Pages

Rabu, 10 Ogos 2016

Kasih ibu membawa ke syurga

KASIHNYA IBU MEMBAWA KE SYURGA
==============================
Emak menjahit baju membesarkan kami. Memang sejak dari kecil emak gigih menjahit. Masih ingat lagi, emak akan berjaga sehingga larut malam menyiapkan baju tempahan.

Beberapa tahun yang lepas, emak ada mengadu kebas tangan. Walaupun tangan mak dah mula kebas, emak masih menjahit baju. Sampai satu tahap, tangan emak tak boleh menggenggam gunting untuk memotong kain ela.

Bila jumpa doktor, doktor pun tak mention sakit apa. Doktor kata, nak kepastian kena diagnosis dulu. Doktor hanya bagi ubat tahan sakit. Doktor juga ada mencadangkan untuk bagi suntikan di tapak tangan. Namun, emak tak ambil sebab ramai yang kata suntikan tu menyakitkan.

Sampai kemuncaknya emak rasa sakit teramat dan menangis. Masa tu saya baru je membeli vivix. Botol pertama saya beli melalui adinda Zura Betty. Korek duit tabung sebab memang teringin sangat nak cuba.
Kebetulan adik bawa emak ke rumah saya. Saya serahkan vivix kepada emak. Walaupun saya sendiri belum dapat lihat kesan vivix kepada diri. Kesihatan emak lebih penting bagi saya.

Syukur alhamdulillah. Memang ada perubahan dekat emak. Tangan emak dah boleh menggenggam sedikit.
Raya tahun ni, saya lewat beli kain untuk baju raya. Bila utarakan kepada adik, adik saya menolak untuk menerimanya. Tapi saya tinggalkan juga di rumah kaklang

Rupa-rupanya, emak minta kaklang potongkan baju ikut ukuran dan emak yang jahit baju saya dan anak-anak. Jika tak, saya dan anak-anak takde baju raya sedondon tahun ni.Sayang emak ketat-ketat.

Mohon doakan emak saya sihat seperti sediakala.

Moga saya dapat beli vivix setiap bulan untuk emak dengan bonus shaklee. Aamiin.

Nak beli vivix, boleh roger saya.
Catat Ulasan