Pages

Ahad, 1 Mei 2016

Bayi 7bulan minum dalam cawan atau botol?

PATUTKAH BAYI TUJUH BULAN MINUM DALAM CAWAN ATAU BOTOL?

Si comel anda sekarang berusia tujuh bulan, dia boleh minum susunya daripada cawan bermuncung, sebagai ganti kepada botol susu. Hisapan yang digunakan untuk minum daripada payudara atau botol susu tidak lagi diperlukan sekarang seperti semasa dia masih kecil.

Galakkan bayi anda untuk mula menggunakan cawan bermuncung atau cawan minuman apabila dia  mula makan makanan pepejal . Dengan itu anda boleh menceraikan bayi anda daripada botol susunya secara total pada usianya kira-kira 12 bulan.

Untuk memulakannya dengan baik, gunakan cawan bayi dengan muncung lembut, yang membenarkan susu mengalir dengan mudah. Muncung aliran-bebas atau ‘free-flowing’ tidak mempunyai injap yang memberhentikan aliran susu. Ini bermakna lebih comot dan bersepah, tetapi ini lebih baik untuk bayi anda belajar menyedut susu berbanding menghisap. Muncung aliran-bebas juga baik untuk gigi bayi yang sedang tumbuh.

Kemudian anda boleh menggantikan muncung lembut dengan muncung keras dan seterusnya cawan dengan pemegang tanpa penutup.

Jika anda telah memberikan susu badan dan bayi telah mula bercerai susu apabila dia mula makan makanan pepejal, botol susu mungkin tidak diperlukan langsung. Untuk memudahkan peralihan itu, pam susu anda dan berikan bayi anda susu di dalam cawan bermuncung. Ini akan membantunya membiasakan diri untuk minum daripada cawan bermuncung, sebelum bertukar kepada susu formula.

Jika bayi anda minum susu formula, bertukarlah dengan memberikan susunya di dalam cawan bermuncung.

Berikan masa dua minggu untuk bayi anda membiasakan diri dengan cawan bayi. Anda mungkin masih mahu memberikan bayi anda minum susu daripada botol  atau menyusu badan sebelum tidur malam untuk menyelesakannya.

Disemak oleh Dr Winston Yong, bekas pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, dan kini merupakan perunding pediatrik di sebuah hospital swasta.

Kredit : Babycentre.com

Catat Ulasan