Pages

Sabtu, 25 Februari 2017

Demam makan Omega Shaklee

Teks: Norazrin Mohd Nor

Hari Khamis lepas,'Isyah ikut rombongan sekolah ke Tanjung Ketapang dan Taman Dinasour. Sepanjang dia di sana, dapatlah gambar dia yang keras mematukan diri. Hairan juga sebab 'Isyah memang seorang anak yang aktif.

Balik dari sekolah, cikgu dia beritahu 'Isyah demam. Memang confirm la demam, kulit dia yang putih kelihatan kemerah-merahan. Dia dah mula menangis.

Ambil Iffah dan Izzah di rumah pengasuh, 'Isyah hanya baring di dalam kereta.

Sampai di rumah, dia minta dukung. Dukung bawa masuk bilik dan dia terus tidur. Dia jaga dari tidur, suapkan sesudu vivix dan 2biji Omega. Dia masih tidak berganjak dari tempat tidur.

Sebelum tidur malam, bagi lagi 'Isyah 2biji Omega. Keesokan paginya rasa badan dia dah mula kebah. Alhamdulillah. Pagi tu dia minta sesudu vivix dan bagi lagi 2biji omega.

Izzah pula terasa badannya dan mula selesema. Pening. Mujur Izzah suka makan Omega. Terus suapkan dia sebiji omega dan separuh peket neutriferon. Anak kecil ni, takut nak bagi omega banyak-banyak sebab panas.

Menjelang petang, panas masih belum berkurangan. Bagi lagi sebiji omega. Sehinggalah pukul 3 petang, Izzah dah telan 3biji Omega.

Malam, Izzah dah mula tak nak menyusu. Mungkin tekak sakit. Alhamdulillah hanya beberapa kali sahaja dia bangun merengek. Mungkin sebab badan sakit-sakit.

Bangun pagi seperti biasa dan bersiap nak ke sekolah. Minggu ni bertugas mingguan. Jadinya nak segera ke sekolah. Iffah pula bangun dan rasa badannya panas. Alahai anak-anak, demam berjemaah nampaknya ye.

Sekejap lagi nak ambil anak-anak, mudah-mudahan masing-masing dah baik demam.

Nak cuba produk Shaklee? Whatsapp saya 019-3509685

Sabtu, 18 Februari 2017

Shaklee Different pada Vitamin C Sustained Release

Teks: Norazrin Mohd Nor

Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buahnya termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh badan setiap jam.

Ini bermakna dalam masa 5 jam, 5 kali pembebasan ini berlaku.

Ujian klinial telah membuktikan vitamin C di dalam 2 tablet Vitamin Shaklee mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam.

Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex.

Ia mempunyai kemampuan untuk melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

Berminat dapatkan Vitamin C Shaklee ini,hubungi saya 019-3509685


Jumaat, 17 Februari 2017

Info Tablet vs Kapsul

Teks: Norazrin Mohd Nor

Tahu tak kenapaapa beza antara tablet dan kapsul?

Tablet - Pill solid. keras. kebanyakannya bentuk bulat. shelf-stable, tak perlu simpan dalam peti sejuk.Suhu bilik pon ok. Tahan lama.

Capsule - Ada dua.
1. Ada 2 warna, boleh dibuka dan di keluarkan serbuk didalamnya.
2. Seal habis macam omega guard, lecithin, vitamin e. Nak ambik minyak dalam dia, kena gunting atau cucuk dengan benda tajam. Kalau kena panas contoh biar dalam kereta, memang cair la jawabnya

Caplet - Gabungan capsule + tablet maka jadi la caplet. Lebih kurang tablet tapi ada ciri-ciri yang membantu kita supaya mudah telan. Lebih kecil,bentuk bujur dan licin.

Jadinya jangan pelik kenapa ostematrix sebotol ada 120 CAPLETS

Selasa, 14 Februari 2017

Akhirnya Kau Pergi Jua

Teks: Norazrin Mohd Nor


Seminggu atuk di Hospital Kuala Kubu baru, ateh beritahu atuk tidak sedarkan diri. Petang itu juga atuk akan dihantar ke Hospital Selayang. Allahu akbar. meronta-ronta hati nak tengok atuk.

Habis sahaja kerja pada hari Khamis, kami (keluarga aku dan kaklang anak beranak) bergegas ke Hospital Selayang.

Luluh hati lihat keadaan atuk. Paip oksigen dimasukkan ke dalam mulut atuk, bawah leher ditebuk. Aku pun tak pasti wayar apa tu. Macam-macam wayar berselirat di badan atuk. Sedih. Sayu. Setiap kali masuk ziarah atuk, tak putus-putus aku bisikkan selalu ingat Allah. Bahagia bila lihat atuk menggerak-gerakkan mulutnya. Aku yakin, atuk menyebut kalimah Allah.


Mula-mula kami bermalam di homestay sebelah hospital. Kemudian kami bermalam di homestay Serendah dan 2 malam di homestay Batang Kali. Kasihan bila melihat anak-anak, pasti letih badan mereka. Akhirnya suami mengambil keputusan balik dulu ke rumah pada hari Selasa.

Hari Rabu kami sentiasa dapat perkembangan terbaru mengenai atuk. Bersama-sama membacakan yasin dan ada yang mencadangkan baca Yasin 7mubin.

Pagi Khamis, aku nak masak nasi untuk dibuat sarapan.Entah macamana periuk nasi terlepas dari tangandan terus ingatan aku pada atuk. "Uda baru dikhabarkan, atuk baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir".

Genap 127hari nenek pergi, atuk pula menyusul. Akhirnya kau pergi jua.


Kami tinggalkan Iffah dan Izzah di rumah pengasuh. Terus bergegas ke Masjid Nurul Iman di Serendah.  Tepat jam 11.20pagi kami sampai di masjid tersebut. Jenazah atuk sedang dimandikan. Seusai dimandi dan dikafankan, jenazah atuk dibawa ke dalamruang solat masjid. Anak cucu mengambil kesempatan untuk cium dan membacakan yasin untuk atuk.

Aku hanya lihat raut wajah suci itu. Kacak. Namun luka dibahagian atas bibir kanan. Mungkin kesan saluran paip yang terlalu lama.  Selepas bacaan yasin, aku merapati atuk dan  aku ambil kesempatan mencium pipi buat kali terakhir. Allahu akbar. Sampai sekarang masih terbau wangian di wajahnya.

Selepas solat Zuhur berjemaah, murid tahfiz bersama-sama menyembahyangkan jenazah atuk. Syukur. Aku tahu itu hajat atuk sebab masa murid tahfiz menyembahyangkan jenazah nenek, atuk gembira melihatnya.

Kami bersama-sama ke perkarangan kubur. Sampai sahaaj di sana, kami ziarah nenek dahulu.Penggali kubur bertanya, siapa yang kami ziarah? Bila kami kata ianya kubur nenek. Terus si penggali kibur meminta maaf. Katanya, jika dia tahu pasti dia gali di sebelah kubur nenek. Tak mengapa sebab hanya beberapa langkah sahaja jarak kubur nenek dan kubur atuk.

Alhamdulillah,urusan berjalan lancar sehinggalah atuk dikebumikan.

Selepas bacaan tahlil dan sebelum meninggalkan tanah perkuburan kami mencari pokok untuk di tanam atas kubur atuk.Ya Allah, jadikan kuburan atuk seperti taman-taman syurga. Luaskan kuburnya. Moga atuk bahagia dan tenang di sana.

Kami redha atuk pergi. Tinggalkan dunia yang fana ini. Tinggalkan 1001 kesedihan, tinggalkan 1001 rasa hati yang mencengkam kerana atuk hanya memendam rasa dan tidak banyak berbicara.

Atuk jatuh

Teks: Norazrin Mohd Nor

Genap 100 hari arwah nenek meninggalkan kami, atuk jatuh semasa menuju ke bilik air.

Luluh hati bila dikhabarkan atuk jatuh 4.30pagi tapi pukul 9 masih belum dibawa ke hospital.

Atuk memang seorang yang tidak tahan sakit. Bayangkan bagaimana atuk menahan kesakitan tersebut. Bila tiba di hospital dan doktor beritahu tulang punggung atuk retak setelah diperiksa oleh doktor.

Seminggu atuk di hospital baru berkesempatan ziarah atuk. Aku lihat wajah ceria atuk bila melihat anak-anak hampir 2minit sekali salam atuk.

Disebabkan perjalanan yang jauh, kami bermalam di rumah ateh di Serendah.

Sebelum balik, sempat aku bisikkan aku akan datang lagi ziarah atuk.

Isnin, 13 Februari 2017

3 Tips menjayakan penyusuan

Teks: Norazrin Mohd Nor

Setelah melalui pengalaman menyusukan tiga orang anak, akak nak kongsikan tips bagaimana menjayakan penyusuan. 2 orang anak berjaya melalui penyusuan eksklusif.

Selalu sangat fikir dan renung tips kejayaan penusuan eksklusif. Akak akan kongsikan 3 tips. Yang ni paling mudah.

1. Dapatkan makananan dan minuman yang berkhasiat.
Makananan yang berkhasiat menjamin si manja anda juga dapat susu yang berkhasiat. Ada mommy yang salah faham tau mengenai penyusuan eksklusif ni. “Anak saya masih susu badan tapi kenapa kerap demam?” Penyusuan secara eksklusif bukan syarat anak tinggi antibodi ye. Jika anak yang memang bergantung sepenuhnya kepada penyusuan susu ibu, si ibu lagi kena pastikan ambil makanan berkhasiat tau.

Bukan setakat ibu kena ambil makanan berkhasiat, minuman juga kena pastikan berkhasiat. Contoh minuman berkhasiat seperti air horlicks, air milo, dan mommy juga boleh ambil rebusan air buah longan. Bukan setakat sedap, ia juga boleh jadi penggalak susu atau booster bagi sesetengah ibu di luar sana.

Macam akak,milk booster akak durian. Memang meriah la kalau makan durian.

2. Kerapkan penyusuan terus.
Bagi ibu yang menguruskan rumah tangga sepenuh masa pastinya tiada masalah dengan penyusuan terus atau direct latch ni. Mesti si manja bahagia, dapat susu segar terus dari ibu. Bagaimana pula ibu yang berkerjaya? Waktu malam merupakan waktu yang terbaik mommy lebih kerapkan si manja menyusu terus. Waktu malamjuga merupakan waktu di mana hormon prolaktin tinggi. Jika waktu cuti, ibu bolehlah melayan si manja dengan menyusukannya lebih kerap lagi.

Seandainya mommy tak sempat bagi anak susu secara terus, jangan lupa pam tau. Jadual pam sangat penting dan lagi penting bilamana ibu sentiasa ikut jadual pam tersebut. Pam pada masanya. Kekerapan mengepam susu pada waktu yang sama akan meningkatkan kadar penghasilan susu ibu. Jangan skip jadual yang ibu dah sediakan mengikut kesesuaian masa ibu. Andainya skip atau terlewat pam lebih satu jam dari jadual, ibu digalakkan membuat power pumping.

3. Sentiasa gembira.
Apa kaitan gembira dengan susu ibu? Kalau ibu nak tau, bila ibu gembira,penghasilan susu ibu akan meningkat. Ibu tak percaya? Selepas ni, ibu boleh cuba pam susu sambil lihat gambar si manja dan nak lagi feel, ibu boleh buka video si manja ketika mengepam. Lihat hasilnya nanti ye.

Selamat menjayakan penyusuan susu ibu.