Pages

Selasa, 23 Ogos 2016

Ujian Tanda Allah Sayang Kita

Teks: Norazrin Mohd Nor

Benarkah ujian tanda Allah sayang kepada kita?

Sayyid Qutb mengulas bahawa Surah Al-Kahfi memandu kita memperbetulkan pandangan hidup berdasarkan neraca aqidah.
  Apabila kita menghayati Ayat 7,Surah Al-Kahfi, Allah SWT berfirman,

"Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya."

  Allah menyatakan bahawa semua yang dijadikan Allah adalah perhiasan, dan disinilah berlakunya penilaian Allah terhadap kita, siapakah yang paling lebih baik amalnya.
  Maka, yang akan menjadi fokus harian kita adalah sentiasa menang dengan ujian hidup dari Allah.

Bila diri diuji dengan kesempitan masa, koreksi semula diri. Lihat bagaimana masa kita dengan Allah. Bagaimana dengan amalan wajib kita. Bagaimana dengan bacaan al-quran kita. Rupa-rupanya Allah nak kita lebih menjaga solat. Allah nak kita lebihkan masa baca al-quran.

Jika Allah uji kita dengan musibah, cepat-cepat lihat apa yang Allah nak ingatkan kita. Apa yang Allah nak bagi kita.

Jika kita dapat melihat sudut yang berbeza, apa yang Allah mahukan, tentu kita lebih bahagia.

Peringatan buat diri saya dan anda semua.
 
Catat Ulasan