Pages

Selasa, 8 Disember 2015

Sentiasa positif jika nak berjaya

Teks: Norazrin bt Mohd Nor
Blog: norazrinmohdnor.blogspot.com

Semua orang perlu positif jika nak berjaya. "Jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan, jika kau fikirkan kemenangan, kau hampiri kejayaan". Lagu ni popular masa pertandingan Piala Thomas. Zaman Rashid Sidek dan adik beradiknya jadi superhero dimata kanak-kanak masa tu termasuk la aku. Hehe

Ok,ok..fokus tajuk. Walau siapa pun kita, positif tu kena ada dalam diri.

Sebagai murid, positif untuk terus cemerlang. Walaupun kita dikategorikan sebagai murid lemah.

Sebagai pekerja, positif untuk terus berkhidmat cemerlang walau 1001 dugaan dan cabaran mendatang.

Sebagai ibu bapa, positif untuk terus mendidik anak sebaiknya walaupun kesukaran yang dilalui agak melelahkan.

Walau siapa pun kita, sentiasalah positif. Akhir sekali, positif saja tak cukup. Kita perlu berdoa, berusaha dan bertawakal.

#stokispowergold
#1gram1bulan1keluarga
Catat Ulasan