Pages

Khamis, 3 Disember 2015

Kisah isyah

Teks: Norazrin bt Mohd Nor
Blog: norazrinmohdnor.blogspot.com

Aku selalu perhatikan botol sabun glo diluar rumah terbuka. Sabun tu berada disitu sejak majlis aqiqah izzah. Setiap kali pegang, aku rasa botol tu semakin ringan. Walaubagaimanapun, aku takde la tanya suami tentang sabun tu. Sehinggalah satu hari aku tengok isyah tengah menyiram pokok sireh dan pokok bidara dengan air berbuih.
Aku:  Isyah buat apa ni?
isyah: Siram pokok
Aku: Kenapa air tu berbuih? isyah letak sabun ke?
isyah: Ye. Biar pokok ni wangi.
Aku: Astaghfirullah al azim. Patut la pokok-pokok ni separa mati. Huhu.

Agaknya inilah penangan tengok sains comot. Haha. Sel-sel otak tengah berhubung. Haha
Catat Ulasan