Pages

Isnin, 1 Februari 2016

Petua banyakkan susu ibu

6 Formula pantas untuk meningkatkan Kuantiti susu ibu.

B- Baby
R- Relax
E- Expression
A- Action
S- Schedule
T - Target

B- Baby
* Susu terhasil daripada demand daripada baby.
* Kerapkan menyusu selama mana yang boleh
* Urutan payudara juga membantu melancarkan aliran susu
* Pastikan susu keLuar dari banyak arah - tak tersumbat
* Pam 3@4 jam jika baby tak ada bersama
* Makin kerap baby menyusu/ makin banyak susu terhasil
* Untuk dapatkan hasil pam yang banyak,semasa bersama bayi susukan hanya 1 belah sahaja antara waktu pam.

RELAX
* Hormon yg berkait rapat dengan Rilex ni hormon oksitosin
* Dirembeskan apabila kita berada dalam keadaan tenang dan gembira.
* Tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan- lahan hingga tenang

" Apa yang kita fikir,apa yang kita rasa,apa yang kita cakap dan apa yang kita buat menentukan apa yg kita dapat"

* Relax dan fikir susu kita sentiasa cukup untuk baby.

EXPRESSION ( pam)
* Hormon prolaktin yg akan meransang kilang susu untuk keluarkan susu
* Semakin banyak hormon ini dirembeskan pada satu masa, makin banyak susu yg terhasil
* Kita yang perlu cipta waktu bila hormon ini perlu dihasilkan
* Sebab itulah kena pam konsisten pada waktu yg sama setiap hari
*apabila hormon ini terhasil pada kuantiti yg sama,maka susu pun akan sentiasa maintain pada kuantiti yg sama.
* apabila pam tak konsisten,hormon ini tidak dirembeskan  untuk sesi berikutnya. pada kuantiti yg sama. kerana susu yang telah lama memenuhi payudara, memberhentikan rembesan hormon ini

4- ACTION
* kuantiti susu dipengaruhi oleh kekerapan bayi menyusu@ mengepam
* kalau tidak gemar mengepam - panjangkan 1 sesi ini utk hntr signal ke otak kita perlukan  hormon prolaktin lebih bnyak terhasil pada masa tu.
* Pam seeloknya yang mempunyai 2 phase ( stimulation & expression)

5- Schedule

* jadual yang sistematik supaya ada garis panduan untuk di ikuti secara konsisten
* apabila ikut secara konsisten- hormon prolaktin meransang penghasilan susu dapat dikekalkan pada kadar yang sama banyak setiap hari.
* Jika terlepas pam - cover pada sesi berikutnya dengan cara memanjangkan sesi pam berikutnya 2x ganda daripada masa sepatutnya

6- Target / sasaran

Kena tahu jumlah anak kita minum
Cth

Sehari 18 oz
Sebotol kita letak 3 oz jer. senang bs nk suamkan setiap 2 jam.
Lepas 2 jam jangan bagi dah dekat anak.

18÷3= 6 kali sehari.

so buat jadual yg kita tahu bila masa kita free. Cari utk 6 sesi. Dan setiap sesi kena gak dapatkan 3 oz tu.

~ Semoga bermanfaat ~

Catat Ulasan