Pages

Rabu, 9 November 2016

Kenapa Relaktasi

Teks: Norazrin Mohd Nor

 Ramai yang bertanya kenapa saya relaktasi sedangkan saya mengambil supplemen Shaklee.

Ya, semuanya kerana naifnya saya dalam dunia penyusuan bayi.

Bila ingat semula kenapa saya berjaya bagi anak yang sulung penyusuan sehingga 2 tahun. Jawapannya kerana saya tak pernah terlepas mengepam susu semasa bekerja. Itulah punca utama susu sentiasa ada buat si manja. Lagipun, isyah paling kerap menyusu. Susu kan ada bergantung kepada permintaan? Kiranya masa isyah,permintaan cukup tinggi. Hahaha

Pengambilan Esp dan alfalfa kan memekat dan banyakkan susu? Izzah memang cepat kenyang. Sepatutnya saya perlu mengepam baki susu. Penyusuan kali ini, bukan sahaja saya abaikan masa mengepam di tempat kerja, malah saya juga abaikan masa mengepam dirumah. Saya abaikan je rasa bengkak susu. Si manja saya ni pula memang kurang menyusu semasa siang hari. Akibatnya, susu merudum dari hari ke hari sehinggalah memaksa saya memberinya susu formula. Akhirnya saya sendiri yang kecewa dan terseksa bila lihat si manja demam dan selesema. Saya tak mampu buat apa-apa.

Masih berusaha relaktasi semula. ya Allah permudahkan urusan buat si manja Izzah.

#RelaktasiMommy
#KembaraRelaktasi
Catat Ulasan