Pages

Sabtu, 19 Mac 2016

ALZHEIMER SENTIASA MENGINTAI ANDA

ALZHEIMER SENTIASA MENGINTAI ANDA
=================================

"Eh, kereta dah kunci ke belum?" bisik Irfan dalam hati. Arghh!! Insiden sebegini sering berlaku hampir setiap hari. Kadangkala kaki sudah jejak di pejabat, hati mula gelisah memikirkan adakah pintu kereta sudah dikunci. Seringkali juga Irfan berulang alik dari tempat kerja ke tempat parking kereta. Ramai yang menegur kemungkinan ia tanda penyakit Alzheimer.

�� Antara tanda-tanda awal yang akan dialami oleh pesakit Alzheimer adalah :

1. Apabila pesakit lupa mengunci rumah ketika mahu meninggalkan rumah, tidak mengingati perkara yang baru sahaja pesakit itu lakukan. Peringkat ini adalah peringkat sederhana Alzheimer.

2. Pesakit sudah tidak mampu melakukan perkara asas seperti menguruskan diri sendiri, keliru dengan keadaan persekitaran di rumah, tidak mengenali rakan-rakan atau ahli keluarga. Ini menandakan pesakit berada pada peringkat yang serius Alzheimer.

3. Pesakit menjadi agresif, cepat marah dan hilang minat untuk berinteraksi atau melakukan perkara yang diminatinya.

4. Pesakit yang berada pada tahap sederhana dan serius akan menunjukkan tingkah laku yang pelik. Antaranya seperti menjerit, terpekik-pekik dan mengikut penjaga ke mana sahaja walaupun ke tandas sekalipun.

�� Siapa Yang Berisiko Mendapat Alzheimer

1. Pesakit yang mempunyai penyakit hipertensi (darah tinggi) apabila mencecah usia 40 tahun ke atas.

2. Pesakit yang menghidap penyakit kencing manis.

3. Orang yang kurang melakukan senaman.

4. Paras kolesterol dalam badan yang tinggi.

5. Faktor keturunan.

Beberapa aktiviti yang diakui dapat mengelakkan dari penyakit Alzheimer adalah dengan membaca al-quran dan mengkaji al-quran. Perbanyakkan istighfar juga dapt membantu mengelakkan Alzheimer.

Dapatkan beberapa supplemen yang membantu mengelakkan dari diserang alzheimer
Vita e complex - membantu menghantar oksigen ke sel otak
B complex - b12 menge.akkan hilang ingatan dalam diri
Lecithin - meningkatkan fungsi dan peranan otak
Omega guard - DHA meningkatkan daya ingatan

Catat Ulasan