Pages

Khamis, 24 Disember 2015

Tips redakan demam panas

Teks;Norazrin bt Mohd Nor
Blog: norazrinmohdnor.blogspot.com

Izzah demam panas. Pada awalnya dah mula rasa badan izzah sedikit panas masa pergi ke rumah kaklang. Keesokan harinya, balik kampung. Mungkin perjalanan yang agak jauh. Si kecil Izzah masih belum biasa perjalanan sejauh itu. Bayikan cepat penat.

Izzah memang boleh tidur tanpa buaian. Tapi kebiasaannya aku letak dalam buaian, demi keselamatan si kecil. Setelah penat jalan seharian, berebut pula buaian dengan si molek iffah. Si kecil izzah terpaksa mengalah. Malam tu, tidurnya sedikit terganggu. Mungkin tak biasa tidur malam tanpa buaian.

Banyak pula mengomel.. hehe.
Ok,tips redakan demam panas. Memandangkan di rumah ada stok air zamzam, aku lumur je air zam zam di kepala izzah. Kena rajin sikit la letak air zam zam tu. Alhamdulillah, keesokan harinya suhu badan si kecil turun.

Selamat mencuba.
Catat Ulasan