Pages

Rabu, 31 Ogos 2016

11 halangan usahawan kecil untuk berjaya

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Saya jumpa tips ni dalam aplikasi whatsapp. Jom kita kongsi. Moga ia bermanfaat untuk semua.

11 halangan usahawan kecil untuk berjaya.

❌EGO
Benda ini paling besar dalam diri manusia yang menghalang untuk anda buat sesuatu diluar kotak akal.

❌SKEPTIKAL
Selalu berfikiran negatif dan tak cuba untuk mencari atau berfikir perkara positif. "aku ni boleh ke berjaya" "boleh ke aku buat bisnes" "kalau orang kata aku macam mana".

❌TAKUT
Selalunya kita takut nak memulakan sesuatu sebab kita tak pernah mula pun tapi kita cuma lihat orang yang gagal sahaja. Takut untuk buat tindakan nak berubah.

❌TAK YAKIN
Manusia memang ada perasaan nak kan kepastian baru yakin. Diri rasa tak yakin nak buat sesuatu. Nak lakukan tindakan biasa pun tak yakin macam mana nak buat tindakan luar biasa.

❌TAK LAYAK
Belum cuba lagi dah fikir diri tak layak nak buat. Sebab dengar kata-kata negatif dari orang lain. Padahal yang nak buat keputusan tu diri sendiri.

❌SUKA BERTANGGUH
Sikap ni memang semua orang ada. "Nanti dulu lah kejap lagi pun boleh buat. Esok ke. Bukan nak ke mana pun". Tapi kalau tindakan yang lambat maka hasil pun lambat la dapat. Fast action fast result

❌BAGI ALASAN 
Bila ditanya kau nak berjaya tak? Semua orang cakap nak berjaya tapi alasan dia. "Aku tak pandai." "Aku tak ada masa la." Banyak alasan banyak la halangan.

❌TUNGGU DULU
Nak tunggu orang lain dah pergi jauh, dah berjaya baru nak tiru so lama-lama timbul lagi banyak alasan tunggu dulu lah aku sibuk lagi ni.

❌IKUT KAWAN NEGATIF
Berkawan dengan kawan-kawan negatif maka hidup kita pun jadi negatif. Contohnya "eh jom keluar malam ni lepak dataran tengok race Ko bukan buat ape kat umah" Lama kelamaan jadi habit dalam diri.

❌TAK BERSUNGGUH
Bila buat sesuatu tindakan dah bagus tapi tak bersungguh-sungguh. Bila ada ujian datang terus semangat turun. Tak nak cuba rempuhi. Akhirnya putus asa.

❌SALAHKAN TAKDIR & AGAMA
Ni yang paling teruk orang yang menyalahkan takdir ni. Padahal diri sendiri yang tengah mencipta takdir tu. Kalau kita tak berusaha bagaimana kita nak nampak hasilnya. Kita sendiri yang sedang mencorakkan perjalanan dan peta kehidupan kita. Dalam AL QURAN disebut "ALLAH TAKKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM MELAINKAN MEREKA MENGUBAHNYA SENDIRI."

APA YANG KITA FIKIR
APA YANG KITA RASA
APA YANG KITA CAKAP
APA YANG KITA BUAT

SEMUA ADALAH DOA

ANDA ADALAH SIAPA YG ANDA FIKIRKAN

THE BEST, THE REST, THE RARE !!!

Untuk dapatkan Vitamin anda ..Jomm….Hubungi Saya Segera : ●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
♡♡Norazrin Mohd Nor 
♡♡ Shaklee Independent Distributor 
♡♡ [SID No : 1078286] 
♡♡ Contact No : 019-350 9685 
♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia

Selasa, 30 Ogos 2016

Tips turun berat badan

Teks: Norazrin Mohd Nor

Hari ni macam nak cerita mengenai berat badan. Siapa berat badan ideal? Sila angkat tangan. Ok jatuh tangan.

Nak cerita berat badan ideal ke? Tak nak la. Hari ni nak cerita mengenai tips turun berat badan. Tapi sebelum tu, perlu tahu juga kenapa berat badan berlebihan kan?

Terdapat beberapa faktor berat badan berlebihan. Antaranya

1. Faktor pemakanan tidak seimbang.
2. Tidak aktif atau kurang bersenam.
3. Hormon tidak stabil.
4. Tertekan

Tips turun berat badan:

1. Banyakkan makan buah-buahan.
2. Tak langkau waktu makan.
3. Mengambil sarapan yang sihat

Saya memang mengambil sarapan yang sihat. Saya panggil three gems. ESP + Performance drink + meal shake. Nyum, nyum

Untuk dapatkan Vitamin anda, Hubungi Saya Segera :
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
♡♡Norazrin Mohd Nor
♡♡ Shaklee Independent Distributor
♡♡ [SID No : 1078286]
♡♡ Contact No : 019-350 9685
 ♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia

Isnin, 29 Ogos 2016

World #QuranHour

Teks: Norazrin Mohd Nor

Sedang khusyuk membaca setiap emel yang ada dalam peti emel, sehingga sampailah giliran emel ini. Emel dari team Richworks mengenai World #QuranHour.
Bilakah kali terakhir anda memegang Al-Quran?
Bilakah kali terakhir anda membaca Al-Quran?
Pada kali terakhir itu, berapa ayat dan berapa muka surat yang anda baca?
Adakah lagi kesempatan untuk menghayati kalam Allah?

Luangkan sedikit waktu untuk bersama Al-Quran. Sertai World Quran Hour yang akan diadakan serentak seluruh dunia pada jam 9pagi, 9 Zulhijjah 1437 bersamaan 11 September 2016 (Ahad).
9 Zulhijjah juga merupakan Hari Arafah, satu waktu di mana saat termakbulnya doa.
Sama-sama kita menjadikan program ini sebagai satu permulaan untuk kita ters mentadabbur Al-Quran.



Ahad, 28 Ogos 2016

Taklimat Peperiksaan UPSR

Teks: Norazrin Mohd Nor

Hari ni ada taklimat peperiksaan. Sekian kalinya sejak tahun 2008.

Hampir setiap tahun ditugaskan menjaga peperiksaan. Perasaan? Bosan. Sebab apa? Ngantuk masa murid-murid tu menjawab peperiksaan. Sangat ngantuk ok. Yang lalui je tau perasaan ni.

Tahun ni tahun yang ke berapa entah. Tahun lepas dapat elak sebab hampir tarikh bersalin. Tahun ni dilantik lagi. Redha. Redha. Redha. (Cakap senang, nak suruh hati terima..susah. Erk!)

Pengalaman jaga peperiksaan dan yang buat tak suka jaga peperiksaan. Terpaksa tinggalkan anak kecil seawal pagi sebab kena pergi ke bilik kebal. Angkut juga pam susu. Jadual pam tetap ikut macam biasa. Masalahnya kadang-kadang masa tu tak kena. Mana boleh keluar pam susu masa budak tengah jawab peperiksaan. Biasanya dalam pukul 2 petang dah jumpa anak semula. Tapi dalam jadual 2 tahun lepas ada peperiksaan sebelah petang iaitu Peperiksaan Aptitude. Stress mak nak oii.

Syukur sebab tahun ni peperiksaan habis pukul 12tengahari setiap hari. Takde la mak stress sangat. Hihi


Untuk dapatkan Vitamin anda, Hubungi Saya Segera : 
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●● 
♡♡Norazrin Mohd Nor 
♡♡ Shaklee Independent Distributor 
♡♡ [SID No : 1078286] 
 ♡♡ Contact No : 019-350 9685 
 ♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia

Sabtu, 27 Ogos 2016

5 Masalah Remaja

Teks: Norazrin Mohd Nor

Adakah anda remaja?
Hari ni saya nak kongsi masalah yang selalu dihadapi oleh remaja.

1. Masalah utama adalah berjaga malam.
Ramai remaja yang sering berjaga sehingga larut malam. Kebanyakannya bersosial menggunakan facebook.

2. Remaja sangat obses kepada kecantikan.
Ha, yang ni masalah ke? Ye,ini masalah sebab remaja suka kelihatan cantik dan menarik. Bagaimana dengan kulit kusam, jerawat, bau badan. Iskh! kalau nak senaraikan panjang berjela pula nanti. Kan? Kan?

3. Hormon badan yang tidak seimbang.
Masa ni la PMS datang melanda. Kadangkala ok. Kadangkala meragam masa PMS ni.

4. Tertekan atau stress.
Kenapa remaja tertekan atau stress? Masa remaja ni la merupakan masa turning point setiap manusia. Masa ni la remaja mencari identiti sendiri. Ibu bapa khususnya, sangat perlu memainkan peranan masa ni

5. Kurang aktif.
Kenapa remaja kurang aktif? Remaja masa kini disibukkan dengan dunia mereka sendiri. Mereka lebih gemar mengadap gajet dari melakukan aktiviti luar seperti bersenam atau beriadah.

Ada ke cara penyelesaian untuk kelihatan jelita buat si remaja? Pasti ada. InsyaAllah,entry akan datang, saya akan kupas mengenai si cantik jelita.

Untuk dapatkan Vitamin anda ..Jomm….Hubungi Saya Segera : ●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
♡♡Norazrin Mohd Nor
♡♡ Shaklee Independent Distributor
♡♡ [SID No : 1078286]
♡♡ Contact No : 019-350 9685

♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia

Jumaat, 26 Ogos 2016

Petua letih lesu

Teks: Norazrin Mohd Nor

Selalu rasa letih dan lesu?
Jika ada yang bertanya, saya akan kata saya ambil makanan tambahan sebab saya tak cukup makan. Hihi. Bukan apa, siapa yang kenal saya, memang tau saya jenis manusia yang makan banyak. Opss! Pecah rahsia.

Memang hakikatnya saya tahu pemakanan saya tidak lengkap dengan segala sumber vitamin yang diperlukan. Jadinya saya perlukan makanan tambahan untuk menampung kekurangan yang ada.

Saya akan pastikan ambil B Complex dan Vita Lea pada waktu pagi dan Ostematrix + Vita C Sustained Plus sebelum tidur. Bangun pagi akan rasa segar.

Tak percaya? Cubalah sendiri. Anda akan rasai perbezaannya.

Klik sekarang untuk pembelian Ostematrix Promo 5% Off
Klik sekarang untuk pembelian B Complex
Klik sekarang untuk pembelian Vita C Sustained Plus

Untuk dapatkan Vitamin anda, Hubungi Saya Segera :
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
 ♡♡Norazrin Mohd Nor
♡♡ Shaklee Independent Distributor
♡♡ [SID No : 1078286]
♡♡ Contact No : 019-350 9685
♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia

Jualan Murah Jakel Segamat

Teks: Norazrin Mohd Nor

Seawal pagi dah siapkan anak-anak. Suami kata rombongan Cik Kiah sekolah dia. Layankan aje. Pergi jalan-jalan makan angin kan. Hihi.

Bergerak dari sekolah lebih kurang pukul 8.30pagi. $buah kereta ke sana. Terus menuju ke Segamat. Wah,rindunya dekat Segamat. Masa ni la terkenang semula Kersani Training Center. Tempat jatuh lagi dikenang. Terus teringat dekat Masni, Raja Azliza dan Firdaus Tahir.

Bila sampai di Segamat pukul 9.38pagi. Jakel pun masih tutup lagi. Mana pula nak lepak ni. GPK suami (Cikgu Zul) ajak cari kedai makan. Minum dulu sementara tunggu Jakel beroperasi. Nak pergi kedai makan, susur jalan berbukit. Wah,best ni sebab turun. Tunggu lepas makan nanti. Hihi

Sampai kedai makan, makanan semua dah habis kecuali mee sup dan bihun sup. Ok la tu kan? Lepas makan, Bersedia naik bukit pula. Haha.

Sampai je Jakel, masing-masing sibuk memilih. Sekejap ke depan, sekejap ke belakang. Macam biasa la, kerja aku menjerit-jerit panggil anak-anak. Sekejap toleh ada. Sekejap lagi hilang. Adoi, sakit jantung mak nak oii. Lagi pula macam-macam kes budak hilang. Rasa nak pakaikan tali dekat pinggang mereka je lepas ni. Senang nak kawal.

Hampir 2 jam kat Jakel. Sampai anak-anak 'kerasan' dekat sana. Mujur ada tandas. Baby Izzah pun dah merengek nak tidur. Sudah le tu,jom kita balik. Jadi la beli baju sepasang dan cadar polycotton.

Masuk je kereta,baby Izzah dah selamat tidur. Ummi pun ambil kesempatan tidur sama. Hihi.

Untuk dapatkan Vitamin anda ..Jom, Hubungi Saya Segera : 
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●● 
♡♡Norazrin Mohd Nor 
♡♡ Shaklee Independent Distributor 
♡♡ [SID No : 1078286] 
♡♡ Contact No : 019-350 9685
 ♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia

Khamis, 25 Ogos 2016

Siapa yang perlukan ostematrix?

Teks: Norazrin Mohd Nor

Siapa yang perlukan ostematrix?

Saya suka cadangkan Ostematrix untuk ibu mengandung. Lebih-lebih lagi ibu yang menyusukan anak.

Ni berdasarkan pengalaman saya. Sakit gusi sepanjang kehamilan. Kaki selalu kena simpul biawak. Aduii, sakit. Dalam berpantang geraham pecah. Nak pergi klinik masa tengah berpantang, takde la. Ditambah lagi derita sembelit. Hmm, ngeri bila ingat semula. Ni gara-gara kekurangan kalsium. Sebab tu juga la saya takut nak mengandung lagi.

Malas nak fikir, ikut aje apa yang Allah takdirkan. Tapi jika ditanya, saya memang jawab "cukuplah". Ngehngeh.

Ha, ostematrix ni memang kapsul ajaib bagi saya. Telan 4caplets sebelum tidur, tidur nyenyak dan paling best keesokan harinya pembuangan lawas.

Ketika datang bulan. Caplet Ostematrix ini membantu dalam penghasilan susu ketika si ibu yang masih menyusu datang period (susu lazimnya akan merundum ketika period).

Begitu juga yang tanggung sakit PMS yang sangat teruk setiap bulan sampai ada yang terpaksa ambil pil tahan sakit. Ambil caplet ostematrix ini secara berterusan. InsyaAllah membantu atasi sakit PMS.

Caplet ni bukan untuk ibu mengandung dan menyusukan sahaja tau. Mereka yang selalu mengalami sakit-sakit kaki, sakit-sakit sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk-sejuk badan, rasa bisa di tapak kaki atau kebasjuga sangat-sangat digalakkan ambil caplet ni.


#PromosiOstematrix

Untuk dapatkan Vitamin anda ..Jomm….Hubungi Saya Segera : ●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●

♡♡Norazrin Mohd Nor
♡♡ Shaklee Independent Distributor
♡♡ [SID No : 1078286]
♡♡ Contact No : 019-350 9685
♡♡ Email : norazrin.mohdnor@gmail.com
♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia

Rabu, 24 Ogos 2016

Kenapa saya ambil ostematrix?

Teks: Norazrin Mohd Nor


Kenapa saya ambil ostematrix?

Saya memang perlukan ostematrix sebab saya memang kurang minum susu. Tambahan pula saya masih menyusukan anak. Memang tinggi keperluan kalsium.

Yang kurang minum susu je ke yang perlukan ostematrix ni? Ha, ni caplet kalsium yang best tau.

4 caplets ostematrix membekalkan 1000mg kalsium.

8.8 gelas susu segar membekalkan 1000mg kalsium. (Menangis akak nak minum susu banyak ni tau. Hihi)

Seorang dewasa memerlukan 1000mg kalsium setiap hari untuk kesihatan tulang dan gigi.

2-2 cara anda boleh pilih. Mana yang sesuai dengan anda?

Pilihan ditangan anda. 4caplets ostematrix atau 8.8 gelas susu segar.
Namun beza pada harga dan khasiat.


Promosi berbaki 7 hari.
Nak nilaikan wang anda? Beli la ostematrix sementara promosi ni, berbaloi-baloi :)

Hubungi saya azrin 019-3509685 (SID: 1078286)

Selasa, 23 Ogos 2016

Ujian Tanda Allah Sayang Kita

Teks: Norazrin Mohd Nor

Benarkah ujian tanda Allah sayang kepada kita?

Sayyid Qutb mengulas bahawa Surah Al-Kahfi memandu kita memperbetulkan pandangan hidup berdasarkan neraca aqidah.
  Apabila kita menghayati Ayat 7,Surah Al-Kahfi, Allah SWT berfirman,

"Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya."

  Allah menyatakan bahawa semua yang dijadikan Allah adalah perhiasan, dan disinilah berlakunya penilaian Allah terhadap kita, siapakah yang paling lebih baik amalnya.
  Maka, yang akan menjadi fokus harian kita adalah sentiasa menang dengan ujian hidup dari Allah.

Bila diri diuji dengan kesempitan masa, koreksi semula diri. Lihat bagaimana masa kita dengan Allah. Bagaimana dengan amalan wajib kita. Bagaimana dengan bacaan al-quran kita. Rupa-rupanya Allah nak kita lebih menjaga solat. Allah nak kita lebihkan masa baca al-quran.

Jika Allah uji kita dengan musibah, cepat-cepat lihat apa yang Allah nak ingatkan kita. Apa yang Allah nak bagi kita.

Jika kita dapat melihat sudut yang berbeza, apa yang Allah mahukan, tentu kita lebih bahagia.

Peringatan buat diri saya dan anda semua.
 

Isnin, 22 Ogos 2016

3 Rahsia Kejayaan Hebat

Teks: Norazrin Mohd Nor

Henry Ford adalah seorang usahawan Amerika, pengasas Ford Motor Company dan penaja pembangunan teknik barisan pemasangan pengeluaran besar-besaran.

Dia juga memperkenalkan buat pertama kalinya kereta kos murah, kerana impiannya adalah setiap pekerjanya mampu membeli kereta-kereta yang mereka keluarkan.

3 Rahsia  Kejayaan Hebat dari Henry Ford.

1. Tidak pernah makan berlebihan.
Makan berlebihan punca segala penyakit. Kawal pemakanan anda. Rasai sendiri nikmat kesihatan.

2.Tidak pernah cemas berlebihan.
Rasa cemas adalah normal dan biasa berlaku. Namun kita tidak perlu terlalu cemas. Cemas yang
berlebihan sememangnya tidak baik untuk kesihatan minda.

Akan tetapi ada baiknya kita jadikan rasa cemas itu sebagai motivasi untuk melakukan persiapan dan tindakan yang terbaik.

3. Lakukan sebaik mungkin
Inilah salah satu falsafah yang menjadikan Henry Ford sebagai salah seorang individu paling berjaya di dunia. Kegigihan dan usaha beliau untuk sentiasa memberikan yang terbaik menjadikan pelbagai hasil kerja dan karya Ford sangat bermanfaat bagi orang lain.

Berikut kata-kata dari Henry Ford, "Apa pun yang saya lakukan, akan saya lakukan sebaik mungkin. Dan saya tahu apa pun yang berlaku dalam hidup, perkara itu terjadi demi kebaikan saya sendiri.
Saya percaya pada Tuhan."

Moga coretan ini bermanfaat buat semua.

Ahad, 21 Ogos 2016

Hikmah Membaca Al-quran

Teks: Norazrin Mohd Nor

Terlalu banyak hikmah membaca al-quran.

1. Dari segi bacaan al-quran itu sendiri terhadap hikmah tersembunyi. Otak kita akan lebih aktif dengan pembacaan dari kanan ke kiri.

2. Orang yang selalu melazimi membaca al-quran, otaknya menjadi cerdas, ingatannya semakin kuat disamping dapat membersihkan batinnya.

3. Orang yang selalu membaca al-quran disayangi Allah. Allah akan mengirimkan kasih sayangnya kepada orang yang disayanginya.

Banyak lagi hikmah membaca al-quran.

Sabtu, 20 Ogos 2016

Cara Tingkatkan Hafalan

Teks: Norazrin Mohd Nor

Hari ni hanya membaca. Membaca apa sahaja yang saya rasa menarik perhatian.

Tiba-tiba terjumpa fb Husna Haron mengenai minuman yang diberi kepada anaknya.

Ni saya letakkan resepi seperti berikut:

RESIPI
1- 1 biji epal merah
2- 3 helai daun kailan / 10 tangkai bayam
3- 1 biji perahan lemon
4- air ribena/roselle (air yg anak suka) kerana ia mempengaruhi rasa secara signifikan..
Blend them all, Dan sejukkan. 

Selamat mencuba. :)

Jumaat, 19 Ogos 2016

Kurang Kalsium Ketika Hamil

Teks: Norazrin Mohd Nor

Kurang kalsium ketika hamil? Ramai ibu yang hamil sukar minum susu. Tahukah terdapat kesan jika ibu hamil kekurangan kalsium?

1. Janin akan meyerap kalsium dari tulang ibu. Akbibatnya tulang ibu mudah rapuh.

2. Kejang ketika hamil. Kekerapan kejang bila janin semakin membesar.

3. Pertumbuhan tulang janin tidak sempurna. Kekurangan kalsium selama masa kehamilan dapat menyebabkan bayi lahir dengan kondisi tulang yang tidak normal.

4. Pertumbuhan bayi terganggu. Kekurangan kalsium pada masa kehamilan ternyata juga berpengaruh pada perkembangan bayi pasca-kelahiran, misalnya terlambatnya si kecil belajar duduk dan merangkak. Ada pula bayi yang ubun-ubunnya terlambat menutup akibat kekurangan kalsium.

Oleh itu, setiap ibu hamil perlu ambil jumlah kalsium yang diperlukan setiap hari.

Bulan ini,ada promosi Ostematrix kapsul kalsium.

Hubungi saya untuk untuk pembelian

#promosiostematrix

Khamis, 18 Ogos 2016

5 Cara Kekal Fokus

Teks: Norazrin Mohd Nor

Hari ni nak cerita mengenai FOKUS. Peperiksaan UPSR bakal menjelma tak lama lagi. Macamana dengan nota, ulangkaji dan persediaan yang telah dilaksanakan? Mungkin juga masih ada yang bersuka ria dan ketawa riang. Bukan la suruh menangis dan sugul. Hihi

Ok, jom kita semak samada kita ni fokus atau tidak.

1. Pastikan kita ada "to do list".

2. Kenal pasti tujuan atau matlamat. Lagi bagus tulis matlamat anda besar-besar dan tampal di satu sudut yang anda selalu melihatnya.

3. Jangan bertangguh. Orang yang suka bertangguh pencuri masa. Paksa diri melakukan dalam masa yang ditetapkan.

4. Banyakkan membaca. Sambil membaca, kenalpastiapa yang anda ingin cari dan isipenting.

5.Cabar diri siapkan tugasan pada yang ditentukan. Contoh: Baca dan faham nota Sains bab 5 dalam masa 15minit

Rabu, 10 Ogos 2016

Kasih ibu membawa ke syurga

KASIHNYA IBU MEMBAWA KE SYURGA
==============================
Emak menjahit baju membesarkan kami. Memang sejak dari kecil emak gigih menjahit. Masih ingat lagi, emak akan berjaga sehingga larut malam menyiapkan baju tempahan.

Beberapa tahun yang lepas, emak ada mengadu kebas tangan. Walaupun tangan mak dah mula kebas, emak masih menjahit baju. Sampai satu tahap, tangan emak tak boleh menggenggam gunting untuk memotong kain ela.

Bila jumpa doktor, doktor pun tak mention sakit apa. Doktor kata, nak kepastian kena diagnosis dulu. Doktor hanya bagi ubat tahan sakit. Doktor juga ada mencadangkan untuk bagi suntikan di tapak tangan. Namun, emak tak ambil sebab ramai yang kata suntikan tu menyakitkan.

Sampai kemuncaknya emak rasa sakit teramat dan menangis. Masa tu saya baru je membeli vivix. Botol pertama saya beli melalui adinda Zura Betty. Korek duit tabung sebab memang teringin sangat nak cuba.
Kebetulan adik bawa emak ke rumah saya. Saya serahkan vivix kepada emak. Walaupun saya sendiri belum dapat lihat kesan vivix kepada diri. Kesihatan emak lebih penting bagi saya.

Syukur alhamdulillah. Memang ada perubahan dekat emak. Tangan emak dah boleh menggenggam sedikit.
Raya tahun ni, saya lewat beli kain untuk baju raya. Bila utarakan kepada adik, adik saya menolak untuk menerimanya. Tapi saya tinggalkan juga di rumah kaklang

Rupa-rupanya, emak minta kaklang potongkan baju ikut ukuran dan emak yang jahit baju saya dan anak-anak. Jika tak, saya dan anak-anak takde baju raya sedondon tahun ni.Sayang emak ketat-ketat.

Mohon doakan emak saya sihat seperti sediakala.

Moga saya dapat beli vivix setiap bulan untuk emak dengan bonus shaklee. Aamiin.

Nak beli vivix, boleh roger saya.

Selasa, 9 Ogos 2016

Throwback Sembelit Ketika Berpantang

Teks: Norazrin Mohd Nor

Kelahiran anak kedua, saya rasakan agak mencabar. Luka bersalin bengkak dan saya hanya duduk menyenget sahaja sepanjang 2-3minggu.

Paling mengerikan lagi, luka bersalin saya lambat sembuh. Hampir sembuh, berdarah semula. Memang takkan saya lupakan.

Ditambah pula dengan sembelit. Bukan setakat rasa nak menangis, memang menangis pun bila dalam berpantang,luka masih belum sembuh,sembelit pula. Allahu akbar, azabnya rasa.

Pernah satu pagi, tandas dipenuhi darah yang memercik. Sembelit dan ke tahap kronik ni. Dalam berpantang pula tu. Sungguh saya rasa hampir pengsan masa tu. Suami ke kedai tabib cina dan beli ubat pelembut najis. Alhamdulillah, senang membuang. Tapi saya berfiir sampai bila saya nak bergantung kepada ubat tersebut?

Gigih mencari maklumat dan petua ubati sembelit. Semua yang keluar, cerita Shaklee, Shaklee dan Shaklee. Hebat sangat ke Shaklee ni? Disebabkan tengok banyak testimoni pasal Shaklee, saya memberanikan diri untuk membeli.

Subhanallah, Alhamdulillah. Masalah sembelit saya pulih. Saya makan 4biji sebelum tidur. Alhamdulillah, paginya proses membuang lancar. Syukur alhamdulillah.

Bulan ni ada promosi Ostematrix. Beli 2botol less 5%. Hubungi saya untuk pembelian ostematrix yang best ni.

Bertanya Allah Dahulu

Teks:Norazrin Mohd Nor

Saya telah lama download ebok Bertanya Allah Dahulu (BAD). Lama juga ebook tersebut dalam kotak emel saya. Akhirnya tercapai juga hajat saya print ebook tersebut dan jadikan ia sebuah buku.

Bila dah print, nak mula baca pula ambil masa. Walaupun buku tu terletak elok di almari yang saya boleh tengok setiap hari. Namun disebabkan tindakan yang lambat, hambatan kerja yang lain maka buku tu terbiar je memenuhi ruang almari.

Alhamdulillah, baru selesai membacanya.Disebabkan saya terlalu lambat bertindak, macam-macam kerugian yang saya rasakan. Rugi masa. Rugi tengok kawan-kawan yang ambil tindakan pantas membaca ebook tersebut.

Dihujung ebook tersebut, ada jemputan menyertai group #BAD ni. Saya request untuk join group tersebut. MasyaAllah, jumlah members sudah mencapai 2.4K. Allahu akbar.

Walaupun saya terlewat dan memang lambat bertindak, saya mohon kepada Allah agar sentiasa pelihara saya dalam rahmat dan kasih sayangNya.

Semalam saya dah praktikkan BAD. Saya perlu jalani latihan 7 hari laksanakan teknik BAD ini. Ia bukan paksaan tapi saya nak rasa sendiri kemanisan berdialog dengan Allah.

Sabtu, 6 Ogos 2016

Pisang Addict

Semalam ke Seremban, menyelesaikan beberapa urusan.  Sempat la lalu depan rumah di TNI, bagi lepas rindu la tu. Hihi

Nak cerita pasal pisang cheese yang best ni. Nyum nyum... Dah cuba pasti nak lagi.

Dalam masa yang sama, cuba telefon mak dan fizah. Mereka ke ceragem. Ingatkan kalau dah siap urusan di sana, boleh join sekali makan pisang sedap ni.

Dah siap beli, masih tak dapat hubungi juga. Akhirnya, kami anak beranak je yang makan dalam kereta

Rabu, 3 Ogos 2016

OUM VS UTM

Dalam dilema rasanya. Hajat dihati nak sambung belajar lagi. Antara OUM dan UTM.

Senarai pendek pilihan. Antara pro dan kontra

OUM
====
1. Perjalanan jauh. Ambil masa 40-45minit perjalanan.
2. Belajar 2 minggu sekali
3. Ada Assignment setiap subjek
4. Murah sikit pengajian

UTM
====
1. Perjalanan dekat dari rumah. Ambil masa 5-10minit perjalanan.
2. Belajar setiap minggu
3. Pengajian mahal berbanding OUM

Apapun,solat istikharah dulu. Biar Allah yang tetapkan pilihan yang terbaik.

Selasa, 2 Ogos 2016

Juri Hafazan Pogram Alam Ria

Eh,eh kenapa tiba-tiba rajin pula update blog ni? Kesian, dah bersawang-sawang blog ni.

Berkaitan dengan tajuk, tak sabar nak tengok bakat anak-anak Pasti. Khabarnya macam-macam acara yang akan dipertandingkan nanti. Ada hafazan, azan, sajak, pidato, nasyid, kalam jama'ie dan bercerita.

Murid-murid yang dipilih dikalangan murid 6 tahun. Mesti meriah.

Isnin, 1 Ogos 2016

Demam raya

Syawal semakin menjengah ke penghujungnya. Dengan baki masa yang ada,masih ada jemputan hari raya.

Terima kasih bagi yang sudi menjemput.