Pages

Khamis, 12 November 2015

Tahniah buat 'Isyah solehah

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Hari ketiga menghantar anak ke sekolahnya. Kenapa baru 3 hari? Sebab selama ni, urusan anak ke sekolah semuanya diserahkan kepada pengasuh. Kebetulan aku masih lagi cuti berpantang dan suami cuti seminggu, maka inilah masanya kami menghantar 'isyah ke sekolah.

Hari ini juga merupakan hari kedua hantar anak ke rumah pengasuh. Ambil bau-bau sikit kata orang. Hehe. Alhamdulillah, anakanda ok. Belajar minum guna botol susu dan tidur. Syukur.
Tepat jam 11.40 kami tiba di sekolah 'isyah. Kelihatan dia sungguh gembira dengan memegang fail bewarna kuning. Sungguh teruja dia menunjukkan kad kemajuan dia. "Cikgu kata 'isyah dapat nombor dua!" Dia terus mengomel dengan menunjukkan kertas-kertas di dalam fail. Alhamdulillah, 'Isyah akan ke pentas untuk ambil hadiah nanti. Moga 'isyah terus cemerlang dunia dan akhirat. Ameen..
Catat Ulasan