Pages

Selasa, 20 September 2016

Korban

 
Inilah lembu yang dikorbankan. Moga berjumpa di titian siratulmustaqim nanti. Aameen.

Kisah korban ni sebenarnya dah lama dalam draft. Menulis tapi tak habis.

Suami cerita apa yang dibisikkan ke telinga lembu sebelum dikorbankan. Masa tu terus air mata menitis laju. Ya Allah, terimalah amalan korban kami.Memang nekad, untuk berkorban setiap tahun selepas ini. Macam seorang kawan, dia dan suami akan bergilir-gilir berkorban setiap tahun. Tanda syukur kepada Allah, katanya. Moga Allah berikan keizinan untuk aku lakukan perkara yang sama. Aameen.

Terfikir buat tabung korban. Menabung untuk korban. Moga tahun depan, buatkan korban untuk atuk dan nenek.Ya Allah, terlalu banyak pengorbanan nenek dan atuk lakukan buat anak mereka dan kami cucunya. Kasihanilah mereka ya Allah.
Catat Ulasan