Pages

Jumaat, 26 Ogos 2016

Jualan Murah Jakel Segamat

Teks: Norazrin Mohd Nor

Seawal pagi dah siapkan anak-anak. Suami kata rombongan Cik Kiah sekolah dia. Layankan aje. Pergi jalan-jalan makan angin kan. Hihi.

Bergerak dari sekolah lebih kurang pukul 8.30pagi. $buah kereta ke sana. Terus menuju ke Segamat. Wah,rindunya dekat Segamat. Masa ni la terkenang semula Kersani Training Center. Tempat jatuh lagi dikenang. Terus teringat dekat Masni, Raja Azliza dan Firdaus Tahir.

Bila sampai di Segamat pukul 9.38pagi. Jakel pun masih tutup lagi. Mana pula nak lepak ni. GPK suami (Cikgu Zul) ajak cari kedai makan. Minum dulu sementara tunggu Jakel beroperasi. Nak pergi kedai makan, susur jalan berbukit. Wah,best ni sebab turun. Tunggu lepas makan nanti. Hihi

Sampai kedai makan, makanan semua dah habis kecuali mee sup dan bihun sup. Ok la tu kan? Lepas makan, Bersedia naik bukit pula. Haha.

Sampai je Jakel, masing-masing sibuk memilih. Sekejap ke depan, sekejap ke belakang. Macam biasa la, kerja aku menjerit-jerit panggil anak-anak. Sekejap toleh ada. Sekejap lagi hilang. Adoi, sakit jantung mak nak oii. Lagi pula macam-macam kes budak hilang. Rasa nak pakaikan tali dekat pinggang mereka je lepas ni. Senang nak kawal.

Hampir 2 jam kat Jakel. Sampai anak-anak 'kerasan' dekat sana. Mujur ada tandas. Baby Izzah pun dah merengek nak tidur. Sudah le tu,jom kita balik. Jadi la beli baju sepasang dan cadar polycotton.

Masuk je kereta,baby Izzah dah selamat tidur. Ummi pun ambil kesempatan tidur sama. Hihi.

Untuk dapatkan Vitamin anda ..Jom, Hubungi Saya Segera : 
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●● 
♡♡Norazrin Mohd Nor 
♡♡ Shaklee Independent Distributor 
♡♡ [SID No : 1078286] 
♡♡ Contact No : 019-350 9685
 ♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia
Catat Ulasan