Pages

Rabu, 18 November 2015

Konvo 'isyah srikandi Islam

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Hari ni konvo 'isyah. Dari malam tadi, dia begitu teruja nak ambil hadiah katanya. Seawal pagi isyah dah bangun. Memandangkan nak ke sekolah dia sebelum pukul 9 pagi, dia mandi dan aku suruh dia pakai baju biasa dulu. Dia ingatkan aku 'umi, kan kita nak pergi sekolah isyah hari ni? kenapa pakai baju biasa?Memang nampak dia teruja nak ambil hadiah. Hehe

Sampai je sekolah isyah, majlis dah bermula. Terasa rugi sebab tak dapat dengar butir bicara pengerusi. Mungkin kata-katanya dari hati terus ke hati. Lembut tutur bicaranya.

Kanak-kanak dah mula bermain buaian d an gelongsor. Tiba-tiba kedengaran suara cikgu memanggil untuk berkumpul. Acara penyampaian hadiah akan bermula. Ceria muka anak-anak kecil ini menerima hadiah.

Terima kasih kepada guru-guru yang mendidik anak aku. Gelaran srikandi Islam tu cikgu isyah yang bagi sebab isyah sentiasa bergerak ke mana dia suka. Mudah-mudahan gelaran tu doa buat isyah. Umi dan walid sentiasa doakan kakak berjaya dunia dan akhirat. Ameen.

Hari ni juga merupakan hari ke 60 aku berpantang. Esok mula kerja.
Catat Ulasan