Pages

Khamis, 10 November 2016

Relaktasi Selepas 5bulan Tidak Menyusu

Teks: Norazrin Mohd Nor

5bulan tidak menyusukan Izzah. Ia satu jangka masa yang lama. Izzah masih enggan menyusu.

Bila keadaan macam ni. Beberapa tips yang saya boleh kongsikan apa yang saya lakukan.
1. Saya perlu kekal positif. Anggap sahaja Izzah merajuk sebab dah 5 bulan tak menyusu.
2. Banyakkan berdoa moga Allah kurniakan rezeki penyusuan buat Izzah.
3. Teruskan mengepam ikut jadual. Kalau rajin, pam lah 2jam sekali untuk meransang penghasilan susu.

Jom, mommy diluar sana yang berniat atau sedang berusaha untuk relaktasi. Jom kita berusaha demi si manja tersayang.

#RelaktasiMommy
#KembaraRelaktasi



 Untuk dapatkan Vitamin anda, Hubungi Saya Segera : ●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●● ♡♡Norazrin Mohd Nor ♡♡ Shaklee Independent Distributor ♡♡ [SID No : 1078286] ♡♡ Contact No : 019-350 9685 ♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia

Rabu, 9 November 2016

Kenapa Relaktasi

Teks: Norazrin Mohd Nor

 Ramai yang bertanya kenapa saya relaktasi sedangkan saya mengambil supplemen Shaklee.

Ya, semuanya kerana naifnya saya dalam dunia penyusuan bayi.

Bila ingat semula kenapa saya berjaya bagi anak yang sulung penyusuan sehingga 2 tahun. Jawapannya kerana saya tak pernah terlepas mengepam susu semasa bekerja. Itulah punca utama susu sentiasa ada buat si manja. Lagipun, isyah paling kerap menyusu. Susu kan ada bergantung kepada permintaan? Kiranya masa isyah,permintaan cukup tinggi. Hahaha

Pengambilan Esp dan alfalfa kan memekat dan banyakkan susu? Izzah memang cepat kenyang. Sepatutnya saya perlu mengepam baki susu. Penyusuan kali ini, bukan sahaja saya abaikan masa mengepam di tempat kerja, malah saya juga abaikan masa mengepam dirumah. Saya abaikan je rasa bengkak susu. Si manja saya ni pula memang kurang menyusu semasa siang hari. Akibatnya, susu merudum dari hari ke hari sehinggalah memaksa saya memberinya susu formula. Akhirnya saya sendiri yang kecewa dan terseksa bila lihat si manja demam dan selesema. Saya tak mampu buat apa-apa.

Masih berusaha relaktasi semula. ya Allah permudahkan urusan buat si manja Izzah.

#RelaktasiMommy
#KembaraRelaktasi

Set Penyusuan Shaklee Membantu Relaktasi

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Beberapa hari ni, saya lihat ada peningkatan walaupun sangat sedikit. Kalau ikutkan hati yang kecewa dengan hasil pam, pasti akan teruskan berhenti untuk relaktasi.

Rasa kuat ingin relaktasi membantu saya untuk terus pam. Rupa-rupanya jadual pam yang saya guna sekarang masih belum cukup. Saya perlu pam 2 jam sekali rupanya. Pengambilan wajib selepas pam adalah 2 biji alfalfa. Maksimum saya saya ambil 10biji sehari. ESP saya akan pastikan ambil 3 sudu sehari.

Pengambilan supplemen yang lain saya ambil seperti B complex,Ostematrix,Vitalea, Vitamin C, Lecithin dan Omega Guard


#RelaktasiMommy
#KembaraRelaktasi

Selasa, 8 November 2016

Punca relaktasi tidak berjaya

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Hebat betul cabaran nak relaktasi ni ye?

Dalam tempoh beberapa hari ni, saya dapat kenal pasti beberapa faktor penyebab relaktasi tidak berjaya.
Saya list kan dekat sini bukan sebab saya gagal relaktasi. Saya masih akan terus mencuba sehingga jaya. 

List ni saya nak jadikan sebagai pembakar semangat saya untuk terus berusaha relaktasi si manja Izzah.
1. Tiada sokongan dari suami atau insan terhampir.

2. Culas dengan jadual mengepam.
Kena rajin pam on time. Nak pastikan susu ada signal masa pemprosesan. Saya dah siapkan jadual 7hari pam tanpa gagal. Jika skip satu sesi, mula semula hari pertama.

3. Bayi enggan menyusu terus (df)
Mommy luar sana jangan risau. Saya juga hadapi perkara yang sama. Waktu terbaik saya ajar semula si manja adalah pada waktu malam. Masa tu dia mamai tapi haus. Hihi. Saya yakin, si manja akan belajar semula untuk penyusuan terus dari mommy.

Cukup la 3faktor ni. Semoga berjaya semua. Doakan saya juga ye

#RelaktasiMommy
#GelombangShaklee

Ahad, 6 November 2016

Kuatkan semangat untuk relaktasi

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Banyak kali saya bisikkan dalam diri. Kena kuat. Kena kuat. Kena kuat.

Kuat untuk relaktasi. Sungguh banyak dugaan nak relaktasi ni. Kekangan masa untuk mengepam.

Allahu akbar. Sungguh. Jika diberi peluang untuk relaktasi semula. Saya akan pastikan sentiasa ada hubungan skin to skin dengan anak. Sungguh rasa sukar hadapi saat relaktasi ini.

Saya hanya perlu konsisten ikut jadual mengepam 7hari tanpa gagal. Bayangkan pada hari pertama, saya hanya dapat tak sampai 1oz. Ya Allah, kurniakan rezeki buat Izzah agar dapat menyambung penyusuan secara eksklusif. Aameen ya rabb.

P/s: ESP dan alfalfa adalah supplement basic yang saya ambil secara konsisten untuk proses ini

Jumaat, 4 November 2016

Relaktasi susu ibu

Teks: Norazrin Mohd Nor

Kenapa saya nak relaktasi semula?


Baru-baru ni si kecil Izzah demam, selsema dan batuk. Aduhai,sedih tak terkata melihat anak kecil bertarung dengan selsema. Nak bagi ubat, Izzah masih kecil. Masa tu terfikir, alangkah bagusnya jika Izzah masih menyusu. Saya boleh la makan lebih vitamin C,omega dan neutriferon. Pastinya bila saya makan, Izzah akan dapat melalui susu.

Ada beberapa sebab kenapa saya nak relaktasi semula.
1. Penuhi hak anak saya. Penyusuan sehingga 2 tahun. Masih berbaki 11 bulan untuk Izzah.
2. Saya boleh salurkan ubat melalui susu kepada Izzah.
3. Kesian saya lihat sebab Izzah kurang menyusu bila pergi jalan-jalan. Dia tak nak susu botol.

Hingga kini saya terfikir, tentu dia minum susu formula kerana TERPAKSA.

Satu sesi pam dah selesai. Hanya dapat 1oz sahaja. namun ia tak patahkan semngat saya untuk relaktasi. Selesai pam, saya minum ESP dan alfalfa. Alfalfa salah satu supplement yang membantu penghasilan susu ibu. Doakan saya berjaya.

#Pray4Izzah
#RelaktasiMommy

Rabu, 2 November 2016

3 perkara wajib sebelum relaktasi

Teks: Norazrin Mohd Nor

Relaktasi adalah proses penyambungan semula penyusuan anak selepas susu berkurangan atau putus susu untuk beberapa ketika.

Ya, saya ingin relaktasi semula anak saya. Walaupun sudah berjaya menyusukan anak yang sulung sehingga dua tahun tanpa menggunakan apa-apa supplement. Hanya yakin dengan rezeki Allah buatnya. Banyak minum air suam dan kerapkan penyusuan. Isyah memang kuat menyusu sehingga dua tahun.

Anak yang kedua menyusu sehingga 1tahun 3bulan kerana saya disahkan hamil. Risaukan kandungan sekiranya masih meneruskan penyusuan.

Anak yang ketiga, saya sempat menyusukan sehingga 8bulan penuh. Perkara pertama yang mengundang susu merudum adalah saya tidak mengendahkan mengepam susu di tempat kerja. Akhirnya susu semakin merudu dan saya membuat keputusan top up susu anak dengan susu formula.

Setelah 3bulan menggunakan susu formula, Izzah demam. Kali ni betul-betul naluri ibu saya tercabar. Izzah enggan menyusu menggunakan botol dan minum susu formula. Apa yang mampu saya lakukan saat tu?

Maka bermulalah episod relaktasi saya. Saya tak tahu berjaya atau tak. Sekurang-kurangnya saya mencuba sebelum menyerah kalah.

Disini saya kongsikan 3 perkara wajib bagi ibu-ibu yang inginkan relaktasi.


1. Kuat semangat
Sukar macamana sekalipun, semangat ibu yang inginkan relaktasi perlu kuat. Bayangkan kegembiraan anak apabila menyusu. Dalam masa yang sama, banyakkan berdoamoga dipermudahan urusan relaktasi. InsyaAllah, moga Allah membantu.

2. Pam susu setiap 1jam - 3jam
Kenapa perlu kerap pam? Kekerapan mengepam susu akan meransang penghasilan susu. Agak-agak ibu berapa lama proses relaktasi ini akan berlaku? Melalui pembacaan saya, InsyaAllah susu akan keluar seperti biasa jika rajin buat double pumping sekurang-kurangnya sekali sehari. Paling lama? Ada yang sehingga sebulan untuk meransang penghasilan susu.

3. Kerapkan hubungan kulit dengan bayi anda.
Nampak gayanya lepas ni, Izzah akan pakai diaper je la.

Keinginan untuk relaktasi sangat kuat. Dalam masa yang sama, saya teruskan pengambilan supplement untuk meransang penghasilan susu. Saya amalkan pengambilan alfalfa sebanyak 10biji sehari. Doakan perjalanan relaktasi saya berjaya.

Untuk dapatkan Vitamin anda, Hubungi Saya Segera :
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
♡♡Norazrin Mohd Nor 
♡♡ Shaklee Independent Distributor 
♡♡ [SID No : 1078286] 
♡♡ Contact No : 019-350 9685 
♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia