Pages

Rabu, 2 November 2016

3 perkara wajib sebelum relaktasi

Teks: Norazrin Mohd Nor

Relaktasi adalah proses penyambungan semula penyusuan anak selepas susu berkurangan atau putus susu untuk beberapa ketika.

Ya, saya ingin relaktasi semula anak saya. Walaupun sudah berjaya menyusukan anak yang sulung sehingga dua tahun tanpa menggunakan apa-apa supplement. Hanya yakin dengan rezeki Allah buatnya. Banyak minum air suam dan kerapkan penyusuan. Isyah memang kuat menyusu sehingga dua tahun.

Anak yang kedua menyusu sehingga 1tahun 3bulan kerana saya disahkan hamil. Risaukan kandungan sekiranya masih meneruskan penyusuan.

Anak yang ketiga, saya sempat menyusukan sehingga 8bulan penuh. Perkara pertama yang mengundang susu merudum adalah saya tidak mengendahkan mengepam susu di tempat kerja. Akhirnya susu semakin merudu dan saya membuat keputusan top up susu anak dengan susu formula.

Setelah 3bulan menggunakan susu formula, Izzah demam. Kali ni betul-betul naluri ibu saya tercabar. Izzah enggan menyusu menggunakan botol dan minum susu formula. Apa yang mampu saya lakukan saat tu?

Maka bermulalah episod relaktasi saya. Saya tak tahu berjaya atau tak. Sekurang-kurangnya saya mencuba sebelum menyerah kalah.

Disini saya kongsikan 3 perkara wajib bagi ibu-ibu yang inginkan relaktasi.


1. Kuat semangat
Sukar macamana sekalipun, semangat ibu yang inginkan relaktasi perlu kuat. Bayangkan kegembiraan anak apabila menyusu. Dalam masa yang sama, banyakkan berdoamoga dipermudahan urusan relaktasi. InsyaAllah, moga Allah membantu.

2. Pam susu setiap 1jam - 3jam
Kenapa perlu kerap pam? Kekerapan mengepam susu akan meransang penghasilan susu. Agak-agak ibu berapa lama proses relaktasi ini akan berlaku? Melalui pembacaan saya, InsyaAllah susu akan keluar seperti biasa jika rajin buat double pumping sekurang-kurangnya sekali sehari. Paling lama? Ada yang sehingga sebulan untuk meransang penghasilan susu.

3. Kerapkan hubungan kulit dengan bayi anda.
Nampak gayanya lepas ni, Izzah akan pakai diaper je la.

Keinginan untuk relaktasi sangat kuat. Dalam masa yang sama, saya teruskan pengambilan supplement untuk meransang penghasilan susu. Saya amalkan pengambilan alfalfa sebanyak 10biji sehari. Doakan perjalanan relaktasi saya berjaya.

Untuk dapatkan Vitamin anda, Hubungi Saya Segera :
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
♡♡Norazrin Mohd Nor 
♡♡ Shaklee Independent Distributor 
♡♡ [SID No : 1078286] 
♡♡ Contact No : 019-350 9685 
♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia
Catat Ulasan