Pages

Ahad, 8 Mei 2016

Syafaat al-Quran

☪ TAHUKAH ANDA ☪

▶ Tika seorang muslim itu meninggal dunia, bagi mereka yang suka membaca Al-Quran,maka Al-Quran itu akan datang dan duduk di antara jasadnya dan kain kafan.

▶ Dan di dalam kubur nanti, ketika Malaikat Mungkar dan Nangkir datang untuk menyoal si mati itu tadi, maka Al-Quran akan datang dan berada di antara ruh yg sedang duduk itu dan malaikat yang akan menyoal.

▶ Lalu berkata para malaikat, "Ketepi kau dari situ, kami datang mahu menyoal ruh ini, jangan kau menghalang pandangan kami".

▶ Lalu berkata Al-Quran kepada para malaikat " Manusia ini ketika hayatnya selalu bersamaku, aku akan pelihara dia dari kesusahan kubur".

▶ Al-Quran itu akan berpaling kepada ruh itu tadi, dan berkata kepadanya "Ketika di dunia, kau selalu membacaku, setiap malam dan siang kau mengalun suara dengan ayat-ayat ku, kau mencintaiku tak kenal waktu, maka dengan itu aku jadikan kau kekasihku kini, dan org yang aku cintai akan pula sangat dicintai oleh Allah swt. Bertahanlah dikau jangan kau gentar, aku akan membelamu!"

▶ Lalu Al-Quran kembali memandang malaikat lalu berkata "Jalankan apa yg diperintahkan padamu ke atas ruh ini, akan tetapi aku bersaksi atas pemilik Kaabah dan pencipta teragung bahawa aku akan menyelamatkannya dari segala kesusahan yang mungkin mendatanginya dan akan menemankannya masuk ke dalam Syurga!"

▶ Bacalah Al-Quran walau hanya satu huruf, kerana ia adalah teman kita nanti, di alam barzakh...

Catat Ulasan