Pages

Selasa, 5 April 2016

Habuk dan jerebu

J.E.R.E.B.U satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara.

Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi.

Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Jerebu amat membahayakan kesihatan anak-anak terutamanya.

Antara penyakit yang boleh timbul akibat daripada jerebu ialah;

1. Batuk berpanjangan

Ia berpunca dari aliran udara dalam paru-paru terutama pada yang sensitif terhadap udara yang kurang sihat.

2. Asma

Penyakit asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran untuk bernafas.

Tanda-tanda awal penyakit asma akan menyebabkan keradangan melampau terhadap persekitaran dan jerebu akan memburukan lagi keadaan sekiranya individu sememangnya menghidap penyakit asma.

3. Jangkitan saluran pernafasan

Jangkitan salur pernafasan biasanya akan mengakibatkan batuk, selsema dan demam . Satu lagi jangkitan saluran pernafasan yang lebih serius ialah pneumonia, yang boleh disebabkan oleh bakteria atau virus.

Batuk sering mengeluarkan mukus atau kahak kehijau-hijauan atau keperangan, iaitu satu daripada gejala-gejala biasa penyakit tersebut, bersama dengan demam, menggigil, sakit dada, rasa lemah, keletihan dan loya. Ia mampu mengundang maut.

4. Penyakit Kulit

Jerebu membawa udara yang tidak sihat, debu, asap dan dikenalpasti beberapa beberapa gas merbahaya seperti karbon monoksida, sulphur dioksida, nitrogen dioksida dan sebagainya.

Selain meyebabkan mata menjadi pedih, ia juga membawa risiko kulit kering dan meningkatkan masalah kulit seperti eczema, psoriasis dan sebagainya.

5. Sakit Jantung

Risiko sakit jantung ini lebih kepada perokok di mana menjadi lebih kronik semasa jerebu kerana udara persekitaran tidak sihat ditambah lagi dengan gejala merokok yang sememangnya mengancam kesihatan jantung.

Pengambilan Nutriferon dan Vitamin C sangat-sangat membantu memberikan imunisasi terbaik pada tubuh badan sewaktu jerebu.

Catat Ulasan