang menguruskan rumah tangga sepenuh masa pastinya tiada masalah dengan penyusuan terus atau direct latch ni. Mesti si manja bahagia, dapat susu segar terus dari ibu. Bagaimana pula ibu yang berkerjaya? Waktu malam merupakan waktu yang terbaik mommy lebih kerapkan si manja menyusu terus. Waktu malamjuga merupakan waktu di mana hormon prolaktin tinggi. Jika waktu cuti, ibu bolehlah melayan si manja dengan menyusukannya lebih kerap lagi.

Seandainya mommy tak sempat bagi anak susu secara terus, jangan lupa pam tau. Jadual pam sangat penting dan lagi penting bilamana ibu sentiasa ikut jadual pam tersebut. Pam pada masanya. Kekerapan mengepam susu pada waktu yang sama akan meningkatkan kadar penghasilan susu ibu. Jangan skip jadual yang ibu dah sediakan mengikut kesesuaian masa ibu. Andainya skip atau terlewat pam lebih satu jam dari jadual, ibu digalakkan membuat power pumping.

3. Sentiasa gembira.
Apa kaitan gembira dengan susu ibu? Kalau ibu nak tau, bila ibu gembira,penghasilan susu ibu akan meningkat. Ibu tak percaya? Selepas ni, ibu boleh cuba pam susu sambil lihat gambar si manja dan nak lagi feel, ibu boleh buka video si manja ketika mengepam. Lihat hasilnya nanti ye.

Selamat menjayakan penyusuan susu ibu.
Catat Ulasan