Pages

Jumaat, 4 November 2016

Relaktasi susu ibu

Teks: Norazrin Mohd Nor

Kenapa saya nak relaktasi semula?


Baru-baru ni si kecil Izzah demam, selsema dan batuk. Aduhai,sedih tak terkata melihat anak kecil bertarung dengan selsema. Nak bagi ubat, Izzah masih kecil. Masa tu terfikir, alangkah bagusnya jika Izzah masih menyusu. Saya boleh la makan lebih vitamin C,omega dan neutriferon. Pastinya bila saya makan, Izzah akan dapat melalui susu.

Ada beberapa sebab kenapa saya nak relaktasi semula.
1. Penuhi hak anak saya. Penyusuan sehingga 2 tahun. Masih berbaki 11 bulan untuk Izzah.
2. Saya boleh salurkan ubat melalui susu kepada Izzah.
3. Kesian saya lihat sebab Izzah kurang menyusu bila pergi jalan-jalan. Dia tak nak susu botol.

Hingga kini saya terfikir, tentu dia minum susu formula kerana TERPAKSA.

Satu sesi pam dah selesai. Hanya dapat 1oz sahaja. namun ia tak patahkan semngat saya untuk relaktasi. Selesai pam, saya minum ESP dan alfalfa. Alfalfa salah satu supplement yang membantu penghasilan susu ibu. Doakan saya berjaya.

#Pray4Izzah
#RelaktasiMommy

Catat Ulasan