Pages

Jumaat, 20 Mei 2016

Respon kit ramadhan

Sambutan yang amat menggalakkan. Ramai yang bertanya mengenai kit ramadhan.

InsyaAllah, saya akan buat kombo untuk kit ramadhan ini. Lebih menjimatkan anda.

Tunggu ye, saya akan update beberapa hari lagi

Khamis, 19 Mei 2016

Kit Ramadhan

Ramadhan Cre-Activity Pack

(30 aktiviti sepanjang Ramadhan)

Khas buat anak-anak berumur 5 tahun ke atas (umur di bawah 5 tahun perlu bimbingan ibu bapa)

Alhamdulillah, bulan Ramadhan, bulan mulia yang penuh keberkatan, bulan yang selalu dirindui umat Islam setiap tahunnya, hampir tiba! Bagaimana anak-anak boleh terlibat aktif di bulan yang penuh rahmat ini? Tentunya dengan mengenalkan mereka dengan ibadah-ibadah yang wajib mahupun yang dianjurkan bagi umat Islam untuk mengamalkannya.

El-Hana kali ini mengeluarkan produk terbaru khusus sempena Ramadhan, bagi membantu ibu bapa memperkenalkan ilmu pengetahuan tersebut dengan cara yang menarik dan dan mampu membuat anak-anak lebih bersemangat.

Ramadan Cre-Activity Pack didatangkan bagi menyemarakkan motivasi anak-anak untuk
1⃣ Belajar puasa
2⃣ Lebih akrab dengan Al Qur'an, dan
3⃣ Belajar tentang adab-adab sehari-hari.

Set ini mengandungi beberapa poster interaktif, yang dilengkapi :

✅ sticker berwarna-warni dengan berbagai jenis variasi bahan untuk berkreativiti.

Apa yang ada di dalam Ramadan Cre-Activity Pack?

1. Poster Ramadan Chart and Game (dilengkapi 30 stiker bulat "Alhamdulillah aku puasa / Alhamdulillah I'm Fasting" dan 30 stiker empat segi bergambar dan mengandungi kosa kata dalam Al Qur'an).

- Poster Ramadhan Chart and Game boleh ditampal di dinding seterusnya stiker boleh ditampal di atasnya. Stiker bulat ditampalkan di kolum bulat, untuk memotivasi anak-anak setiap hari belajar puasa dengan menampalkannya mengikut urutan hari (dari angka arab 1-30 ). Anak yang belum belajar puasa juga boleh menampalkan stiker tersebut sebagai penanda telah berlalunya satu hari di bulan Ramadhan, sambil menghitung baki hari yang ada di bulan Ramadhan.

- Stiker kosa kata di dalam Al Qur'an ditampalkan di tengah-tengah poster di atas kolum kotak empat segi dengan angka latin 1-30 . Setiap hari anak-anak akan menampalkan satu stiker kosa kata pilihan dan ibu bapa akan membacakan ayat dalam Al Qur'an dan terjemahannya, mengenai kata tersebut. Ibu bapa juga boleh menceritakan sedikit mengenai ayat tersebut dengan lembaran tafsir yang kami sediakan. Seterusnya, kata pilihan tadi boleh dijadikan tema untuk aktiviti pada hari itu. Samada melalui:

1) Membaca buku mengenai kata tersebut,
2) Melakukan pengamatan , pemerhatian & perbincangan atau
3) Membuat projek kraf.

Dengan mengetahui kosa kata yang mereka jumpa setiap hari di dalam Al Qur'an (sepanjang Ramadhan), diharapkan anak-anak semakin merasa akrab dengan Al Qur'an, dan mengetahui betapa banyak ciptaan Allah yang memiliki hikmah, seperti bulan, matahari, awan, susu, hingga kisah-kisah beberapa binatang yang disebut dalam Al Qur'an. Semakin akrab dengan Al Qur'an, sehingga tumbuh kecintaan terhadapnya, insyaAllah.

2. Bahan untuk melakukan aktiviti kraf (aktiviti yang dipilih bersesuaian dengan stiker kosa kata Al Qur'an), ia terdiri daripada:

✅stik kayu,
✅kawat bulu tebal,
✅pompom,
✅labuci,
✅EVA foam,
✅gam,
✅kertas origami, dan
✅kertas pola bergambar.

3. Poster Adab Sehari-hari

Ada 4 poster adab sehari-hari yang dapat ditampalkan pada dinding oleh ibu bapa. Ia terdiri daripada :

✅ adab makan,
✅ adab tidur,
✅ adab di kamar mandi, dan
✅ adab bertamu.

Mengamalkan adab sehari-hari bererti mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. Dengan memaparkan poster-poster tersebut, anak-anak mudah untuk mengingati dan mempraktikkan adab-adab tersebut dalam aktiviti seharian. Poster-poster ini boleh terus ditampalkan walaupun Ramadhan telah berlalu bagi manfaat anak-anak.

Spesifikasi:
- Poster Ramadan Chart and Game berukuran A2 dari bahan art karton dengan laminasi glossy
- Semua stiker dari bahan kromo lintex dengan laminasi glossy
- 4 poster adab berukuran A3+ dari bahan art paper 150 gram dengan varnish glossy
- 20 stik kayu
- 10 helai kawat bulu (pipe cleaner tebal) panjang lebih kurang 15 cm
- 10 butir pompom 3 cm dan 15 butir pompom 2cm
- 1 bungkus labuci silver
- 1 bungkus labuci biru metalik
- 4 keping EVA foam berukuran 15x15 cm (hitam, putih, kuning, biru)
- 20 keping kertas origami campur warna berukuran 12x12 cm
- 1 tube gam putih pva
- Kad bergambar ikan paus, gajah, lembu, burung hudhud, buah tin, buah zaitun, buah dan pohon kurma, dan masjid (kad bergambar ini boleh dijadikan ‘tracing mat’ pada kertas putih biasa, kertas origami atau EVA foam, boleh diwarnakan, dilukis, dibuat kolaj atau kraf yang lain).

➡ Berat: 520gram
➡ Panjang: 55cm
➡ Harga: Rm 45

Nota tambahan:

-Al-Quran di dalam gambar hanya sebagai hiasan/petunjuk gambar.
-Untuk cetakan edisi Malaysia, poster-poster adab di dalam Bahasa Inggeris
-Selepas pembelian dibuat, anda akan diberikan link percuma untuk mengakses Tafsir Mufradaat kosa kata pilihan seperti yang terkandung di dalam set ini.

Sabtu, 14 Mei 2016

Cara fungsikan emas

Saya banyak belajar cara fungsikan emas. Ada yang berminat tak nak tahu? Tapi ada syarat...

Syarat
======
1. Update telegram
2. Profile picture anda
3. @RakanTCE

Selamat belajar :-)

Jumaat, 13 Mei 2016

Aktiviti Hari Ini

Aktiviti Hari Ini.

Bangun awal pagi, kendiri sesegera mungkin. Risau jika anak-anak syurga kami bangun awal seperti biasa. Syukur, selesai solat subuh baru kelihatan puteri manja bangun. Terus memeluk adiknya.

Kepala ligat nak masak apa hari ni. Kalau ikutkan semalam dah keluar beli stok. Tapi hajat tertunda sebab macam banyak pula urusan lewat petang semalam.

Mujur ada baki nasi arab dan kepingan kambing perap. Jadilah untuk santapan anak-anak hari ni. Buat kerja rumah secepat mungkin sebab si kecil dah mula merengek. Tidurnya akhir-akhir ni sekejap-sekejap je. Setiap kali si kecl tidur, mesti kakak-kakak masuk bilik dan bermain di situ.. Huhu

Sekarang, si kecil sudah tidur buat kali kedua pagi ni. Perlu bergegas suapkan makanan untuk 2puteri sebab kena keluar ambil banner pula.

Isnin, 9 Mei 2016

Pentingnya kolagen

Rasa semakin tua?
=============

Cuba perhati wajah dicermin. Ada garis halus atau kulit rasa kusam?

Lihat kuku anda. Ada yang rapuh atau terpatah tanpa sengaja?

Usap rambut anda lebat sihat atau jarang dan pecah dihujung?

Beberapa tanda KOLAGEN dalam badan berkurang adalah :

- kulit kering dan kusam. Timbul garis halus dan kedutan
- Streschmark susah hilang
- Parut sukar hilang
- Kuku rapuh dan mudah patah
- Rambut bercabang dihujung dan mudah gugur
- Sendi-sendi mudah sakit dan rasa sengal.

Semakin berumur, semakin cepat kehilangan KOLAGEN. Bertindak segera untuk top-up kolagen dalam badan anda.

#GLCteam
#RahsiaCantik

PELABURAN EMAS FIZIKAL

Hakikatnya, pelaburan emas yang sebenarnya adalah beli dan simpan emas SENDIRI.

Tak ada income bulan-bulan (yang janji dapat bulan bintang...tu lebur namanya, bukan labur)

Untung pelaburan emas pada asasnya bergantung pada naik turun harga emas.

Buy low sell high.. itu sahaja.

Memang lambat kaya tapi itu yang paling SELAMAT sebab apa pun berlaku dalam dunia ni, emas tu masih di tangan kita.

Nak cepat dapat duit kena laa buat bisnes.. sharing ngan kawan-kawan.

Jangan risau sebab powergold ni bisnes yg low risk high return.

Sebab tu saya yakin dengan POWERGOLD.

Ini betul2...bukan cobaan...

Jauhi pelaburan sontot.

Ahad, 8 Mei 2016

Syafaat al-Quran

☪ TAHUKAH ANDA ☪

▶ Tika seorang muslim itu meninggal dunia, bagi mereka yang suka membaca Al-Quran,maka Al-Quran itu akan datang dan duduk di antara jasadnya dan kain kafan.

▶ Dan di dalam kubur nanti, ketika Malaikat Mungkar dan Nangkir datang untuk menyoal si mati itu tadi, maka Al-Quran akan datang dan berada di antara ruh yg sedang duduk itu dan malaikat yang akan menyoal.

▶ Lalu berkata para malaikat, "Ketepi kau dari situ, kami datang mahu menyoal ruh ini, jangan kau menghalang pandangan kami".

▶ Lalu berkata Al-Quran kepada para malaikat " Manusia ini ketika hayatnya selalu bersamaku, aku akan pelihara dia dari kesusahan kubur".

▶ Al-Quran itu akan berpaling kepada ruh itu tadi, dan berkata kepadanya "Ketika di dunia, kau selalu membacaku, setiap malam dan siang kau mengalun suara dengan ayat-ayat ku, kau mencintaiku tak kenal waktu, maka dengan itu aku jadikan kau kekasihku kini, dan org yang aku cintai akan pula sangat dicintai oleh Allah swt. Bertahanlah dikau jangan kau gentar, aku akan membelamu!"

▶ Lalu Al-Quran kembali memandang malaikat lalu berkata "Jalankan apa yg diperintahkan padamu ke atas ruh ini, akan tetapi aku bersaksi atas pemilik Kaabah dan pencipta teragung bahawa aku akan menyelamatkannya dari segala kesusahan yang mungkin mendatanginya dan akan menemankannya masuk ke dalam Syurga!"

▶ Bacalah Al-Quran walau hanya satu huruf, kerana ia adalah teman kita nanti, di alam barzakh...

Rabu, 4 Mei 2016

Timbangan Emas Lama

📟 Mari Belajar Unit Timbangan Lama Emas - 📟
⌛1 Kati = 600 gram
⌛1 Tahil = 37.8 gram
⌛1 Pikul = 60.48 kg,
⌛1 Mayam = 3.37 gram
⌛1 Rial = 2.72 gram
⌛1 Kupang = 0.64 gram
⌛1 Amas = 2.551 gram
⌛1 Suku = 0.8425 gram
⌛1 Busak = 0.337 gram
📟 Ini pula jenis ketulenan emas yang diukur pada zaman dahulu:
📍999 – 24K    - Emas Sepuluh/ Chuk Kan/ Emas Kertas
📍950 – 23K    - Emas Kelantan/ Emas 9 1/2
📍916 – 22K    - Emas Singapura
📍900 – 21.6K - Emas Sembilan
📍875 – 21K    - Tiada nama lain dapat dicari
📍835 – 20K    - Tiada nama lain dapat dicari
📍800 – 19K    - Emas Paun
📍750 –  18K   - Tiada nama lain dapat dicari
📍585 –  14K   - Tiada nama lain dapat dicari
📍373 –   9K    - Suasa

Rahsia air panas dan air sejuk

RAHSIA AIR SEJUK DAN AIS

Oleh: Fadilatus Syeikh Prof. Abd Majid Az-Zindani Hafizohullah.

Air sejuk dan ais mempunyai rahsia yang sangat menakjubkan dan dikira juga sebagai I'jazul Ilmi (Saintifik Al- Quran), ianya dapat membunuh dan mengusir syaitan, sihir yang telah sebati dalam tubuh manusia dan bahkan, akan menyebabkan syaitan lari keluar daripada badan manusia, kemudian pesakit itu akan mendapat kesihatan yang baik(insya Allah). Ada satu benda tetapi banyak penyakit dalaman dan luaran dapat disembuhkan, iaitu air sejuk bersama ais.

Air bersama ais adalah ubat (dengan izin Allah) bagi penyakit yang berkaitan dengan jiwa dan fizikal manusia seperti:
1. Was- was
2. Ketakutan
3. Perasaan bimbang
4. Kesedihan
5. Kegusaran
6. Kemurungan
7. Kejahatan diri
8. Panas baran
Iaitu dengan mandi air ais dan minum air ais.

Bahkan ianya merupakan ubat yang berkesan bagi penyakit yang berkaitan dengan Rheumatology, sakit sendi(saraf), iaitu dengan meminum air bersama ais walaupun di musim sejuk dan walaupun ketika dijangkiti dengan influenza, selsema dan batuk yang sangat teruk.

Untuk penyakit rheumatology, sakit kepala, pening yang teruk adalah caranya dengan kita minum air bersama ais dan mandi dengan air ais.

Sekiranya ada sebahagian anggota badan yang sakit, perkara yang kita perlu buat adalah dengan ambil seketul ais dan meletakkan ais dikawasan anggota yang kita sakit dengan mengurut anggota itu dengan ais.

Amalkanlah amalan ini setiap hari dan mandi dengan air ais, terutama ketika kita marah dan kecewa, ketika musim panas atau musim sejuk.

Ini adalah kerana syaitan berjalan didalam saluran darah manusia dan akan menyebabkan juga kesakitan dan kita tak mampu memadam syaitan melainkan dengan air ais, kerana syaitan dan jin adalah dua makhluk yang diciptakan dari api(moga- moga Allah melindungi kita dari mereka). Air sejuk dapat menyakitkan dan menghalau syaitan dari tubuh manusia.

Dan ada sekelompok wanita yang menghadiri ceramah Prof. Syeikh Abd Majid Azzindani HafizohULLAH ketika itu, menyatakan kami bersumpah dengan nama Allah!, bahawa kami telah mengamalkan perkara ini kerana mengikuti nasihat kamu pada tahun lepas wahai Syeikh dan hari ini, kami dapat lihat perbezaan yang sangat besar dan mendapat kesembuhan daripada banyak penyakit.

Firman Allah:

وَاذْكُرْ عَبْدَنَا أَيُّوبَ إِذْ نَادَى رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الشَّيْطَانُ بِنُصْبٍ وَعَذَابٍ (41) ارْكُضْ بِرِجْلِكَ هَذَا مُغْتَسَلٌ بَارِدٌ وَشَرَابٌ (42) .

Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: " Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab seksa (penyakit)". (41)

(Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): " Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu " (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): " Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin) ". (42).

Dan sebagaimana doa Rasulullah SAW:

اللهم اغسلني عن الذنوب والخطايا بالماء والثلج والبرد

Ya Allah bersihkanlah diri aku daripada dosa, kesalahan dengan air, salji dan (air) sejuk.

Maha Suci Allah!!!

Kebaikan- kebaikan mandi dengan air sejuk terlalu banyak sehinggakan Allah Azza Wa Jalla telah berfirman kepada hambanya yang soleh iaitu Nabi Ayub A.S, ketika Allah mengkhendaki kesembuhan bagi hambaNya daripada penyakit,

ارْكُضْ بِرِجْلِكَ هَذَا مُغْتَسَلٌ بَارِدٌ وَشَرَابٌ (42) .

Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu " (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): " Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin) ". (42).

Kebaikan- kebaikan air sejuk sangat banyak yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang dan tidak ramai yang mengamalkannya. Bagi kami, cukuplah kisah Nabi Ayub A.S yang sembuh menggunakan air sejuk.

Kesan dan kebaikan air sejuk keatas tubuh manusia adalah:
1. Mengurangkan pembengkakan anggota
2. Menegangkan kulit dan mencegah kedutan kulit
3. Membaik pulih sistem pernafasan manusia
4. Mencergaskan badan dan tekanan otot jantung
5. Menguatkan antibodi badan dan melawan penyakit
6. Mencergaskan kelenjar tiroid dan melambatkan keletihan badan.
7. Meningkatkan sistem nervosum, yang membantu kecepatan tindak balas manusia
8. Mencergaskan otot jantung manusia dan meningkatkan daya tahan manusia untuk menerima berita- berita yang tidak baik.
9. Mengaktifkan kelenjar pankreas dan ianya akan menghasilkan hormon insulin yang akan mempercepatkan pemprosesan gula dalam darah. Oleh sebab itu kita melihat ramai orang- orang tua yang sihat di negara besar seperti china kerana mereka sentiasa mandi secara beramai- ramai di tasik- tasik yang sejuk, yang suhunya mencapai kepada tahap sejuk beku. Dengan cara ini, ia akan meningkatkan antibodi badan dan membaiki sistem organ dalaman manusia. Oleh kerana itu, janganlah kita mengabaikan penggunaan air sejuk ketika kita mandi.
10. Bagi mereka yang ada masalah was- was juga dinasihatkan untuk menggunakan air sejuk kerana ianya dapat memusnahkan sihir dan gangguan. Sebagaimana firman Allah:

وَاذْكُرْ عَبْدَنَا أَيُّوبَ إِذْ نَادَى رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الشَّيْطَانُ بِنُصْبٍ وَعَذَابٍ

Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: " Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab seksa (penyakit)".

Maka ketika itu, Allah menyembuhkan nabi Ayub dengan memerintahkan hambaNya mandi dengan air sejuk.

Adapun mandi dengan air panas, Ibnu Sina menyebut:
"Air panas dapat menghasilkan kecerdasan fizikal dan tenaga manusia".
Ini adalah bagi mereka yang takut untuk mandi menggunakan air sejuk. Tetapi pada hakikatnya ketika kita sudah mandi, kita akan merasakan kesegaran badan dan saraf.

*Sekiranya berlaku kesilapan, samada dari sudut fakta, istilah dan lain- lain lagi, mungkin berlaku kerana kelemahan penterjemah untuk memahami artikel bahasa arab.

#International_Prophet_Medical_Company
#IPMC
#Thibbun_Nabawi
#Perubatan_Nabawi

Selasa, 3 Mei 2016

Muhasabah diri

Bercakap tentang doa, saya teringat satu kisah yang sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan saya. Guru-guru saya di sekolah, semenjak sekolah rendah, sangat menerapkan doa. Jadi, saya sudah dibiasakan dengan Solat Hajat, Solat Dhuha, Qiamullail, waktu-waktu doa yang mustajab seperti ketika hujan dan sebagainya agar saya rajin berdoa, dan agar doa saya makbul. Jadi, bila Allah anugerahkan saya kejayaan, saya sentiasa rasa, itu sebab saya doa dengan bersungguh-sungguh. Namun satu cerita mengubah persepsi saya.

Cerita yang saya dengar itu begini:

Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.

Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.

Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.

Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.

Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:

“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”

Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.
Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.

Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.

Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.

Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”

MasyaALLAH

Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.

Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.

Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang. Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.

“Aku buat beginilah yang jadi begini.”
“Doa aku makbul seh!”
“Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun.”
Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.

Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.

Cerita itu sangat menyentuh hati saya.

Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga.Kita ini banyak dosa. Banyak hijab.

Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya.

Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita.

Sebarkan jika anda rasa ada manfaatnya.
Semoga Allah redha dengan kita.

MARI MENJADI HAMBA!

 

Isnin, 2 Mei 2016

Beza simpan duit dengan simpan emas

Beza orang yg simpan duit dengan simpan emas
====================================

A dengan B bajet simpan rm200 sebulan

Bulan pertama
A simpan rm200
B beli emas 1g

Bulan kedua
A tak dapat simpan rm200 bulan ni
B beli emas 1g

Bulan ketiga
A simpan rm200
B terdesak nak guna duit.. tapi dia beli dulu emas 1g bulan ni.. dan pajak smua 3g yg dia ada

Bulan keempat
A simpan duit rm200 awal bulan.. tapi hujung bulan korek balik
B tebus 2g emasnya (tinggal lg 1g).. bulan ni tak beli emas

Bulan kelima
A perlu duit lg.. jd korek habis semua simpanan sblm ni (rm400)
B tebus emasnya 1g lg... beli lg 1g bulan ni

At the end
A tak ada simpanan pun
B ada 4 gram emas yg boleh dipajak bila2 masa dia perlukan duit

Agak2 anda, simpan duit ke simpan emas lebih bertahan lama?

Duit bila2 masa boleh korek kan.. senang sgt nak cucuk.. huhu.. sedangkan emas ni sayang nak jual...

Jom simpan emas bersama saya..

Azrin 019-3509685 ❤

1 gram ~ 1 bulan ~ 1 family

Ahad, 1 Mei 2016

Bayi 7bulan minum dalam cawan atau botol?

PATUTKAH BAYI TUJUH BULAN MINUM DALAM CAWAN ATAU BOTOL?

Si comel anda sekarang berusia tujuh bulan, dia boleh minum susunya daripada cawan bermuncung, sebagai ganti kepada botol susu. Hisapan yang digunakan untuk minum daripada payudara atau botol susu tidak lagi diperlukan sekarang seperti semasa dia masih kecil.

Galakkan bayi anda untuk mula menggunakan cawan bermuncung atau cawan minuman apabila dia  mula makan makanan pepejal . Dengan itu anda boleh menceraikan bayi anda daripada botol susunya secara total pada usianya kira-kira 12 bulan.

Untuk memulakannya dengan baik, gunakan cawan bayi dengan muncung lembut, yang membenarkan susu mengalir dengan mudah. Muncung aliran-bebas atau ‘free-flowing’ tidak mempunyai injap yang memberhentikan aliran susu. Ini bermakna lebih comot dan bersepah, tetapi ini lebih baik untuk bayi anda belajar menyedut susu berbanding menghisap. Muncung aliran-bebas juga baik untuk gigi bayi yang sedang tumbuh.

Kemudian anda boleh menggantikan muncung lembut dengan muncung keras dan seterusnya cawan dengan pemegang tanpa penutup.

Jika anda telah memberikan susu badan dan bayi telah mula bercerai susu apabila dia mula makan makanan pepejal, botol susu mungkin tidak diperlukan langsung. Untuk memudahkan peralihan itu, pam susu anda dan berikan bayi anda susu di dalam cawan bermuncung. Ini akan membantunya membiasakan diri untuk minum daripada cawan bermuncung, sebelum bertukar kepada susu formula.

Jika bayi anda minum susu formula, bertukarlah dengan memberikan susunya di dalam cawan bermuncung.

Berikan masa dua minggu untuk bayi anda membiasakan diri dengan cawan bayi. Anda mungkin masih mahu memberikan bayi anda minum susu daripada botol  atau menyusu badan sebelum tidur malam untuk menyelesakannya.

Disemak oleh Dr Winston Yong, bekas pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, dan kini merupakan perunding pediatrik di sebuah hospital swasta.

Kredit : Babycentre.com