Pages

Isnin, 2 Januari 2017

7 makanan tambah susu badan semasa berpantang

Teks: Norazrin Mohd Nor

"Kak, susu saya sikit. Anak menangis macam nyusu tak puas" Pening ibu-ibu fikir pasal anak. Siapa yang tak runsing jika anak menangis dan merengek je.

Terdapat beberapa makanan yang boleh ibu berpantang amalkan untuk tambah susu badan.

1. Kurma
Kurma merupakan makanan yang tinggi serat. Ha, kalau nak lagi best boleh la makan kurma celup coklat atau kurma golek dengan kacang badam.

2. Habbatus sauda.
Lebih dikenali sebagai jintan hitam. Kalau mak-mak berpantang masa dahulu, habbatussauda ni mereka gigit je. Boleh juga direbus dan minum airnya. Nak lagi mudah, boleh la makan kapsul habbatus sauda. Habbatus sauda ni tinggi antioksida tau. Dalam masa yang sama, tambah susu badan pun makin sihat.

3. Longan
Buah longan ni popular dikalangan orang Cina. Boleh dapatkan di kedai ubat Cina atau Sensei. Caranya, rebus dan letak gula batu sikit dan boleh minum.

4. Jantung pisang.
Ni memang makanan popular bagi siapa yang suka makanan kampung. Kiranya ni resepi tradisional. Boleh dibuat kerabu atau masak lemak.

5. Lobak putih.
Lobak putih memang terdiri makanan semasa berpantang. Resepi paling mudah adalah buat sup lobak putih.

6. Halba.
Halba biasa digunakan oleh kaum India dalam masakan kari. Halba dicuci, direndam dalam air panas dan diminum.

7. Alfalfa.
Alfalfa lebih dikenali sebagai raja tumbuhan. Kaya dengan serat yang tinggi dan berfungsi sebagai agen pelawas. Ia juga berupaya membuang angin dari badan.



 Untuk dapatkan Vitamin anda, Hubungi Saya Segera : ●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●● ♡♡Norazrin Mohd Nor ♡♡ Shaklee Independent Distributor ♡♡ [SID No : 1078286] ♡♡ Contact No : 019-350 9685 ♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia
Catat Ulasan