Pages

Selasa, 26 April 2016

KEJAYAAN BERMULA DENGAN IMPIAN

Impian yang ditukar menjadi matlamat mudah direalisasi­kan. Impian hanyalah cetusan hati dan hasrat kita bagi mencapai sesuatu. la ada masanya kabur dan tiada masa yang ditetapkan bagi merealisasikannya. Malah kita juga tidak meletakkan sebarang perancangan dan mengenal pasti halangan-halangan yang wujud. Halangan yang mungkin membantut impian itu.

Sebaliknya matlamat adalah sesuatu yang lebih jelas dan terancang. Matlamat adalah sesuatu hasil yang mahu dicapai dalam satu tempoh masa yang disertai dengan perancangan yang rapi. la mestilah menghantui fikiran se­hingga kita sanggup melakukan apa sahaja bagi men­capainya.

Imagination is more important than knowledge. lni dipetik daripada kata-kata Einstein. Memang benar, imaginasi itu Iebih berkuasa daripada ilmu pengetahuan. lni kerana imaginasi mendorong tindakan. lmaginasi mencetus kegigihan dan mendorong diri bagi menerus­kan perjuangan ke arah kejayaan.

Jangan sekadar hanya berimpian tanpa matlamat.


Catat Ulasan