Pages

Isnin, 22 Ogos 2016

3 Rahsia Kejayaan Hebat

Teks: Norazrin Mohd Nor

Henry Ford adalah seorang usahawan Amerika, pengasas Ford Motor Company dan penaja pembangunan teknik barisan pemasangan pengeluaran besar-besaran.

Dia juga memperkenalkan buat pertama kalinya kereta kos murah, kerana impiannya adalah setiap pekerjanya mampu membeli kereta-kereta yang mereka keluarkan.

3 Rahsia  Kejayaan Hebat dari Henry Ford.

1. Tidak pernah makan berlebihan.
Makan berlebihan punca segala penyakit. Kawal pemakanan anda. Rasai sendiri nikmat kesihatan.

2.Tidak pernah cemas berlebihan.
Rasa cemas adalah normal dan biasa berlaku. Namun kita tidak perlu terlalu cemas. Cemas yang
berlebihan sememangnya tidak baik untuk kesihatan minda.

Akan tetapi ada baiknya kita jadikan rasa cemas itu sebagai motivasi untuk melakukan persiapan dan tindakan yang terbaik.

3. Lakukan sebaik mungkin
Inilah salah satu falsafah yang menjadikan Henry Ford sebagai salah seorang individu paling berjaya di dunia. Kegigihan dan usaha beliau untuk sentiasa memberikan yang terbaik menjadikan pelbagai hasil kerja dan karya Ford sangat bermanfaat bagi orang lain.

Berikut kata-kata dari Henry Ford, "Apa pun yang saya lakukan, akan saya lakukan sebaik mungkin. Dan saya tahu apa pun yang berlaku dalam hidup, perkara itu terjadi demi kebaikan saya sendiri.
Saya percaya pada Tuhan."

Moga coretan ini bermanfaat buat semua.
Catat Ulasan