Pages

Ahad, 3 April 2016

Ulangtahun 'isyah Radhiyah

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Bila cerita pasal hamil, teringat 8 tahun yang lepas. Kehamilan yang dinanti hampir setiap bulan.

Usaha tak yah cakap le, macam-macam usaha untuk hamil. Semua pemakanan dijaga. Tak ambik makanan ringan, makanan segera, air gas dan yang 'tajam' kata orang tua seperti nenas. Duit pun tok sah nak kira berapa banyak yang digunakan untuk hamil. Macam-macam set kehamilan dicuba. Macam-macam doktor yang dah dijumpa untuk bantu hamil. Ubat clomit entah berapa banyak kali ditelan. Namun masih belum ada rezeki.

Akhirnya cuba rawatan tradisional. Dengan pakcik ni la, aku diajar jenis makanan dan cara mengira untuk hamil. Haa...jangan tak tau, nak hamil pun ada matematik. Hahaha. Kalau nak belajar cara kira, pm tepi la ye..hihi.

Bila usaha mencari rawatan untuk hamil, ditakdirkan berjumpa dengan insan yang pernah hadapi masalah yang sama iaitu lambat hamil. Dia bagi beberapa zikir yang diamalkan selepas solat.

Sambung cerita rawatan tradisional. Alhamdulillah, genap 3bulan disahkan hamil namun Allah takdirkan janin itu bersama hanya 13minggu sahaja. Lagi sekali rasa down sangat-sangat. Syukur dikelilingi kawan yang banyak bagi sokongan.

Berkat zikir dan usaha, selang 5bulan, Allah izinkan sekali lagi hamil. Syukur alhamdulillah. Puteri kami lahir, genap 3tahun usia perkahwinan. Nama diberi 'isyah Radhiyah binti Mohd Zulfadzli. Moga hidupnya sentiasa dalam keredhaan Ilahi. Alhamdulillah 4.4.2016 genap usianya 5tahun. Moga dia terus membesar menjadi mujahidah solehah.

Hari ni, baru tau jika nak hamil kena lihat tahap kesihatan suami dan isteri. Suami ada masalah apa. Isteri pula bagaimana. Period tetap atau 2-3 bulan sekali period. Macamana corak pemakanan. Ada yang konsisten dengan supplemen selama sebulan dan dikurniakan rezeki. Supplemen bukan janji anda hamil, hanya sebagai asbab. Yang penting usaha dan terus berdoa tanpa jemu. Yakin yang Allah Maha Pemberi, Maha Mendengar dan memakbulkan doa hambaNya.

Catat Ulasan