Pages

Sabtu, 31 Disember 2016

5 cara atasi susu sikit

Teks: Norazrin Mohd Nor

"Susu saya sikit. Anak tak puas minum. Macamana nak buat? Stress!" Antara keluhan ibu muda.

Susu badan yang terhasil mengikut keperluan bayi anda. Mommy kena tahu penghasilan susu berdasarkan permintaan yang ada. Konsep supply and demand.

Makin kerap mommy kosongkan payudara, makin banyak susu yang akan dihasilkan.

Kenapa ada mommy merungut susu tak cukup, susu badan sikit.

Terdapat beberapa sebab kenapa susu badan sikit. Kemungkinan besar besar lekapan bayi semasa menyusu salah. Aerola tidak masuk sepenuhnya dalam mulut bayi. Ini menyebabkan hisapan bayi menjadi tidak efektif.

Nak tahu cara atasi susu badan sikit?

Yang pertama, lekapan yang betul. Lekapan yang betul membantu hisapan yang efektif.

Yang kedua, kerap kosongkan payudara. Sebaiknya selepas bayi mwnyusu, mommy mengepam atau marmet untuk memastikan payudara betul-betul kosong.

Yang ketiga, elakkan stress. Penghasilan susu akan terbantut sekiranya mommy stress atau tertekan.

Yang keempat, banyakkan berzikir ketika menyusukan bayi anda. Mengikut pengalaman menyusukan anak pertama, zikir membantu penghasilan susu yang lancar.

Yang keempat, tidur di sebelah bayi anda. Hubungan yang rapat antara mommy dan bayi akan meningkatkan penghasilan susu.


 Untuk dapatkan Vitamin anda, Hubungi Saya Segera : ●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●● ♡♡Norazrin Mohd Nor ♡♡ Shaklee Independent Distributor ♡♡ [SID No : 1078286] ♡♡ Contact No : 019-350 9685 ♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia
Catat Ulasan