Pages

Ahad, 6 November 2016

Kuatkan semangat untuk relaktasi

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Banyak kali saya bisikkan dalam diri. Kena kuat. Kena kuat. Kena kuat.

Kuat untuk relaktasi. Sungguh banyak dugaan nak relaktasi ni. Kekangan masa untuk mengepam.

Allahu akbar. Sungguh. Jika diberi peluang untuk relaktasi semula. Saya akan pastikan sentiasa ada hubungan skin to skin dengan anak. Sungguh rasa sukar hadapi saat relaktasi ini.

Saya hanya perlu konsisten ikut jadual mengepam 7hari tanpa gagal. Bayangkan pada hari pertama, saya hanya dapat tak sampai 1oz. Ya Allah, kurniakan rezeki buat Izzah agar dapat menyambung penyusuan secara eksklusif. Aameen ya rabb.

P/s: ESP dan alfalfa adalah supplement basic yang saya ambil secara konsisten untuk proses ini

Catat Ulasan