Pages

Sabtu, 5 Mac 2016

Cara bekalkan susu perahan

Cara Bekalkan Susu Ke Rumah Pengasuh

1. Ibu perlu pastikan baby mahu menyusu dari botol. Ibu perlu latih baby dahulu mengunakan botol.
Jika baby tak mahu sebab ibu beri. Minta bantuan ahli keluarga untuk beri baby susu dari botol.
Antara botol yang sesuai untuk baby yang menyusu badan ini ialah botol MAM. Dapat banyu baby dari keliru puting.
2. Pastikan ibu tahu corak baby menyusu.
Berapa banyak amaunnya, berapa kerap dan sebagainya. Ia bagi mengelak pembaziran susu berlaku.
Baby berusia 2 bulan biasanya minum 2 oz susu setiap kali penyusuan.
Baby berusia 3 bulan, 3 oz untuk setiap kali penyusuan.
Baby berusia 4 bulan dan ke atas, 4 -5 oz untuk setiap kali penyusuan.
Biasanya bayi akan menyusu susu ibu secara puratanya 4 -5 oz sahaja setiap kali sesi penyusuan.
Baby akan menyusu sedikit tetapi kerap.
3. Untuk menyediakan bekalan EBM ke rumah pengasuh atau nurseri, ibu kena pastikan nak bawak EBM beku atau fresh (yang baru diperah atau masih dalam chiller).
Apabila EBM telah disejukkan dalam peti ais, ibu-ibu akan dapat lihat dua lapisan akan terbentuk pada EBM tersebut.
Susu ibu terdiri dari dua komponen
• susu cair (foremilk)
• susu pekat (hindmilk).
Bila disejukkan, foremilk dan hindmilk akan terpisah menjadi dua lapisan.
Lapisan atas (foremilk) - nampak cair, berair. Ini kerana foremilk untuk menghilangkan dahaga bayi
Lapisan bawah (hindmilk) - pekat dan berkrim. In kerana hindmilk mengenyangkan bayi.
4. Jika ibu-ibu mahu beri EBM beku kepada pengasuh, PASTIKAN EBM itu dah cair. Elak bagi EBM beku kepada pengasuh dan berharap pengasuh tahu bagaimana nak handle dan kita perlu ingat, bila bayi nak susu, dia bukan boleh tunggu.
5. LABELKAN SUSU. Ianya sangat penting. Selain dari takut tertukar dengan susu baby lin. Ia juga bagi memastikan susu mana yang haris diberikan dahulu.
Labelkan mengunakan nombor dan beri pada baby mengikut aturan.
Catat Ulasan