Pages

Selasa, 12 Januari 2016

Rezeki yang tidak diduga

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Beberapa hari hati ni rasa takut nak menghadapi hari mendatang. Wang yang ada ditangan, rasanya macam tak cukup hingga ke hujung bulan.

Petang Sabtu, suami ambil beberapa biji kelapa tua. Kakak ni memang selalu order kelapa tua dengan suami. Syukur,ada rezeki. Lewat jam 5 petang, seorang lelaki telefon suami untuk membeli anak kelapa mataq. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Terasa hati lega sedikt.

Kelmarin, suami nak membawa anak-anak naik motorsikal. Sebelum bergerak,datang sebuah kereta. Bertanya mengenai anak benih kelapa mataq. Akhirnya RM120 bertukar tangan. Allahu akbar. Allah ya razzaq. Terus rasa malu dengan Allah. Sungguh rezeki itu datang tanpa disangka-sangka.

Baru latih diri mendekatkan diri kepada Allah. Mula dengan tadarus bersama rakan Shaklee. Buat mutaba'ah harian. Rasa baru selangkah mengadap Ilahi, terasa Allah hadir lebih rapat. Allahu akbar.. Ampuni segala dosaku, dosa suamiku, dosa kedua ibu bapa kami, dosa jiran tetangga dan dosa kaum muslimin dan muslimat. Ameen ya Rabbal 'alamin

Catat Ulasan