Pages

Selasa, 22 Disember 2015

Murah rezeki dengan senyuman

Teks: Norazrin bt Mohd Nor
Blog: norazrinmohdnor.blogspot.com

Murah rezeki. Ramai orang nak rezeki yang banyak. Pernah tak terfikir, perjalanan selamat pergi dan balik kerja adalah rezeki. Hidup bahagia bersama isteri dan anak-anak adalah rezeki. Kerja yang dilakukan, berjaya dan sempurna juga adalah rezeki.

Pagi ni, saya terbaca tentang murah rezeki dengan senyuman. Senyumankan satu sedekah. Banyak sedekah, murah rezeki. Allahu akbar. Amalan yang paling mudah semakin saya lupakan.

Saya seorang yang murah dengan senyuman. Tapi tu semua cerita lama. Sampai satu tahap, pipi saya sakit sebab tersenyum je. Dengar orang bercerita pun saya sentiasa tersenyum. Bagi saya, ia salh satu cara saya meraikan sahabat atau sesiapa jua di depan saya.

Senyuman saya mula hilang bila saya mula bekerja. Saya ditakdirkan menjadi seorang mentee kepada mentor yang kerek. Malas nak ingatkan pengalaman pahit tu.

Namun, saya tekad mulai hari ini saya nak kembalikan tabiat senyum sentiasa. Moga semakin bahagia. Ameen
Catat Ulasan