Pages

Isnin, 16 November 2015

ular masuk rumah

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Menggigil tangan bila nampak ular dekat tikar. Dalam kepala terus teringat izzah yang ada dalam buaian di ruang tamu. Suami, isyah dan iffah ke Melaka untuk hantar tugasan. Kelam kabut tengok izzah dan terus telefon suami bagitau ular masuk dalam bilik tidur. Dalam keadaan kelam kabut, takut, menggigil, dukung izzah dan terus capai kunci kereta. Nak pergi ke rumah mertua. Kunci kereta terjatuh pula. Ya Allah..permudahkanlah urusanku.

Bergegas masuk kereta, suami telefon. Suami suruh tutup pintu bilik tidur, biar senang JPAM tangkap ular. Masuk semula ke rumah dan tutup pintu bilik tidur.

Selepas hantar izzah ke rumah mertua, suami telefon suruh aku tunggu di rumah sehingga JPAM datang.

Kebanyakan barang JPAM keluarkan dari bilik untuk cari ular tersebut. Malangnya tak jumpa. Suami suruh pergi ambil izzah di rumah mertua.

Balik ke rumah, suami nak ke kedai beli garam kasar dan belerang. Aku pun capai telefon dan hubungi mak di kampung. Baru bercerita, tiba-tiba ular tersebut keluar dari bawah kerusi dan menerjah ke pintu utama. Terjerit-jerit aku sambil dukung izzah. Lagi sekali aku menggigil ketakutan. Terus telefon suami.

Sampai di rumah, suami suruh telefon semula JPAM. Biasa la, kalau tunggu memang lama. Aku rasakan JPAM ni lambatnya sampai. JPAM telefon semula, rupa-rupanya dia salah masuk jalan. Sampai je JPAM, dengar suami menjerit. Aku ni dah la mengendong izzah. Jaga isyah dan iffah lagi. Makin huru hara aku kat luar.

Rupanya suami menjerit sebab isyah ada di depan pintu dan dalam masa yang sama ular tu keluar dari bawah pintu. Puas JPAM cari tapi tak jumpa. Rezeki ular tu la tidak ditangkap. Rumah berselerak, ular tak dapat tangkap.. huhu

Catat Ulasan