Pages

Sabtu, 14 November 2015

Hantar tugasan ke OUM

Teks: Norazrin binti Mohd Nor

Seminggu yang lepas, suami berkurung di dalam bilik menyiapkan tugasan pengajian master beliau. Maka bermulalah episod air mata Iffah. Iffah memang rapat dengan suami. Segala keperluannya, dia nak walid yang uruskan. Dari makan, minum, tidur, pakaian, mandi dan semuanya. Bila suami berkurung dalam bilik, yang pening kepala ialah saya. Huhu. Namun, saya perlu kuat menguruskan 3 orang anak syurga ini. Lama kelamaan, Iffah relakan jua saya membantunya dalam menguruskan keperluan dia.

Hari ini,suami menghantar tugasannya di OUM. Dia pergi bersama-sama rakan sepengajian yang berumur 73 tahun! Tabik spring dekat ustaz ni. Tinggi minat dan cita-citanya dalam menuntut ilmu. 2 anak syurga, Isyah dan Iffah..suami bawa bersama. Suami ada tanya juga samada mahu ikut atau tidak. Bila fikirkan si comel ini tidak selesa berjalan jauh, maka kuburkan sahaja kemahuan nak pergi jala. Hehe.

Mudahan-mudahan, tugasan suami diterima dan dipermudahkan menjawab dalam peperiksaan akhir semester ini. Ameen
Catat Ulasan