Pages

Selasa, 15 Mac 2016

Gejala katarak

" Ayah!! Air panas tu bahaya"

" Mana kunci rumah, ayah tak nampak pun"

" Mata ayah ni makin teruk, pakai cermin mata pun tak boleh bantu dah"

Ayat yang biasa keluar dari mulut ayah dan ibu yang agak berusia. Hakikat, semakin bertambah usia semakin kurang tahap penglihatan.

Antara masalah mata yang sering dibadapi oleh golongan emas ini adalah KATARAK.

Tanda dan gejala katarak ialah:

�� Pandangan mata yang kabur, suram atau seperti ada bayangan awan atau asap.
�� Sulit melihat pada malam hari
�� Sensitif pada cahaya
�� Terdapat lingkaran cahaya saat memandang sinar
�� Perlukan cahaya terang untuk membaca atau ketika beraktiviti
�� Sering mengganti kacamata atau kanta lekap kerana ketidak selesaan mata
�� Warna kelihatan pudar atau kuning saat melihat
�� Pandangan menjadi dua jika lihat dengan satu mata

Catat Ulasan