Pages

Khamis, 19 November 2015

Hari pertama bekerja

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Hari pertama bekerja setelah bercuti panjang. Agak kelam kabut pagi ni. Gosok baju uniform isyah, beg susu dan kelengkapan mengepam, pakaian anak-anak dan stok susu untuk si comel izzah.

Suami perlu hantar aku dan anak-anak ke rumah pengasuh. Sepanjang perjalanan dapatlah aku menyusukan si comel izzah. Bergerak ke rumah pengasuh tadi, barang untuk dibawa ke sekolah masih belum dibawa masuk ke dalam myvi.

Sampai dirumah pengasuh si molek iffah meraung-raung. Suami kata biasanya di ok je. Mungkin dia rasa dia tak dipedulikan sebab pengasuh memeluk si comel izzah dan suami membawa barang-barang mereka. Malam ni kami perlu memikirkan penyelesaian yang terbaik buat si kecil iffah semasa menghantarnya ke rumah pengasuh.

Bila fikirkan semula kelakar pula sebab agak kelam kabut dan huru hara mula-mula ni. Hehe

Catat Ulasan