Pages

Isnin, 19 September 2016

Rindu Nenek

Teks: Norazrin Mohd Nor

Malam ni terjaga dan dapat berita nenek dimasukkan ke hospital. Nenek sakit dan tidak mampu untuk bangun. Hati jadi sebak dan pilu. Membayangkan umur sebegitu tinggal di hospital. Atuk pun uzur juga tapi atuk berkeras tak nak masuk wad.

Nenek mempunyai 10 orang anak. Memang betullah ayat "Ibu seorang mampu jaga anak 10 orang. Anak 10 orang tak mampu jaga ibu seorang" Memang diakui masing-masing ada tanggungjawab dan masalah sendiri.

Masa ni terfikir, Ya Allah, anakku hanya ada 3orang.Kesemuanya perempuan. Jika dipanjangkan usia mereka dan mendirikan rumahtangga, pastinya kedudukan suaminya lebih tinggi dari ibu bapa. Andai aku sakit, siapa anak yang akan menjaga? Mahukah mereka menjaga? Allahu akbar. Panjangnya fikir malam-malam macam ni.

Nenek... rindu dengan nenek. Tiba-tiba teringat masa kecil-kecil,setiap kali cuti sekolah mesti tinggal dengan nenek. Setiap pagi selepas nenek solat Subuh, nenek akan sediakan sarapan. Nenek akan bawa pergi jalan-jalan. Tempat yang glamour masa ni, Chow Kit :) Pasar malam pun layan juga.

Allahu akbar. Macamana la keadaan nenek di hospital malam-malam macam ni. Tentu sunyi. Bosan dalam hospital. Bermalam di hospital sebab bersalin pun bosan. Inikan pula nenek dikelilingi orang-orang sakit.

Teringat arwah makngah sebelah suami. Syukur dikurniakan anak lelaki yang ramai. Terlantar di rumah. Anak menantu yang jaga. Mereka pun duduk sekitar kawasan ini sahaja. Yang jauh hanya seorang dua. Bergilir-gilir menjaga masa hujung hayat arwah makngah. Angkat ke bilik air. Mandikan dan ambilkan wudhuk. Nanti arwah makngah akan solat sambil baring.

Nenek...rindu nenek. Ya Allah, berilah kesihatan yang baik buat nenek dan atuk. Allah asy-syafi allah al-kaafi Allah al-mu'aafi sihatkanlah tubuh badan nenek dan atuk agar mereka boleh beribadah dengan sempurna kepadaMu ya Allah.

Catat Ulasan