Pages

Jumaat, 23 September 2016

Ubati Sakit Gigi Bengkak

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Ada yang bertanya gusi sakit.
Dah jumpa doktor, buat rawatan cuci gigi tapi gigi masih sakit.
Darah masih keluar ketika memberus gigi.
Minum air pun sukar.

Saya mencadangkan agar ambil ostematrix, vita c plus dan garlic.

Ostematrix - tinggi kalsium bagus untuk gusi dan gigi. Redakan bengkak gusi kerana kuman
Vita c - rawat luka dan cegah gusi dari virus dan bakteria
Garlic - antibiotik semulajadi untuk jangkitan kuman dan bakteria pada pulpa dan enamel.

Vita c sustained plus (180tablet) Penggunaan normal untuk 6 bulan
Ostematrix - (120caplet) Penggunaan normal untuk 1 bulan
Garlic - (60tablet) Penggunaan normal untuk 1 bulan.

Kena ingat ye, ini hanya supplement membantu mengurangkan kesakitan. Kesan ke atas individu juga berlainan. Jika badan kurang toksin, banyak minum air makan cepatlah kesan supplement tersebut. Namun, jika badan banyak toksin supplement sukar diserap dengan baik. Jawapannya, kena detoks dulu badan tu ye :-)

7 KRITERIA PENTING MEMASTIKAN SOYA ANDA SELAMAT

Sangsi nak pilih soya mana satu? Dengar banyak sangat cerita tentang soya, ada kata bagus ada kata bahaya. Maka harini saya kongsikan, Ketika memilih Soya, pastikan anda ada 7 checklist ini untuk memastikan Soya yang anda masukkan ke dalam tubuh anda adalah selamat.

1. Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organik.
KACANG SOYA TIDAK ORGANIK  yang menggunakan baja kimia dan racun pestisid, akan mengandungi khasiatnya yang rendah. Ia juga mempunyai kandungan nitrat yang tinggi. Kandungan nitrat yang tinggi membawa risiko KANSER !

2. Kacang soya  tu mestilah Non GMO ( tak dihasilkan secara genetik)
Kacang soya GMO lebih murah untuk dihasilkan tetapi ia berisiko kepada kesihatan pengguna kerana ia menghasilkan TOKSIN dalam badan manusia.

3.  Protein soya tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu.
Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormon ,antibodi, enzim. Kalau salah satu amino asid ini tak cukup, sistem imun badan akan terganggu 30% dan fungsi badan mungkin akan terganggu atau berhenti.

4. Dalam proses pembuatan soya isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dengan alcohol
Isoflavone dapat mengurangkan risiko kanser payudara, kanser rahim dan kanser prostate.  Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan jisim tulang

5. Bahan anti-tirod mesti disingkirkan
Soya yang mentah mengandungi bahan "anti-growth", "anti-tyrosine". Kedua bahan ini menggangu fungsi tubuh dan meningkatkan risiko kanser.

6. Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan
Asid amino sensitif terhadap suhu panas. Ada kajian menyatakan protein yang dimasak terlalu lama boleh merosakkan 50% amino asid amino.  Kekurangan acid amino dalam badan akan merenjatkan hormon, tisu badan serta mengganggu kesihatan kita.

7. Protein soya itu mesti ditambah dgn unsur kalsium..kenapa?
Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soya adalah sangat berasid dan boleh menyebabkan kerapuhan tulang. Dan oleh yang denikian unsur kaslium yang secukupnya mesti ditambah dalam soya protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soya tu. Kebanyakan pengusaha/pengeluar protein tidak menambah cukup kalsium
Jadi anda tidak perlu ragu-ragu dengan ESP. Kerana ESP menepati 7 ciri-ciri soya yang selamat:
•  ESP ditanam secara organik
•  ESP adalah non-gmo
•  Mengandungi 9 amino asid perlu dan mineral & vitamin lain
•  Ia dibersihkan dengan menggunakan air.
•  Tiada bahan anti-tiroid / anti-growth
•  diproses tanpa pemanasan
•  Ditambah dengan kalsium 500mg

Oleh itu, Pilih lah soya yang mematuhi 7 ciri soya selamat
Dari Shaklee ~ Energizing Soy Protein ESP

#EspBest
#GLCteam

ebook Berdialog Dengan Allah

Teks: Norazrin Mohd Nor

Penulis ebook Bertanya Allah Dahulu (BAD) SA Insyirah telah melancarkan ebook terbaru Berdialog Dengan Allah. Ebook BAD telah di download sebanyak 30 000 kali.

Jom dapatkan segera ebook PERCUMA Berdialog Dengan Allah. Klik link http://goo.gl/WVPk9a
Sebarkan moga lebih ramai dapat manfaat. InsyaAllah

Untuk dapatkan Vitamin anda, Hubungi Saya Segera : ●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●● ♡♡Norazrin Mohd Nor ♡♡ Shaklee Independent Distributor ♡♡ [SID No : 1078286] ♡♡ Contact No : 019-350 9685 ♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia

Khamis, 22 September 2016

Ajarkan Anakmu Al-quran

Teks: Norazrin Mohd Nor

Suami bercerita, dia melihat kumpulan kecil kanak-kanak yang tekun membaca al-quran. Seorang lelaki bertanya berapa umur anak sulung kami. Bila suami menjawab 5 tahun. Spontan soalan dilontarkan kembali."Dah khatam al-Quran?"  Bila suami menjawab belum, meggeleng si penyoal tadi. Tergamam. Terkedu. Allahu akbar. banyaknya lompong dalam didikan kami kepada anak syurga ini.

Terus saya tanya "dia boleh ajar anak kita tak?" Suami kata mereka hanya ajar kanak-kanak lelaki tapi ada segelintir yang bersungguh mahu anak perempuan diajar juga. Ada beberapa orangyang mereka ajar. Hanya 5-6 orang sahaja. Ya Allah, andai disini tempat yang terbaik buat anak syurga kami, bukalah hati mereka menerima 'Isyah sebagai anak muridnya.

Saya fikir sendiri. Anak tak mahu diajar atau saya dan suami yang tidak bersungguh mendidik? Ya Allah, lorong dan takdirkan yang terbaik buat agama dan masa depan kami.

Untuk dapatkan Vitamin anda, Hubungi Saya Segera : 
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●● 
♡♡Norazrin Mohd Nor 
♡♡ Shaklee Independent Distributor 
♡♡ [SID No : 1078286] 
♡♡ Contact No : 019-350 9685 
♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia

Rabu, 21 September 2016

Diari Kun Faya Kuun

Teks: Norazrin Mohd Nor

Nama SA Insyirah mula meniti dibibir saat saya mula membaca ebook Bertanya Allah Dahulu.

Kemudian muncul pula Diari Kun Faya Kuun. Memang laris macam pisang goreng panas.

Penulis cuba menyampaikan amalan yang  dilakukan menerusi diari tersebut. Bila dah buat, baru rasa nikmat menggunakan diari tersebut.

Nak cuba? Ni linknya Diari Kun Faya Kuun

Untuk dapatkan Vitamin anda, Hubungi Saya Segera : 
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●● 
♡♡Norazrin Mohd Nor 
♡♡ Shaklee Independent Distributor 
♡♡ [SID No : 1078286] 
♡♡ Contact No : 019-350 9685 
♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia

Selasa, 20 September 2016

Korban

 
Inilah lembu yang dikorbankan. Moga berjumpa di titian siratulmustaqim nanti. Aameen.

Kisah korban ni sebenarnya dah lama dalam draft. Menulis tapi tak habis.

Suami cerita apa yang dibisikkan ke telinga lembu sebelum dikorbankan. Masa tu terus air mata menitis laju. Ya Allah, terimalah amalan korban kami.Memang nekad, untuk berkorban setiap tahun selepas ini. Macam seorang kawan, dia dan suami akan bergilir-gilir berkorban setiap tahun. Tanda syukur kepada Allah, katanya. Moga Allah berikan keizinan untuk aku lakukan perkara yang sama. Aameen.

Terfikir buat tabung korban. Menabung untuk korban. Moga tahun depan, buatkan korban untuk atuk dan nenek.Ya Allah, terlalu banyak pengorbanan nenek dan atuk lakukan buat anak mereka dan kami cucunya. Kasihanilah mereka ya Allah.

Isnin, 19 September 2016

Rindu Nenek

Teks: Norazrin Mohd Nor

Malam ni terjaga dan dapat berita nenek dimasukkan ke hospital. Nenek sakit dan tidak mampu untuk bangun. Hati jadi sebak dan pilu. Membayangkan umur sebegitu tinggal di hospital. Atuk pun uzur juga tapi atuk berkeras tak nak masuk wad.

Nenek mempunyai 10 orang anak. Memang betullah ayat "Ibu seorang mampu jaga anak 10 orang. Anak 10 orang tak mampu jaga ibu seorang" Memang diakui masing-masing ada tanggungjawab dan masalah sendiri.

Masa ni terfikir, Ya Allah, anakku hanya ada 3orang.Kesemuanya perempuan. Jika dipanjangkan usia mereka dan mendirikan rumahtangga, pastinya kedudukan suaminya lebih tinggi dari ibu bapa. Andai aku sakit, siapa anak yang akan menjaga? Mahukah mereka menjaga? Allahu akbar. Panjangnya fikir malam-malam macam ni.

Nenek... rindu dengan nenek. Tiba-tiba teringat masa kecil-kecil,setiap kali cuti sekolah mesti tinggal dengan nenek. Setiap pagi selepas nenek solat Subuh, nenek akan sediakan sarapan. Nenek akan bawa pergi jalan-jalan. Tempat yang glamour masa ni, Chow Kit :) Pasar malam pun layan juga.

Allahu akbar. Macamana la keadaan nenek di hospital malam-malam macam ni. Tentu sunyi. Bosan dalam hospital. Bermalam di hospital sebab bersalin pun bosan. Inikan pula nenek dikelilingi orang-orang sakit.

Teringat arwah makngah sebelah suami. Syukur dikurniakan anak lelaki yang ramai. Terlantar di rumah. Anak menantu yang jaga. Mereka pun duduk sekitar kawasan ini sahaja. Yang jauh hanya seorang dua. Bergilir-gilir menjaga masa hujung hayat arwah makngah. Angkat ke bilik air. Mandikan dan ambilkan wudhuk. Nanti arwah makngah akan solat sambil baring.

Nenek...rindu nenek. Ya Allah, berilah kesihatan yang baik buat nenek dan atuk. Allah asy-syafi allah al-kaafi Allah al-mu'aafi sihatkanlah tubuh badan nenek dan atuk agar mereka boleh beribadah dengan sempurna kepadaMu ya Allah.

Ahad, 18 September 2016

Doa bermimpi Rasulullah s.a.w

Teks: Norazrin Mohd Nor 

Lama dah cuti. Rasa macam hari pertama kerja pula.

Pagi-pagi lihat video Allahyarham Dato Dr Harun Din mengenai mimpinya bertemu Rasulullah s.a.w. Allahu akbar.  Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad wa 'ala aali saiyidina Muhammad.

Saya sempat menyalin doa untuk bertemu Rasulullah s.a.w di dalam mimpi.
"Allahumma arinii wajha nabiyyika wa habiibika Muhammadin fii manaamii"
Ya Allah, aku bermohon agar perlihatkan wajah nabiMu dan kekasihMu Muhammad s.a.w di dalam mimpiku.

Jom kita amalkan sama-sama. Moga Allah perkenankan kita melihat Rasulullah s.a.w di dalam mimpi kita. Aameen

Untuk dapatkan Vitamin anda, Hubungi Saya Segera : ●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
 ♡♡Norazrin Mohd Nor
 ♡♡ Shaklee Independent Distributor
 ♡♡ [SID No : 1078286]
 ♡♡ Contact No : 019-350 9685
 ♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia

Jumaat, 9 September 2016

Ostematrix hilangkan sakit pinggang

Teks: Norazrin Mohd Nor

Pagi Jumaat yang mulia, hujan turun membasahi bumi Muar. Anak-anak bangun awal seperti biasa. Kebetulan stok sate kajang sejuk beku masih berbaki, hanya panaskan sahaja.

Keputusan akhir perlu dibuat pagi ni. Setuju atau tidak setuju. Berbekalkan tekad, keputusan setuju telah diambil. Sepanjang perjalanan berdoa agar keputusan ini yang terbaik Allah tetapkan.

Habis sahaja urusan selesai, 'Isyah nak makan roti canai. Erk! Mana nakcari roti canai dah nak petang ni nak. Mujur boleh bertolak ansur. Makan nasi akhirnya. Nasi je senang cari kat Malaysia ni. Hihi

Dalam perjalan pulang si kecil Izzah merengek-rengek. Tak lena tidur masa perjalanan pergi tadi. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Macam-macam gaya ikut rentak dia. Sakitnya pinggang melayan situasi tersebut.

Sampai je di rumah, mandikan anak-anak dan masing-masing tidur keletihan. Apalagi, ke dapur cari Ostematrix bagi melegakan sakit pinggang ni. Telan 4biji caplet. Ini bukan pil ajaib ye. Ambil masa ia bertindak. Alhamdulillah pinggang lega dan boleh layan JDT malam ni.

Untuk dapatkan Vitamin anda, Hubungi Saya Segera : 
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●● 
♡♡Norazrin Mohd Nor 
♡♡ Shaklee Independent Distributor 
♡♡ [SID No : 1078286] 
♡♡ Contact No : 019-350 9685 
♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia

Khamis, 8 September 2016

Masker ESP dengan 'Isyah

Teks: Norazrin Mohd Nor

Hari ni, buat masker ESP + alfalfa.

Alang-alang buat 1/2sudu besar dapat banyak, apalagi jadi mangsa la suami dan isyah. Tepek aje kat muka mereka.

Isyah teruja cakap muka dia sejuk sepanjang bermasker. Selepas 20minit, bila ajak basuh muka suami kata tunggu la sampai esok. Haha..biar betul? Itupun asyik belek muka dia kat cermin. Aduiii, ni baru bagi pakai masker. haha.

Isyah siap pegang muka sambil cakap "patut la muka umi lembut".Hihi. Ni lah rahsianya nak oii.


Untuk dapatkan Vitamin anda, Hubungi Saya Segera : 
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●● 
♡♡Norazrin Mohd Nor 
♡♡ Shaklee Independent Distributor 
♡♡ [SID No : 1078286] 
♡♡ Contact No : 019-350 9685 
♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia

Rabu, 7 September 2016

Senarai "To do list"

Teks: Norazrin Mohd Nor

Banyak sangat perkara yang bermain difikiran.

Banyak task yang perlu dibuat.

Belajar buat to do list dan buat tanpa serabutkan otak dengan perkara lain.

Percayalah, anda akan tersenyum bila ada lebih masa buat diri dan keluarga.

Perkara rutin dan non rutin akan dapat dilihat bila kita telah melakukannya.

Untuk dapatkan Vitamin anda, Hubungi Saya Segera : 
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●● 
♡♡Norazrin Mohd Nor 
♡♡ Shaklee Independent Distributor 
♡♡ [SID No : 1078286] 
♡♡ Contact No : 019-350 9685 
♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia

Selasa, 6 September 2016

Beg Laptop

Teks: Norazrin Mohd Nor

Tengah mencari beg laptop yang baru. Beg laptop yang sudah koyak sana sini. Menanti untuk dibaiki. Rasa macam malas pula nak bawa pergi jahit. Macam nak cari yang baru je. Ehehe

Rambang mata tengok beg-beg laptop di lazada.com

Dah penat mengadap laptop, terus makan b complex untuk cas tenaga, carotamax untuk kesihatan mata.


Untuk dapatkan Vitamin anda, Hubungi Saya Segera : 
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●● 
♡♡Norazrin Mohd Nor 
♡♡ Shaklee Independent Distributor 
♡♡ [SID No : 1078286] 
♡♡ Contact No : 019-350 9685 
♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia

Isnin, 5 September 2016

Masker ESP

Teks: Norazrin Mohd Nor

Sempena bulan promosi ESP ni, meh saya kongsi resepi masker ESP.

1. ESP + yogurt asli
    1 sudu besar yogurt
    1/2 sudu esp
    3 sudu besar air suam
    ** Resepi masker ni bagus diamalkan setiap hari

2. ESP + alfalfa complex
    1 biji alfalfa
    1/2 sudu besar esp
    3 sudu besar air suam
    ** Resepi masker ni bagus diamalkan 2kali seminggu

3. ESP + SR Vita CPlus
   1 biji SR Vita C Plus (boleh patahkan kepada 3 bahagian. Hanya guna 1/3 bahagian sahaja)
   1/2 sudu besar esp
   3 sudu besar air suam
   ** Boleh amalkan 2 kali seminggu

4. ESP + Vitamin E
   1 biji vitamin E
   1/2 sudu besar esp
   3 sudu besar air suam
   ** Vitamin E juga boleh dijadikan masker tanpa menggunakan ESP

Penggunaan masker ni, biarkan selama 20-30minit. Setelah tu,bolehlah bilas dengan air suam. Rasai sendiri bagaimana kulit wajah anda selepas menggunakan ESP sebagai masker.

Memang berbaloi-baloi. Bukan setakat boleh minum. Boleh jadikan masker lagi.

Untuk dapatkan Vitamin anda, Hubungi Saya Segera : 
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●● 
♡♡Norazrin Mohd Nor 
♡♡ Shaklee Independent Distributor 
♡♡ [SID No : 1078286] 
♡♡ Contact No : 019-350 9685 
♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia

Ahad, 4 September 2016

Jatuh Cinta Dengan ESP

Teks: Norazrin Mohd Nor

Bila ingat kembali saat pertama berkenalan dengan ESP, sungguh kelakar. Saya ni memang jenis tak minum susu. Bila pertama kali cuba minum ESP, terus muntah! Mungkin sebab mind setting tak boleh telan. Akhirnya saya sedekahkan sahaja kepada biras saya.

Bila saya bertemu semula resepi ESP, rasa teruja nak mencuba sebab ESP Shaklee ni macam-macam khasiat. Sebelum cuba, saya cari maklumat berkaitan ESP. ESP Shaklee sumber protein dari soya non GMO. Baik untuk jantung. Boleh jadi milk booster. Kebetulan masa tu saya masih menyusukan anak, memang teringin sangat nak cuba. Yang penting, ESP ni rasanya plain. Jadinya ESP ni boleh dipelbagaikan dengan apa jua minuman.

Resepi pertama yang saya cuba ESP + sunquick. Saya sendiri ketawa sebab saya tak muntah malah sedap.

Setakat ni, saya pernah cuba ESP + oren twister, ESP + yogurt , ESP + milo. Yang saya tak pernah cuba ESP + air kosong. Dan mungkin tak kan cuba kot. Hihi.

Dibawah ni saya sertakan resepi yang anda boleh cuba. Bestnya ESP.



Untuk dapatkan Vitamin anda, Hubungi Saya Segera : 
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●● 
♡♡Norazrin Mohd Nor 
♡♡ Shaklee Independent Distributor 
♡♡ [SID No : 1078286] 
♡♡ Contact No : 019-350 9685 
♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia

Sabtu, 3 September 2016

'Isyah beraktiviti di Tadika Naluri Parenting Centre

Teks: Norazrin Mohd Nor

Awal-awal pagi lagi dah bergerak ke NPC. Alhamdulillah perjalanan lancar. Kami ditemani hujan rahmat sepanjang perjalanan.

Pogram bermula 9 pagi. Namun kami tiba di NPC pada pukul 9.05pagi. Bila tengok sunyi sepi je, saya telefon Farah (salah seorang agen NPC). Rupa-rupanya ogram di Tadika Naluri. Sunguh saya tak perasan.
Farah bagi kedudukan Tadika Naluri melalui aplikasi Whatsapp.

Tiba je di sana, kami daftar dulu. Pogram ni percuma. Memang dah lama teruja nak sertai pogram macam ni. Akhirnya dapat juga pengalaman.


Untuk dapatkan Vitamin anda, Hubungi Saya Segera : 
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●● 
♡♡Norazrin Mohd Nor 
♡♡ Shaklee Independent Distributor 
♡♡ [SID No : 1078286] 
♡♡ Contact No : 019-350 9685 
♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia

Jumaat, 2 September 2016

6 Tips Kulit Yang Sihat

Teks: Norazrin Mohd Nor

Ramai yang bertanya mengenai kulit yang sihat yang cantik.
Jom saya kongsikan tips untuk dapatkan kulit yang sihat dan cantik.

1. Kulit muka mesti dibersihkan. Gunalah pelembab dan pelindung UV yang sesuai dengan anda.

2. Mesti minum air kosong secukupnya. Air yang mencukupi penting untuk memastikan keperluan cecair dalam badan anda.

3. Tidak tertekan atau stress. Bagi yang selalu stress,cepat-cepat cari jalan penyelesaian stress ye.

4. Tidur yang mencukupi. Elakkan kurang tidur kerana ia akan mengganggu tugasan harian anda keesokan harinya.

5. Pengambilan multivitamin. Multivitamin penting bagi mereka yang kurang mengambil makanan seimbang setiap hari. Multivitamin mencukupkan kekurangan vitamin yang anda ambil dalam sehari.

6. Selalu bersenam. Jika anda kesuntukan masa untuk bersenam, ambillah beberapa minit pada waktu petang dengan mengelilingi rumah anda atau membuat kerja-kerja rumah seperti mengemop lantai dan sebagainya.

Moga tips diatas membantu anda untuk mendapatkan kulit muka yang sihat dan cantik.

Untuk dapatkan Vitamin anda ..Jomm….Hubungi Saya Segera : ●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
♡♡Norazrin Mohd Nor 
♡♡ Shaklee Independent Distributor 
♡♡ [SID No : 1078286] 
♡♡ Contact No : 019-350 9685 
♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia

Khamis, 1 September 2016

Vitamin keyakinan saya

Teks:Norazrin bt Mohd Nor

Anda ada vitamin keyakinan?

Vitamin ni buat gigi dan gusi makin sihat.
Vitamin ni bantu kuatkan tulang.
Yang lagi best, ia buat kulit anda gebu, berseri dan cerah sebab ia membantu hasilkan kolagen.
Vitamin ini antioksida. Ia melawan radikal bebas dan antipenuaan.

Sebab tu saya panggil ni vitamin keyakinan. Pasti anda tersenyum lebar lihat perubahan diri nanti.

Best ke best vitamin ni?

Pelaburan anda untuk dapatkan produk ni lebih rendah nilainya berbanding kesan yang akan anda alami.

Untuk dapatkan Vitamin anda ..Jomm….Hubungi Saya Segera : ●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
♡♡Norazrin Mohd Nor 
♡♡ Shaklee Independent Distributor 
♡♡ [SID No : 1078286] 
♡♡ Contact No : 019-350 9685 
♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia