Pages

Ahad, 28 Ogos 2016

Taklimat Peperiksaan UPSR

Teks: Norazrin Mohd Nor

Hari ni ada taklimat peperiksaan. Sekian kalinya sejak tahun 2008.

Hampir setiap tahun ditugaskan menjaga peperiksaan. Perasaan? Bosan. Sebab apa? Ngantuk masa murid-murid tu menjawab peperiksaan. Sangat ngantuk ok. Yang lalui je tau perasaan ni.

Tahun ni tahun yang ke berapa entah. Tahun lepas dapat elak sebab hampir tarikh bersalin. Tahun ni dilantik lagi. Redha. Redha. Redha. (Cakap senang, nak suruh hati terima..susah. Erk!)

Pengalaman jaga peperiksaan dan yang buat tak suka jaga peperiksaan. Terpaksa tinggalkan anak kecil seawal pagi sebab kena pergi ke bilik kebal. Angkut juga pam susu. Jadual pam tetap ikut macam biasa. Masalahnya kadang-kadang masa tu tak kena. Mana boleh keluar pam susu masa budak tengah jawab peperiksaan. Biasanya dalam pukul 2 petang dah jumpa anak semula. Tapi dalam jadual 2 tahun lepas ada peperiksaan sebelah petang iaitu Peperiksaan Aptitude. Stress mak nak oii.

Syukur sebab tahun ni peperiksaan habis pukul 12tengahari setiap hari. Takde la mak stress sangat. Hihi


Untuk dapatkan Vitamin anda, Hubungi Saya Segera : 
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●● 
♡♡Norazrin Mohd Nor 
♡♡ Shaklee Independent Distributor 
♡♡ [SID No : 1078286] 
 ♡♡ Contact No : 019-350 9685 
 ♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia
Catat Ulasan