Pages

Sabtu, 28 November 2015

Kematian menghampiri

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Semakin hari, saat kematian kita semakin menghampiri. Kematian sahabat handai, saudara mara dan jiran tetangga membuatkan kita insaf. Kematian itu pasti. Cuma saat dan ketikanya menjemput kita, itu yang kita tak tahu.

Baru-baru ini, sepupu suami meninggal dunia. Insan yang ketika hidupnya ringan tangan menolong orang lain, baik orangnya dan Allah memuliakan ketika akhir kisahnya di dunia ini. Ramai yang hadir solat jenazah. Suami kata keadaan sepeti solat hari raya.

Arwah meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak lelaki yang masih kecil. Masing-masing berusia 6tahun dan 4tahun. Sayu lihat anak-anak yang masih kecil. Isteri arwah juga tidak berapa sihat. Moga Allah kurniakan kekuatan kepada isteri arwah dan anak-anaknya. Ya Allah, tempatkan dia dikalangan orang yang bertaqwa dan beramal soleh. Sesungguhnya kita semua akan menyusul jua. Tempatkan kami juga dikalangan orang bertaqwa. Ameen..
Catat Ulasan