Pages

Rabu, 6 Januari 2016

Ragam murid tahun 1

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Seperti biasa, masuk kelas tahun 1. Hari ni hari berkenalan dengan murid tahun 1. Minggu transisi masih berlangsung.

Tajuk hari ni, mengenal warna merah,kuning dan biru. Selepeas mengenalkan warna, diminta murid mengulang secara beramai-ramai. Aku agihkan keratan warna secara random. Murid diminta berkumpul mengikut keratan warna yang dia dapat.

Bila duduk dalam kumpulan, aku minta mereka mengenal sesama sendiri.

Tiba-tiba, seorang murid lelaki menangis. Bila aku tanya, lagi kuat dia menangis. Makin lama tangisan dia makin kuat. Aik? Kenapa budak ni? Lagi dipujuk, lagi menangis. Akhirnya, aku biarkan saja. Tak lama kemudian, aku tengok budak tu tidur. Budak ni mengantuk agaknya..huhu
Catat Ulasan