Pages

Isnin, 16 Januari 2017

Apa itu A.G.E PROTEIN?

Teks: Norazrin Mohd Nor

Tahu tak apa itu A.G.E PROTEIN?

AGE merupakan singkatan dari Advanced Glycation EndProducts, ia merupakan gabunagn antara gula dan protin. AGEs berasal dari 2 sumber dari makanan yang kita makan dan produksi internal dalam tubuh. Jika kita makan makanan dengan kadar gula tinggi (Glycemic index/indeks Glikasi yang tinggi), maka besar kemungkinan muncul indikasi pembentukan AGE.

AGEs juga dihasilkan dari hasil non enzimatik, yaitu proses Metabolik (Metabolik Pathway). Bermula dari Hiperglikemia (gula berlebih dalam darah) dimana glukosa bergabung dengan asid amino bebas dan membentuk AGEs. Pembentukannya dirangsang oleh beberapa sebab seperti stress,kesakitan,tidur yang tidak cukup,gaya hidup yang tidak baik (merokok),sinar matahari berlebihan. Beberapa penyakit berat akan muncul akibat Advanced Glycation End-product (AGEs). Penyakit – penyakit seperti Kanser, penyakit Alzheimer, Penyakit Jantung, Tipe II Diabetes, Aterosklerosis, tekanan darah tinggi, gangguan ginjal, gangguan visual, strok dan gangguan kulit.
A.G.E PROTEIN ini merupakan komponen yang berbahaya dalam tubuh dan terbukti penyebab utama penuaan.

A.G.E PROTEIN boleh dikurangkan atau dilambatkan dengan pengambilan vivix yang tinggi poplyphenol dan resveratrol.


Rabu, 11 Januari 2017

101 impian

Teks: Norazrin Mohd Nor

Apa itu impian? Sama tak dengan matlamat atau goal?

Sempena tahun baru ni, nak kongsi sikit mengenai impian. Percaya tak, kita boleh capai impian kita dengan menulis?

Memang ramai di antara orang yang berjaya, bermula dengan menulis impian. Dekat mana tu nak tulis impian? Kita perlu tulis impian dan tampal di tempat yang kita boleh melihatnya setiap hari. Bila kita lihat dan baca impian yang kita tulis setiap hari, secara tak langsung pemikiran bawah sedar kita akan berusaha dan menuju ke arah impian tersebut. Percaya tak? Jom buat dulu.


Ahad, 8 Januari 2017

Sukan Sunnah

Teks: Norazrin Mohd Nor

Antara sukan sunnah antaranya berenang, memanah dan menunggang kuda.

Nak ajar berenang, tiada kolam renang. Ada yang berbayar tapi masa kekangan masa pula, nak hantar dan ambil bila balik.

Nak ajar menunggang kuda. Mana pula kuda yang nak dicekau. Hihi

Hanya memanah paling mudah. Beli set memanah dan boleh terus belajar memanah. Tempat? Apa lagi, guna je apa yang ada.





Ha, inilah hasil guna apa yang ada. Kira okla tu kan? Kalau beli yang dekat kedai tu,keras sikit. Jarang nak terpacak anak panah tu. Bila guna gabus ni, shoot dan terpacak,rasa seronok. Konon-konon hebat la. Kehkeh.

Takpe la 'Isyah, practise make better. Kemaruk nak main benda ni. Bangun pagi terus tanya "boleh memanah tak ummi?" Pergilah nak, janji walid ada pantau masa memanah tu.

Nak join? Jom hidupkan sukan sunnah.


Isnin, 2 Januari 2017

7 makanan tambah susu badan semasa berpantang

Teks: Norazrin Mohd Nor

"Kak, susu saya sikit. Anak menangis macam nyusu tak puas" Pening ibu-ibu fikir pasal anak. Siapa yang tak runsing jika anak menangis dan merengek je.

Terdapat beberapa makanan yang boleh ibu berpantang amalkan untuk tambah susu badan.

1. Kurma
Kurma merupakan makanan yang tinggi serat. Ha, kalau nak lagi best boleh la makan kurma celup coklat atau kurma golek dengan kacang badam.

2. Habbatus sauda.
Lebih dikenali sebagai jintan hitam. Kalau mak-mak berpantang masa dahulu, habbatussauda ni mereka gigit je. Boleh juga direbus dan minum airnya. Nak lagi mudah, boleh la makan kapsul habbatus sauda. Habbatus sauda ni tinggi antioksida tau. Dalam masa yang sama, tambah susu badan pun makin sihat.

3. Longan
Buah longan ni popular dikalangan orang Cina. Boleh dapatkan di kedai ubat Cina atau Sensei. Caranya, rebus dan letak gula batu sikit dan boleh minum.

4. Jantung pisang.
Ni memang makanan popular bagi siapa yang suka makanan kampung. Kiranya ni resepi tradisional. Boleh dibuat kerabu atau masak lemak.

5. Lobak putih.
Lobak putih memang terdiri makanan semasa berpantang. Resepi paling mudah adalah buat sup lobak putih.

6. Halba.
Halba biasa digunakan oleh kaum India dalam masakan kari. Halba dicuci, direndam dalam air panas dan diminum.

7. Alfalfa.
Alfalfa lebih dikenali sebagai raja tumbuhan. Kaya dengan serat yang tinggi dan berfungsi sebagai agen pelawas. Ia juga berupaya membuang angin dari badan.



 Untuk dapatkan Vitamin anda, Hubungi Saya Segera : ●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●● ♡♡Norazrin Mohd Nor ♡♡ Shaklee Independent Distributor ♡♡ [SID No : 1078286] ♡♡ Contact No : 019-350 9685 ♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia