Pages

Selasa, 9 Ogos 2016

Bertanya Allah Dahulu

Teks:Norazrin Mohd Nor

Saya telah lama download ebok Bertanya Allah Dahulu (BAD). Lama juga ebook tersebut dalam kotak emel saya. Akhirnya tercapai juga hajat saya print ebook tersebut dan jadikan ia sebuah buku.

Bila dah print, nak mula baca pula ambil masa. Walaupun buku tu terletak elok di almari yang saya boleh tengok setiap hari. Namun disebabkan tindakan yang lambat, hambatan kerja yang lain maka buku tu terbiar je memenuhi ruang almari.

Alhamdulillah, baru selesai membacanya.Disebabkan saya terlalu lambat bertindak, macam-macam kerugian yang saya rasakan. Rugi masa. Rugi tengok kawan-kawan yang ambil tindakan pantas membaca ebook tersebut.

Dihujung ebook tersebut, ada jemputan menyertai group #BAD ni. Saya request untuk join group tersebut. MasyaAllah, jumlah members sudah mencapai 2.4K. Allahu akbar.

Walaupun saya terlewat dan memang lambat bertindak, saya mohon kepada Allah agar sentiasa pelihara saya dalam rahmat dan kasih sayangNya.

Semalam saya dah praktikkan BAD. Saya perlu jalani latihan 7 hari laksanakan teknik BAD ini. Ia bukan paksaan tapi saya nak rasa sendiri kemanisan berdialog dengan Allah.
Catat Ulasan