Pages

Ahad, 20 Mac 2016

Tazkirah hari ini

Dari FB DATO' DR FADZILAH KAMSAH....

AMALAN YG BOCOR

@ Kita ambil wuduk dgn sempurna tapi membazir air. ia umpama bekas yang BOCOR.

@ Kita solat, sedekah, baca Al Quran, pergi menunaikan haji dan umrah banyak kali tapi kita sering memfitnah atau mengumpat orang. ia umpama bekas yang BOCOR.

@ Kita memberi banyak sedekah dengan belanja kawan dan orang miskin tapi kita bangga diri dan riak. ia umpama bekas yang BOCOR.

@ Kita bangun tahajud, berpuasa dan taat kepada ALLAH tapi kita putuskan tali silaturrahim dengan keluarga dan orang yang kita benci. ia umpama bekas yang BOCOR.

@ Kita kuat beramal membaca Al Quran, berzikir pagi dan petang tapi kita selalu menyakiti hati jiran tetangga, saudara mara dan sahabat handai serta selalu lepas cakap hingga menyingung perasaan mereka. ia umpama bekas yang BOCOR.

@ Kita berhias-hias pakai cantik-cantik dengan wangian semerbak bukan untuk isteri atau suami malah kepada org lain, atau jika kita belum berkahwin berbuat demikian dengan tujuan memikat. ia umpama bekas yang BOCOR.

@ Kita muliakan tetamu malah kita juga suka memberi tapi kita suka memburuk-buruk tetamu dibelakangnya dan mengungkit pemberian. ia umpama bekas yang BOCOR.

@ Kita berkorban masa, wang ringgit dan tenaga demi anak-anak, suami atau isteri tapi kita sering merungut sehingga membuatkan mereka merasa serba salah. ia umpama bakes yang BOCOR.

@ Kita kerap berdoa mohon keampunan tapi bila diuji dengan kesakitan, kesusahan dan kesempitan lalu kita merungut menyalahkan kenapa ALLAH jadikan hidup kita terseksa begini. ia umpama bekas yang BOCOR.

Marilah kita segera sedar bahawa segala amal baik umpama terisi dalam bekas. Jangan diBOCORkan bekas itu Jangan diBOCORkan pahala baik disebabkan perbuatan buruk
Jangan sampai kita jadi orang yang MUFLIS dihadapan ALLAH SWT di akhirat kelak. Amin����

TIPS MENGATASI MORNING SICKNESS

1. Mommy boleh makan craker ataupun makanan ringan kesukaan sejurus bangun dari katil. Ini akan bantu menyerap asid perut dan bantu  simpan tahap gula dalam darah Mommy daripada terlalu rendah.

2. Cuba Mommy makan makanan ringan setiap 2 jam atau sepanjang hari untuk pastikan perut Mommy tidak kosong dari diisi dengan acid yang mencetuskan loya.

3. Mommy! Jangan lupa snek sebelum tidur tau. Ia merupakan salah satu cara mengatasi muntah.

4. Makan makanan yang boleh mencegah muntah dan loya seperti buah avocado, protein, keju, susu, yogurt, mentega, kacang disapu di craker dan roti, pasta dan lain-lain.

5. Legakan perut dengan memakan makanan berhalia. Hidu lemon atau minum jusnya, ini boleh membantu meneutralkan asid yang terdapat dapat perut.

6. Jika Mommy masih loya, asam boleh mengurangkan rasa loya.

7. Elakkan makan makanan yang boleh mencetuskan muntah seperti makanan berminyak, kafein, makanan manis seperti gula-gula, coklat, kek dan lain-lain.

8. Minum 10 gelas air sehari untuk mengantikan bendalir badan yang hilang dan juga mengelakkan sembelit.

9. Elakkan meminum sejumlah besar air atau minuman lain semasa makan.

10. Ambil vitamin pranatal anda selepas makan atau sebelum tidur. Tentunya Shaklee.

11. Pakai pakaian yang menyejukkan dan selesa. Ini disebabkan perubahan hormon ibu hamil boleh sebabkan badan rasa panas yang boleh mencetus perut Mommy mual. Dalam masa yang sama, elakkan pergi tempat yang hangat dan penuh sesak tau.

12. Jauhkan dari bau-bau yang tidak menyenangkan yang boleh menyebabkan Mommy muntah.

13. Mommy boleh cuba tarik nafas yang panjang.

14. Tidur untuk elakkan loya.

15. Mommy umpalah doktor untuk dapatkan pil cegah muntah sekiranya keloyaan Mommy teruk.

16. ESP Shaklee sangat membantu tau Mommy u tuk elakkan Mommy rasa loya dan mual sepanjang tempoh mengandung.

Sabtu, 19 Mac 2016

ESP Kaya Protein


ESP adalah pilihan ramai ibu menyusu dan memberikan rasa susu yang enak kepada bayi serta membolehkan bayi tidur lena selepas penyusuan.

ESP mengandungi protein yang merupakan salah satu komponen utama dalam susu ibu.

ESP membantu proses penghasilan susu ibu dan bantu memekatkan susu ibu agar bayi cepat kenyang walaupun minum sikit je.

ESP atau nama panjangnya Energizing Soy Protein merupakan serbuk soya perasa vanila yang mengandungi protein.

ESP ni merupakan protein yang bebas lemak dan kolesterol. Tak seperti ayam, ikan dan daging. Senang cakap ia bebas dari lemak

ESP ni bukan susu tau. Ia boleh dibancuh dengan apa sahaja air kegemaran. Jadi kalau anda bukan penggemar susu, ESP masih boleh masuk senarai favorite drink.

ESP promosi bulan ni tau. Boleh dapatkan 2 botol ESP dengan penjimatan lebih 5%.

ESP juga PERCUMA 1 u tuk mereka yang beli 6 botol terus. Kongsilah beli dengan kawan-kawan.

Tunggu apa lagi? Boleh dapatkan ESP FRESH from gudang hanya dari SAYA.

ALZHEIMER SENTIASA MENGINTAI ANDA

ALZHEIMER SENTIASA MENGINTAI ANDA
=================================

"Eh, kereta dah kunci ke belum?" bisik Irfan dalam hati. Arghh!! Insiden sebegini sering berlaku hampir setiap hari. Kadangkala kaki sudah jejak di pejabat, hati mula gelisah memikirkan adakah pintu kereta sudah dikunci. Seringkali juga Irfan berulang alik dari tempat kerja ke tempat parking kereta. Ramai yang menegur kemungkinan ia tanda penyakit Alzheimer.

�� Antara tanda-tanda awal yang akan dialami oleh pesakit Alzheimer adalah :

1. Apabila pesakit lupa mengunci rumah ketika mahu meninggalkan rumah, tidak mengingati perkara yang baru sahaja pesakit itu lakukan. Peringkat ini adalah peringkat sederhana Alzheimer.

2. Pesakit sudah tidak mampu melakukan perkara asas seperti menguruskan diri sendiri, keliru dengan keadaan persekitaran di rumah, tidak mengenali rakan-rakan atau ahli keluarga. Ini menandakan pesakit berada pada peringkat yang serius Alzheimer.

3. Pesakit menjadi agresif, cepat marah dan hilang minat untuk berinteraksi atau melakukan perkara yang diminatinya.

4. Pesakit yang berada pada tahap sederhana dan serius akan menunjukkan tingkah laku yang pelik. Antaranya seperti menjerit, terpekik-pekik dan mengikut penjaga ke mana sahaja walaupun ke tandas sekalipun.

�� Siapa Yang Berisiko Mendapat Alzheimer

1. Pesakit yang mempunyai penyakit hipertensi (darah tinggi) apabila mencecah usia 40 tahun ke atas.

2. Pesakit yang menghidap penyakit kencing manis.

3. Orang yang kurang melakukan senaman.

4. Paras kolesterol dalam badan yang tinggi.

5. Faktor keturunan.

Beberapa aktiviti yang diakui dapat mengelakkan dari penyakit Alzheimer adalah dengan membaca al-quran dan mengkaji al-quran. Perbanyakkan istighfar juga dapt membantu mengelakkan Alzheimer.

Dapatkan beberapa supplemen yang membantu mengelakkan dari diserang alzheimer
Vita e complex - membantu menghantar oksigen ke sel otak
B complex - b12 menge.akkan hilang ingatan dalam diri
Lecithin - meningkatkan fungsi dan peranan otak
Omega guard - DHA meningkatkan daya ingatan

Jumaat, 18 Mac 2016

FAKTA ATAU AUTA MENGENAI PENYUSUAN

FAKTA ATAU AUTA

❌ Susu formula lebih mudah disediakan dari beri susu ibu (SI)
✔ SI lebih mudah kerana tak perlu bawa banyak peralatan. Boleh menyusu di mana-mana sahaja.

❌ Kolustrum atau susu yang berwarna kuning adalah susu basi
✔ Kolustrum terdiri dari zat dan imun tu uh dan kaya dengan protein.

❌ Payudara kecil tak dapat hasilkan susu
✔ Saiz payudara tidak memberikan peranan dalam proses penghasilan susu. Besar atau kecil tetap boleh menghasilkan susu

❌ Puting terbenam tak boleh susukan bayi
✔ Bayi menyusu melalui payudara di kawasan aerola. Bukan melalui puting.

❌ Menyusu menyebabkan payudara kendur
✔ Payudara kendur akibat dari proses pertambahan umur

❌ Tidak boleh menyusu semasa haid
✔ Tiada kaitan dengan perubahan hormon.

❌ Payudara lambang seks
✔ Breast are made to breastfeed your baby. Ia merupakan lambang ikatan kasih sayang diantara ibu dan anak. Bayi yang menyusu susu ibu akan lebih rapat dengan ibunya.

❌ Susu ibu sama sifat seperti FM.
✔ Susu ibu berubah dari segi warna ikut masa dan waktu yang berlainan. Susu ibu juga berubah rasa ikut apa ibu makan

❌ Susu Formula lebih baik kerana ada tambahan Vitamin
✔ Ada vitamin tanbahan yang beri kesan negative pada bayi

❌ Ramai ibu tak mampu sediakan susu dengan cukup
✔ Kekerapan menyusu akan merangsang pengeluaran susu cukup

❌ Menyusu akan menyebabkan bentuk badan tak cantik
✔ Dengan menyusu dapat kecutkan uterus dengan lebih cepat. Menyusu juga dapat kurangkan berat badan dengan cepat

❌Bayi menyusu badan ada jadual menyusu yang sama dengan bayi menyusu formula
✔ Susukan bayi mengikut kehendak. Susu ibu cepat hadam, maka bayi akan cepat berasa lapar kembali.

❌Sekiranya ibu sakit, demam,selesema, ibu tak boleh menyusukan
✔ Semasa sakit, ibu akan menghasilkan antibodi terhadap penyakit tersebut dan ianya sangat bermanfaat untuk bayi.


Khamis, 17 Mac 2016

Rabu, 16 Mac 2016

Tips Simpan Susu EBM

Ramai ibu keliru tentang cara menyimoan susu dan jangka hayat susu ibu. Mari saya kongsikan tips tentang cara simpan susu

🎒 Di dalam suhu bilik (19 hingga 26*C), tahan sehingga 4-6 jam

🎒 Di dalam bekas penyejuk [Cooloer Bag] (kurang 4*C), tahan sehingga 12-24 jam

🎒 Di dalam peti sejuk (kurang 4*C), tahan sehingga 7hari

🎒 Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20*C) tahan antara 3 hingga 6 bulan

Susu ibu pilihan terbaik untuk si manja

Selasa, 15 Mac 2016

Nota Kuliah Maghrib

Antara isi kandungan kuliah maghrib yg disampaikan oleh Al Ustaz Suhaimi Abd Hamid. Mudir Maahad Tahfiz Mawaddah di Surau Taman Pelangi yg begitu menarik perhatian;

Rumah ibu bapa adalah rumah bg anak- anak tapi tak semua rumah anak adalah rumah ibu bapa..

Anak- anak boleh bebas dlm rumah ibubapa, makan apa sahaja, tengok siaran tv ikut suka dan guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka.

Tapi,

Ibubapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak. Tak boleh masak sesuka hati,  makan apa yg ada dlm peti ais ikut suka dan buat apa sahaja ikut suka. Anak tetap akan berkecil hati dgn ibu bapa..

Begitu juga,

Kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak. Anak-anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati. Minyak penuh balik kosong pun ibubapa tak kisah. Kalau rosak semua ibubapa tanggung.

Tapi

Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna. Apatah lagi dengan sesuka hati. Takut rosak la, takut langgar la, takut calar la. Kalau guna pun. Pastikan minyak penuh semula.

Kalau rosak pun ibubapa kena hantar pomen baiki sebelum bagi kpd anak- anak.

Itulah bezanya ibu bapa dgn anak- anak

Ibubapa sntiasa mengasihi anak-anak

Tapi anak-anak, belum tentu mengasihi ibubapa.

Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibubapa.

Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yg ada

Tetapi

Anak- anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta.

Inilah diantara isi kandungan kuliah

Ustaz Suhaimi yang sangat terkesan dan realistik dalam keadaan dunia yg akhir zaman ini.

Mudah2an kita tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nnti. In shaa Allah.

11 MAKANAN PENGGALAK SUSU @ BOOSTER

11 MAKANAN PENGGALAK SUSU

1. Lobak Putih @ Merah
Lobak sangat sinonim pada ibu menyusu. Selain lauk terbaik masa berpantang. Ia juga dianggap sebagai pengalak susu terbaik. Selain itu lobak putih juga bagus untuk ibu-ibu yang ada masalah kencing kotor

2. Sawi

Sawi juga salah satu menu wajib semasa berpantang. Sawi ni banyak khasiatnya walaupun rasa agak pahit. Selain boleh bantu tambahkan susu, sawi juga pilihan terbaik untuk ibu yang ada masalah sembelit

3. Betik muda

Teringat kisah kawan saya, masa mula-mula di rumah mertua. Betik muda disangkakan honeydew. Kelat muka menahan pahit. Kebanyakkan orang tua nasihatkan anak-anak yang mahu susukan baby makan lebih banyak betik muda.

Betik muda ni nak sedap boleh juga dimasak sup makan dengan nasi panas.


4. Jantung Pisang
Jantung pisang ni bukan sahaja sedap jika dicicah dengan air asam. Malah dipercayai boleh bantu tambah susu ibu.

5. Longan Kering & Kurma Cina
Kedua tumbuhan ini dikatakan sejuk dan baik untuk kesihatan. Boleh dibeli di kedai Cina atau juga pasaraya seperti Tesco.

Rebus keduanya bersama gula batu. Selain dapat menyejukan badan. Ia sangat membantu untuk melancarkan proses penghasilan susu.

6. Halba @ Fenugreek
Ada yang kata perlu makan satu sudu kecil setiap hari. Ada juga yang rendam dn minum airnya. Boleh juga masukan halba dalam masakan seperti singgang.

7. Kurma
Kurma kaya dengan Zat Besi dan kalsium yang boleh membentuk susu ibu. Sebenarnya dari mengandung lagi elok ambil kurma ni. Kurm kaya dengan serat. Kalau nak dapatkan rasa yang lagi lazat, blend kurma dan ESP. Nikmat bakk angg!

8. Barli
Barli ni minuman kesukaan satu keluarga. Tak kira suam atau sejuk tetap tetap jadi pilihan. Selain bantu tambah susu sangat sesuai juga diambil masa demam.

9. Bayam
Dah macam popeye pulak. Bayam bi ada ibu yang alah. Sebab dikatakan sejuk. Jadi jangan ambil masa berpantang. Tapi ianya sangat membantu menghasilkan susu.

10. Susu, Horlicks & Milo
Minuman jenis "malted drinks" dipercayai dapat meransang penghasilan susu. Mili panas antara minuman wajib ibu-ibu semasa berpantang juga kan.

Susu pula membekalkan kalsium untuk ibu. Kalaium sangat penying bagi ibu menyusu. Tapi saya lebih suka memilih Ostemetrix memandangkan tekak tak boleh nak telan susu.

Yang bestnya Ostemetrix ni bantu juga atasi masalah simpul mengkarung dan bantu masalah sembelit juga tau.


11. Pil & Supplement
Selain makanan-makanan di atas. Supplement juga sangat membantu dalam proses penghasilan susu ni. Pilihan ramai ibu tentunya Set Menyusu Shaklee.

Tapi supplement ni tak akan buat susu terus mencurah macam air paip tau. Tapi ia bantu melengkapkan nutrient di dalam badan kita. Bila badan dapat cukup nutrien maka kita makan apa pun, zar mudah diserap. Bila zat cukup. Maka proses penghasilan susu pun mudah berlaku.

#Zi2M
#ShakleeEffectZi2M

Gejala katarak

" Ayah!! Air panas tu bahaya"

" Mana kunci rumah, ayah tak nampak pun"

" Mata ayah ni makin teruk, pakai cermin mata pun tak boleh bantu dah"

Ayat yang biasa keluar dari mulut ayah dan ibu yang agak berusia. Hakikat, semakin bertambah usia semakin kurang tahap penglihatan.

Antara masalah mata yang sering dibadapi oleh golongan emas ini adalah KATARAK.

Tanda dan gejala katarak ialah:

�� Pandangan mata yang kabur, suram atau seperti ada bayangan awan atau asap.
�� Sulit melihat pada malam hari
�� Sensitif pada cahaya
�� Terdapat lingkaran cahaya saat memandang sinar
�� Perlukan cahaya terang untuk membaca atau ketika beraktiviti
�� Sering mengganti kacamata atau kanta lekap kerana ketidak selesaan mata
�� Warna kelihatan pudar atau kuning saat melihat
�� Pandangan menjadi dua jika lihat dengan satu mata

Isnin, 14 Mac 2016

Cara atasi bengkak susu

BENGKAK SUSU! Aduh Sengsaranya.

Bengkak susu boleh buat Si Ibu menangis bak anak kecil. Malah lagi buruk dari anak kecil menangis. Hahahaha.

Mari saya kongsikan antara punca bengkak susu ni.

1. Lambat memulakan penyusuan kali pertama.

2. Lekapan yang tidak betul. (Poor latch).

3. Penyusuan yang tidak kerap. (Inadequate feeding).

4. Penyusuan berjadual. (Scheduled feeding).

5. Menetapkan masa menyusu di setiap belah payudara. (5 or 10 minutes rules on each breast).

6. Salur susu terhimpit dengan tangan kita semasa tidur ataupun disebabkan pemakaian bra yang berdawai

7. Susu mengering terlalu tebal pada bahagian puting, akibatnya  susu baru tak boleh nak keluar

8. Tidak pum mengikut jadual. Ibu ramai yang suka pum tunggu susu penuh.

9. Jangkitan yis juga boleh menyebabkan bengkak susu

Pengambilan Lecithin dapat membantu mengatasi masalah bengkak susu ini. Disamping itu. Colina yang terdapat dalam lecithin juga baik untuk perkembangan otak bayi.

#Zi2M
#ShakleeEffectZi2M

Ahad, 13 Mac 2016

Papa urus EBM

CARA PAPA HANDLE EBM BILA MAMA OUTSTATION

PAPA! boleh lakukan sebegini;

1. Siap-siap keluarkan susu yang dah dicairkan dari peti sejuk. Simpan dalam cooler bag dalam bilik.

2. Papa boleh set jam ikut waktu baby biasa menyusu. Sekurang-kurangnya 2 jam sekali ya Papa!

3. Keluarkan botol susu pada suhu bilik dlm 5-15 minit sebelum bagi baby minum.  Untuk pastikan susu tidak terlalu sejuk.

Atau keluarkan botol susu dan suamkan dlm warmer dlm 5-10 minit.

4. Papa jangan lupa goyangkan perlahan-lahan botol tu supaya kandungan lemak dan air bercampur sebati.

5. Papa kena ingat tau!

👉🏻 Jika ebm tu simpan dalam cooler bag/box yang tak ada ice pack, jangka hayat susu boleh bertahan selama 4 jam pada suhu bilik. Ni kalau Papa tak panaskan susu tu.

👉🏻 Set jam ikut jadual penyusuan baby.

👉🏻 Berikan ebm kepada baby apabila sampai jadual menyusu baby. Tak perlu panaskan lagi. Cuma goyangkan botol susu supaya kandungan lemak dan air bercampur sebati.

Terima Kasih Papa sebab bantu Mama berikan yang terbaik untuk Si Manja.

Sabtu, 12 Mac 2016

Bagaimana nak seimbangkan semula penghasilan susu di kedua-dua belah breast:

Bagaimana nak seimbangkan semula penghasilan susu di kedua-dua belah breast:

*Penghasilan susu kurang = dirujuk sebagai kurang produktif
*Penghasilan susu banyak = dirujuk sebagai lebih produktif

1. Utamakan direct feeding di sebelah yang kurang produktif.

Semasa memulakan penyusuan, offer dulu sebelah yang kurang produktif kepada bayi. Hisapan bayi di awal penyusuan yang lebih kuat (vigorous) pada permulaan ini akan memberi rangsangan kepada kelenjar susu menggiatkan penghasilan susu.

2. Susukan di sebelah yang kurang produktif semasa bayi mengantuk (drowsy).

Kadang-kadang disebabkan aliran susu yang perlahan bayi tidak gemar menyusu di sebelah itu. Offer breast yang kurang produktif ini dulu semasa bayi mengantuk, kerana biasanya dalam situasi ini bayi akan menerimanya dengan baik.

Amalkan breast compression untuk membantu aliran susu menjadi lebih laju. Breast compression juga akan membantu saluran susu mengalirkan susu dengan lebih lancar.

3. Tukar/ pelbagaikan posisi semasa menyusu.

Some babies prefer posisi tertentu sahaja semasa menyusu. Kadangkala ibu silap tafsir ingatkan baby suka menyusu di sebelah breast sahaja. Sebenarnya tidak juga. Cuba tukarkan / guna posisi lain supaya bayi dapat menyusu di sebelah yang jarang diminumnya itu. Antara posisi yang membantu adalah football hold.

4. Tandem pumping.

Jika bayi sedang menyusu di sebelah yang lebih produktif, gunakan pam susu untuk memerah sebelah yang kurang produktif. Dengan cara ini, stimulasi yang diberikan kepada kedua-dua belah breast adalah setara, dan extra stimulasi dapat diberikan kepada sebelah yang kurang produktif itu.

Sama juga, jika bayi sedang menyusu di sebelah yang kurang produktif, gunakan pam susu untuk memerah sebelah lagi supaya aliran susu lebih lancar, dan penghasilan susu di breast yang produktif ini tidak terganggu.

5. Lebihkan sesi memerah di sebelah yang kurang produktif.

Contohnya jika anda memerah kedua belah breast selama 20 minit, tambah lagi 10 minit sesi memerah khas untuk sebelah yang kurang produktif itu sahaja. Dengan cara ini anda memberi extra stimulation kepada sebelah itu. Maka, kelenjar susu akan mendapat signal untuk meningkatkan penghasilan susu.

6. Pam selepas menyusu.

Utamakan direct feeding kepada sebelah yang kurang produktif dulu. Selesai penyusuan, gunakan pam susu untuk memerah di sebelah itu. Teruskan memerah selama 10-15 minit walaupun sedikit/tiada susu yang keluar. Cara ini adalah untuk memberitahu breast itu untuk menghasilkan susu dengan lebih banyak lagi.

Selain menggunakan pam susu, anda juga boleh melakukan perahan tangan (marmet)

Sumber : Pum on the go

Jumaat, 11 Mac 2016

Risiko dan gejala kanser prostat

Faktor berikut boleh meningkatkan risiko pembentukan kanser prostat:

Usia
Risiko kanser prostat meningkat dengan usia. Peningkatan yang cepat berlaku selepas umur 50 tahun. Lebih dari 80% kanser prostat didiagnosakan pada lelaki berusia 65 tahun atau warga emas.

Sejarah keluarga
Anda berisiko mendapat kanser prostat jika mempunyai ayah atau adik beradik lelaki yang pernah mendapat kanser prostat.

Hormon
Paras testosteron ( hormone seks lelaki) yang tinggi mungkin mencepatkan pembentukan kanser prostat.

Gejala kanser prostat:

Aliran air kencing yang tidak lancar.
Rasa hendak buang air kecil kerap kali pada waktu malam.
Sakit atau pedih semasa buang air kecil.
Sakit semasa ejakulasi (pancutan mani).
Darah dalam air kencing atau air mani.

Mencegah adalah lebih baik dari merawat.

Vivix membantu mencegah Kanser Prostat!

#Zi2M
#ShakleeEffectZi2M

8 TANDA KANSER PROSTAT

8 TANDA KANSER PROSTAT

🍌 Sering membuang air kecil terutamanya pada waktu malam
🍌 Kesukaran sewaktu mula membuang air kecil atau air kencing yang tertahan
🍌 Tidak boleh mengeluarkan air kencing
🍌 Aliran air kencing yang lemah atau tersekat-sekat
🍌 Kesakitan atau kepanasan semasa mengeluarkan air kencing
🍌 Terasa sakit ketika air kencing keluar
🍌 Terdapat darah dalam air kencing atau air mani
🍌 Sering mengalami kesakitan atau ketegangan di bahagian belakang, pinggang, atau paha

Bagi anda yang mempunyai masalah prostat. Saya cadangkan pengambilan vivix secara konsisten untuk membantu anda lebih sihat.

Khamis, 10 Mac 2016

5 Masalah kesihatan lelaki

TERBONGKAR! 5 MASALAH LELAKI MASKULIN

Pernah dengar sindrom "ANAK BUJANG"? Situasi di mana lelaki dewasa yang suka menjaga ketrampilan diri agar nampak bergaya.

Tapi hakikat, bergaya di luar sahaja tidak cukup.  Hari ini saya bongkarkan 5 masalah utama kesihatan ramai lelaki.

👉🏻 SAKIT BELAKANG

Sakit belakang menduduki tangga kedua dalam masalah neurologikal (sistem saraf). Dan masalah sakit belakang ini biasanya kerap dialami oleh orang lelaki.

👉🏻 PROSTAT
Ia merupakan pembunuh senyap fungsi kelakian. Kebiasaanya punca kanser prostat ialah dari faktor umur, sejarah keluarga atau paras testosteron (hormon seks lelaki) yang luarbiasa.

👉🏻 MABUK MENGANDUNG
Tahukah anda, suami kadangkala lebih teruk mabuk mengandung dari isteri. Lebih 10% lelaki dikesan mabuk sepanjang kehamilan isteri.

👉🏻 BUASIR
Ramai lelaki malu sebenarnya mahu mengaku mereka punya masalah buasir. Kebiasaanya berpunca dari gaya pemakanan yang tidak betul.

👉🏻 HILANG FUNGSI KELAKIAN

Masalah fungsi seksual bukan suatu perkara kecil yang boleh dibiarkan begitu sahaja. Sekiranya anda mengalami masalah Erectile Disfunction (ED), jangan rasa rendah diri.

Jika anda mengalami salah satu dari simptom di atas. Segera dapatkanrawatan dan nasihat dari Doktor.

Jangan biarkan sudah sengsara baru mahu mencari penawarnya.

Rabu, 9 Mac 2016

Simptom penyakit yang menyerang lelaki

JIKA ANDA LELAKI, TERUSKAN PEMBACAAN

Hari ini ramai lelaki yang telah mula cakna dengan tahap kesihatan mereka. Namun masih ada segelintir yang ambil mudah.

Tapi adakah anda salah seorang dari mereka yang mempunyai simptom seperti di bawah ini?

1. Air Kencing Berdarah

2. Sesak Nafas

3. Kehilangan rambut

4. Disfungsi erektil

5. Kerap letih

6. Selalu Pening

7. Dahaga berlebihan

8. Kehilangan Memori ( Lupa)

9. Masalah Penglihatan

10. Sakit Dada

Awas!

Sila lakukan ujian kesihatan secara menyeleruh sekarang. Tanda-tanda ini menunjuk
kan anda mempunyai masalah kesihatan.

Sayangi keluarga dengan ambil berat kesihatan anda.

Selasa, 8 Mac 2016

KENALI LELAKI


Lelaki dan perempuan bagaikan langit dan bumi. Orang perempuan kata sukar mengenali lelaki. Orang lelaki pula kata sukar memahami wanita.

Sebenarnya tiada salah dan betul. Kerana lelaki ini wataknya sangat berbeza dengan wanita. Mari kita kupas untuk sama-sama mengenali insan bernama lelaki ini

1. HIDUP LELAKI MUDAH
Cara hidupnya mudah. Sebab itu mereka sukar faham bahasa kuasan orang perempuan. Orang perempuan lebih suka berkias dari berterus terang.

Orang lelaki lebih suka benda mudah, direct to the point kata orang kampung saya. Jadi wahai wanita. Selepas ini, kurangkan berkias. Tanya sahaja terus.

2. BAHASA LELAKI BERBEDA
Mereka cakap dengan bahasa berlainan. Sebab itu lelaki dan perempuan saling sukar untuk berkomunikasi.

Lelaki agak sukar melahirkan rasa hati. Apa yang mereka cakap kadangkala kontra dari niat di hati.

3. DIAM MEMBISU
Haa yang ni ramai orang perempuan tak boleh tahan. Sebab lelaki lebih suka menyembunyikan dan membisu. Mereka lebih suka pendam sendiri.

4. LELAKI TIDAK KOMPLEKS
Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan lain-lain, wanita harus percaya babawa itulah yang lelaki tersebut mahu.

Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenamya kehendak lelaki adalah mudah.

5. LELAKI TAK SUKA DIPAKSA
Berbeza dengan orang perempuan yang agak suka memaksa lelaki melahirkan perasaannya.
Adalah lebih baik bagi wanita belajar membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya.

6. LELAKI BERAHSIA DENGAN LELAKI LAIN
Berbeza dengan wanita, yang boleh canang semua cerita dia dengan kawan terdekat. Ia agak berbeza dengan lelaki. Mereka agak sukar berkongsi seperti wanita

Oleh itu wahai wanita, sebelum anda mahu difahami. Belajar untuk memahami

Isnin, 7 Mac 2016

Suamiku kacak

Asyik cerita pasal supplement wanita je kan. Apa kata kita cerita tentang kesihatan Abang Kacak pula.

Yelah, orang perempuan memang sangat perlu ambil vitamin. Memandangkan dialah orang kuat rumah tangga, dah tu mengandung, bersalin menyusu dan macam-macam lagi lah.

Alignment pun lari banyak dah. Sebab tu wajib ambil supplement sebenarnya. Tapi tak kurang juga penting pada Abang Kacak.

Mereka ketua keluarga, jika kesihatan mereka tak dijaga dengan rapi. Takut padah lain menanti. Pincang ketua keluarga huru hara rumah tangga.

Untuk set optimum Abang Kacak, saya sarankan ambil secara konsisten Vitamin E, Omega dan Ostemetrix. Ia dapat membantu Abang Kacak;

Mengelakan dari maslah mati pucuk
Meningkatkan daya tumpuan
Tambah bilangan sperma
Kembalikan tenaga kelakian
Elakan cepat letih dan lesu

Tapi satu masalah abang kacak ni. Diorang manja sikit. Kalau suruh makan vitamin tu memang payah. Kena siap pakej suapkan sekali. Baru konsisten makan.

So wanita-wanita jelita. Kalau sayangkan Abang Kacak. Tunggu apa lagi. Vitamin juga pengerat kasih sayang tau.

Sabtu, 5 Mac 2016

Cara bekalkan susu perahan

Cara Bekalkan Susu Ke Rumah Pengasuh

1. Ibu perlu pastikan baby mahu menyusu dari botol. Ibu perlu latih baby dahulu mengunakan botol.
Jika baby tak mahu sebab ibu beri. Minta bantuan ahli keluarga untuk beri baby susu dari botol.
Antara botol yang sesuai untuk baby yang menyusu badan ini ialah botol MAM. Dapat banyu baby dari keliru puting.
2. Pastikan ibu tahu corak baby menyusu.
Berapa banyak amaunnya, berapa kerap dan sebagainya. Ia bagi mengelak pembaziran susu berlaku.
Baby berusia 2 bulan biasanya minum 2 oz susu setiap kali penyusuan.
Baby berusia 3 bulan, 3 oz untuk setiap kali penyusuan.
Baby berusia 4 bulan dan ke atas, 4 -5 oz untuk setiap kali penyusuan.
Biasanya bayi akan menyusu susu ibu secara puratanya 4 -5 oz sahaja setiap kali sesi penyusuan.
Baby akan menyusu sedikit tetapi kerap.
3. Untuk menyediakan bekalan EBM ke rumah pengasuh atau nurseri, ibu kena pastikan nak bawak EBM beku atau fresh (yang baru diperah atau masih dalam chiller).
Apabila EBM telah disejukkan dalam peti ais, ibu-ibu akan dapat lihat dua lapisan akan terbentuk pada EBM tersebut.
Susu ibu terdiri dari dua komponen
• susu cair (foremilk)
• susu pekat (hindmilk).
Bila disejukkan, foremilk dan hindmilk akan terpisah menjadi dua lapisan.
Lapisan atas (foremilk) - nampak cair, berair. Ini kerana foremilk untuk menghilangkan dahaga bayi
Lapisan bawah (hindmilk) - pekat dan berkrim. In kerana hindmilk mengenyangkan bayi.
4. Jika ibu-ibu mahu beri EBM beku kepada pengasuh, PASTIKAN EBM itu dah cair. Elak bagi EBM beku kepada pengasuh dan berharap pengasuh tahu bagaimana nak handle dan kita perlu ingat, bila bayi nak susu, dia bukan boleh tunggu.
5. LABELKAN SUSU. Ianya sangat penting. Selain dari takut tertukar dengan susu baby lin. Ia juga bagi memastikan susu mana yang haris diberikan dahulu.
Labelkan mengunakan nombor dan beri pada baby mengikut aturan.

Khamis, 3 Mac 2016

Salam jumaat

بِسۡـــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــيْم
ِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد
ِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد
ِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد

Rabu, 2 Mac 2016

Susu ibu berkualiti

Susu ibu memang tidak dinafikan lagi kehebatannya. Namun itu tidak bermakna ibu boleh ambil enteng sahaja.
Untuk memastikan susu yang terhasil dijamin berkualiti. Ibu haruslah
💅🏻 Sentiasa dalam keadaan sihat, tenang, relax dan tidak strees
💅🏻 Tidak mengeruhkan keadaan dengan sesiapa hanya kerana ibu mampu susukan bayi dan memandang ibu yang tidak boleh menyusukan bayi sebagai satu kesalahan besar
💅🏻 Sentiasa aktif dan kekal cerdas
💅🏻 Punya hubungan baik dengan semua orang terutama suami.
💅🏻 Nikmati kebahagian berumahtangga bersama cahaya mata dengan lebih baik dan gembira
💅🏻 Tabah menghadapi ujian
💅🏻 Tetap kekal cantik dan menawan
💅🏻 Jaga pemakanan. Kebanyakan ibu menyusu makan ikut sempat sahaja.
💅🏻 Cari waktu rehat. Gunakan masa yang ada sebaik mungkin. Dapatkan sokongan dan bantuan dari suami.
💅🏻 Jangan hanya fokus pada makanan yang banyakan susu. Tapi pastikan makan secara seimbang.
💅🏻 Ambil makanan tambahan untuk pastikan ibu dapat cukup nutrien untuk menghasilkan susu yang berkualiti.
💅🏻 Jangan abaikan kebajikan diri sendiri
Susu ibu merupakan makanan terbaik bayi. Tapi untuk pastikan baby dapat nutrien dan zat yang cukup dari susu ibu. Ibu harus pastikan tubuhnya mendapat diet yang seimbang.
Set penyusuan Shaklee memberikan nutrient lengkap untuk ibu menyusu bagi memastikan ibu kekal sihat, cergas dan jelita.
#Zi2M
#ShakleeEffectZi2M

9 cara simpan susu ibu

9 CARA SIMPAN SUSU IBU

9. Bekas yang digunakan untuk menyimpan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun (lebih elok jika gunakan sabun cuci botol baby) dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan.
8. Antara bekas yang boleh digunakan ialah
• Bekas Plastik (bekas dadih - biasanya saya gunakan untuk tiga kali penggunaan sahaja)
• Botol Susu yang Free BPA
• Bekas kaca yang bertutup kedap
• Breast Milk Storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan susu perahan ibu.
7. Catatkan tarikh perahan sebelum menyimpan.
6. Simpan susu dalam kuantiti yang mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk satu bekas, contohnya 2-5 oz sahaja setiap bekas.
5. Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.
4. Susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
3. Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kesan dari kekerapan membuka dan menutup peti sejuk)
2. Sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
1. Jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk.
#Zi2M
#ShakleeEffectZi2M