Pages

Ahad, 13 Mac 2016

Papa urus EBM

CARA PAPA HANDLE EBM BILA MAMA OUTSTATION

PAPA! boleh lakukan sebegini;

1. Siap-siap keluarkan susu yang dah dicairkan dari peti sejuk. Simpan dalam cooler bag dalam bilik.

2. Papa boleh set jam ikut waktu baby biasa menyusu. Sekurang-kurangnya 2 jam sekali ya Papa!

3. Keluarkan botol susu pada suhu bilik dlm 5-15 minit sebelum bagi baby minum.  Untuk pastikan susu tidak terlalu sejuk.

Atau keluarkan botol susu dan suamkan dlm warmer dlm 5-10 minit.

4. Papa jangan lupa goyangkan perlahan-lahan botol tu supaya kandungan lemak dan air bercampur sebati.

5. Papa kena ingat tau!

👉🏻 Jika ebm tu simpan dalam cooler bag/box yang tak ada ice pack, jangka hayat susu boleh bertahan selama 4 jam pada suhu bilik. Ni kalau Papa tak panaskan susu tu.

👉🏻 Set jam ikut jadual penyusuan baby.

👉🏻 Berikan ebm kepada baby apabila sampai jadual menyusu baby. Tak perlu panaskan lagi. Cuma goyangkan botol susu supaya kandungan lemak dan air bercampur sebati.

Terima Kasih Papa sebab bantu Mama berikan yang terbaik untuk Si Manja.

Catat Ulasan