Pages

Jumaat, 18 Mac 2016

FAKTA ATAU AUTA MENGENAI PENYUSUAN

FAKTA ATAU AUTA

❌ Susu formula lebih mudah disediakan dari beri susu ibu (SI)
✔ SI lebih mudah kerana tak perlu bawa banyak peralatan. Boleh menyusu di mana-mana sahaja.

❌ Kolustrum atau susu yang berwarna kuning adalah susu basi
✔ Kolustrum terdiri dari zat dan imun tu uh dan kaya dengan protein.

❌ Payudara kecil tak dapat hasilkan susu
✔ Saiz payudara tidak memberikan peranan dalam proses penghasilan susu. Besar atau kecil tetap boleh menghasilkan susu

❌ Puting terbenam tak boleh susukan bayi
✔ Bayi menyusu melalui payudara di kawasan aerola. Bukan melalui puting.

❌ Menyusu menyebabkan payudara kendur
✔ Payudara kendur akibat dari proses pertambahan umur

❌ Tidak boleh menyusu semasa haid
✔ Tiada kaitan dengan perubahan hormon.

❌ Payudara lambang seks
✔ Breast are made to breastfeed your baby. Ia merupakan lambang ikatan kasih sayang diantara ibu dan anak. Bayi yang menyusu susu ibu akan lebih rapat dengan ibunya.

❌ Susu ibu sama sifat seperti FM.
✔ Susu ibu berubah dari segi warna ikut masa dan waktu yang berlainan. Susu ibu juga berubah rasa ikut apa ibu makan

❌ Susu Formula lebih baik kerana ada tambahan Vitamin
✔ Ada vitamin tanbahan yang beri kesan negative pada bayi

❌ Ramai ibu tak mampu sediakan susu dengan cukup
✔ Kekerapan menyusu akan merangsang pengeluaran susu cukup

❌ Menyusu akan menyebabkan bentuk badan tak cantik
✔ Dengan menyusu dapat kecutkan uterus dengan lebih cepat. Menyusu juga dapat kurangkan berat badan dengan cepat

❌Bayi menyusu badan ada jadual menyusu yang sama dengan bayi menyusu formula
✔ Susukan bayi mengikut kehendak. Susu ibu cepat hadam, maka bayi akan cepat berasa lapar kembali.

❌Sekiranya ibu sakit, demam,selesema, ibu tak boleh menyusukan
✔ Semasa sakit, ibu akan menghasilkan antibodi terhadap penyakit tersebut dan ianya sangat bermanfaat untuk bayi.


Catat Ulasan